Pada waktu petang, mereka bersiar-siar di Hyde Park. Walaupun mereka datang pada musim luruh, Diana tetap terpegun melihat taman itu dipenuhi dengan pokok-pokok semuanya berwarna kuning keemasan.

"Huwaaaa cantiknyaaa !" Diana ternganga melihat keindahan taman itu.

"Cantik kan? Kalau kita datang masa musim bunga lagi cantik."

Ez di sebelah hanya tersenyum melihat gelagat Diana. Dia akui hatinya turut gembira dapat melihat Diana tersenyum lebar begitu.

"Saya ambikkan gambar awak." Ez terus ke depan.

Diana terkedu seketika.

"Okay." Dia hanya bersetuju.

Selepas beberapa gambar diambil bibir Ez tersenyum melihat gambar di telefonnya.

"Asyik awak je ambik gambar saya. Biar saya ambikkan gambar awak pulak." Kata Diana.

"Err..." Ez teragak-agak membalas.

"Dah berdiri kat sana."

Ez hanya pasrah

"Okay. Senyum sikit." Kat Diana. Sengaja dia bertukar watak menjadi jurugambar.

"Alright nice. Pose lagi. Pose lagi."

Ez hanya ketawa melihat Diana. Malu pun ada.

"Do you need help to have your picture together?" Seorang lelaki tempatan tiba-tiba menegur mereka apabila melihat Diana sedang mengambil gambar Ez.

"Err...no..." Ez baru hendak menolak

"Yes. Really appreciate that." Diana lekas memotong.

Ez tergamam. Diana terus memberi telefon Ez tadi kepada lelaki itu.

"Friends? Lovers? Or husband and wife?" Soal lelaki itu sengaja hendak beramah mesra.

"Err..husband and wife." Balas Ez.

"Oh. Lovely!"

Mereka berdua terus berdiri bersebelahan. Rasa kekok hanya Tuhan yang tahu. Diana sudah berdiri tegak dengan bibirnya tersenyum pada kamera. Lelaki itu yang mulanya melihat skrin terus memandang mereka semula.

"Wait. Closer." Kata lelaki itu.

"Ha?" Diana terkedu. Dia menoleh pada Ez di sebelah.

Ez hanya memandangnya. Dalam hati masing, mereka sangat berdebar. Mereka berdua merapatkan tubuh mereka. Keduanya berdiri tegak.

"No no no. Husband and wife should be doing some lovely poses."

"We are not good in doing that poses. We are fine by standing just like this." Diana terus membalas.

"Oh alright then." Lelaki itu terus tergamam.

"Alright. One two..."

Ketika itu, Ez terus memeluk pinggang Diana lalu ditarik rapat ke tubuhnya. Mata Diana terus membulat. Jantungnya seperti sudah gugur. Tubuhnya terkaku.

"Three!"

Diana terus menoleh memandang Ez.

"Alright more. Ready..." Lelaki itu menyambung.

"Smile. You don't want to looked startled in every of picture right?" Bisik Ez.

Diana terus memandang kamera. Bibirnya dipaksa untuk tersenyum. Tubuh Ez terasa hangat di sebelahnya. Tangan Ez terasa erat dipinggangnya. Jantung Diana sudah berdegup laju bagai nak gila. Macam ni pun dah nervous!

"Thank you for your help." Kata Ez apabila mengambil semula telefonnya dari lelaki tadi.

"No worry, lad. Have a good holiday." Kata lelaki itu.

DIANAWhere stories live. Discover now