"InshaaAllah bro." Balas Ez sambil menghala tapak tangannya pada Nizam sebagai tanda high five. Nizam menyambut tangan Ez sambil sebelah tangan lagi memandu kereta.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Perlahan Ez membuka pintu bilik hotel. Dia melihat bilik sudah gelap dan hanya diterangi cahaya suram dari lampu tidur. Ez berjalan perlahan ke arah meja berhampiran tingkap. Dia meletakkan telefon dan jam tangan dengan berhati-hati. Dia tidak mahu buatkan Diana terjaga daripada tidur yang lena.

Saat Ez melangkah hendak ke bilik air, dia terhenti melihat Diana. Dia menghampiri katil Diana dan duduk di sisi katil dengan perlahan. Matanya hanya merenung wajah Diana yang nyenyak tidur. Masih belum puas melihat wajah Diana yang telah pulang kepadanya. Tanpa sedar bibir Ez mengukir senyuman.

"I really hope one day you will totally accept me as your husband." Ez berbisik perlahan.

Ez leka merenung wajah Diana. Hatinya tenteram melihat wajah itu. Dalam cahaya suram itu, dia mula perhatikan mata, hidung, bibir dan seluruh wajah Diana bersama rambut lurus yang dibiarkan lepas. Dia rasakan Diana sangat cantik pada matanya tambah pula dalam pyjama dusty pink satin itu.

Tiba-tiba dia dapat rasakan jantungnya berdegup laju. Perasaannya ingin membelai Diana mula membuak-buak. Tangannya mula bergerak ke kepala Diana namun terhenti.

"What am I doing?" Ez menghentikan perbuatannya. Takut jika Diana terjaga, pasti Diana akan salah sangka padanya. Ez menegakkan duduknya semula.

'What has happened to me just now? Do I really have fell in love with her?' Ez berkerut kerana keliru memikirkan perasaan sebenarnya pada Diana. Dia akui setiap kali dia bersama Diana, dia kerap berasa berdebar.

Dia menoleh semula pada Diana. Kalaulah dulu dia melayan Diana sebagai isteri walaupun dia tidak mencintai perempuan ini, mungkin malam ini dia dapat membelai Diana tanpa perlu takut rasa takut.

Ez menghentikan lamunannya. Dia hanya membetulkan comforter Diana yang sudah teralih.

'Good night...sayang.' Ez tersenyum dan hanya mampu berbisik dalam hati.

.

Ketika sedang lena dibuai mimpi, Ez tersentak dari tidur apabila terasa ada jari bermain belakang lehernya. Pada mulanya dia selesa dibelai begitu namun lama kelamaan hatinya mula risau. Rasa seram sejuk pun ada. Padahal tadi dia yang bergurau menakutkan Diana. Perlahan dia membuka matanya.

Ez membetulkan pandangan matanya. Nafasnya terhenti apabila melihat wajah Diana terlalu hampir dengan wajahnya. Diana berada di sebelah dan sedang nyenyak tidur di atas lengannya.

Dia kemudian menoleh melihat lengan Diana yang memeluk dadanya malah jari Diana sedang bermain rambutnya di leher tadi. Ez mula perhatikan sekeliling. Walaupun bilik itu gelap, dia yakin dia masih berada di katilnya sendiri.

'Wait. Kenapa Diana kat katil aku ni?' Ez mula berdebar. Dia menelan air liur takut Diana terjaga.

'Ni mesti dia pergi toilet tadi pastu silap katil. Aduhh!! What am I supposed to do?' Tangan kanannya meraup wajahnya.

Perlahan Ez mengalihkan lengan Diana ke sisinya. Dia mengetap bibir dan cuba bangun dengan perlahan kerana takut Diana terjaga. Dia menahan nafas sepanjang bangun dari katil itu.

Ez menghembus nafas lega apabila berjaya berdiri dari katil dengan selamat tanpa membuatkan Diana terjaga. Dia membetulkan semula comforter di atas Diana. Dia mencapai telefonnya dan melihat jam menunjukkan pada pukul 3 pagi.

'Haishh awal lagi. Ingat nak dekat subuh boleh siap-siap bangun.'

Ez terus membaringkan diri di atas katil Diana. Dia mahu rehat yang cukup kerana terasa hari ini merupakan hari yang panjang baginya. Tambah lagi dengan meeting di office tadi.

DIANADonde viven las historias. Descúbrelo ahora