"Thanks Ivy. Awak pun apa kurangnya. 8A kan? Lagipun kalau tanpa awak semua, kita tak akan buat study group dan baiki kelemahan kita. Awak semua yang banyak membantu. Dan tanpa awak semua, saya tak kan berjaya menjadi diri saya yang sekarang," kata Fasha. Ikhlas daripada hati.

Ivy dan Fazrina terus memeluk Fasha dan menangis. Terharu dengan kata-kata Fasha. Gadis itu langsung tidak pernah melupakan mereka dan sentiasa mengutamakan kawan-kawannya. Tidak kira susah atau senang.

"Fasha! Saya terharu!" kata Fazrina. Gedik. Fasha tergelak kecil. Mereka berdua terus melepaskan pelukan.

"Lagipun apa guna ada kawan kalau tak saling membantu kan?" ujar Dayang sambil memeluk bahu Fasha. Mereka bertiga terus menganggukkan kepala. Akhirnya, setelah berhempas-pulas dengan membaiki segala kelemahan, akhirnya mereka berjaya memperoleh kejayaan.

"Okeylah. Jangan nangis-nangis! Saya jemput awak semua bukan sebab nak menangis tau! Jom, saya bawa awak semua ke meja makan. Khas buat awak bertiga."

"Yeay! Makan!" jerit Ivy dengan teruja. Dia tidak mempedulikan pandangan mata orang lain kepadanya.

'Hei, ini Ivy Azrin binti Dato' Zulkifli lah! Gadis paling tercomel di abad ini. Siapa je yang nak cari gaduh!'

"Makan je kerja. Patutlah gemuk," perli Dayang. Ivy mendengus.

"Mana ada!"

***

"Fasha! Tunggu!"

Fasha membuat muka menyampah. Malas mahu melayan! Dia terus melajukan langkah. Lagipun Ivy, Fazrina dan Dayang pasti sedang menunggu di meja makan khas.

Menyesal. Ya, dia sangat menyesal kerana menolak pelawaan Fazrina yang ingin menemaninya ke tandas.

'Sekarang? Kan aku dah terserempak dengan malaun ni! Erghh!' bisik hati kecilnya.

Secara tiba-tiba, lengannya ditarik dari belakang. Fasha berang.

"Hei, apa ni? Lepaslah!" marah Fasha. Mata cantiknya tajam menikam wajah kacak Rayyan. Tetapi, Rayyan langsung tidak peduli.

"Ikut saya."

Lengan Fasha ditarik supaya Fasha dapat mengikutnya. Fasha cuba menarik tangannya semula tetapi tidak berjaya.

"Apa ni Rayyan! Sakitlah! Awak nak bawa saya ke mana ni, Rayyan?"

Setelah tiba di satu tempat yang agak terselindung daripada pandangan orang, Rayyan terus melepaskan tangan Fasha.

"Fasha, please. Dengar dulu apa yang saya nak cakap," rayu Rayyan. Fasha tidak peduli. Dia berura-ura ingin pergi dari situ. Rayyan terus menarik Fasha rapat ke dinding. Jarak mereka sangat rapat.

"Apa yang awak nak jelaskan lagi? Dah terbukti dah, Rayyan. Awak tipu saya yang awak akan setia! Sekarang, mana janji awak!" kata Fasha. Marah.

"Maaf, Fasha. Tetapi, awak cuma salah faham."

"Salah faham awak kata? Saya lihat dengan mata kepala saya sendiri!"

"Fasha, please. Berilah saya peluang," rayu Rayyan. Fasha tergelak sinis. Mata Rayyan dipandang tajam.

"Peluang? Seriously? Awak tak layak, Rayyan. Sekarang, pergi dari sini!" arah Fasha. Tangannya dihalakan ke pintu. Meminta untuk lelaki itu pergi.

Rayyan tidak peduli. Dia seolah-olah berada di dalam dunianya sendiri. Wajah cantik Fasha dipandang lama. Dia terpukau dengan kecantikan dan keanggunan Fasha pada malam ini. Hati lelakinya terusik.

"You're so beautiful tonight," bisik Rayyan di telinga Fasha. Romantik. Fasha memejamkan matanya. Kepala dialihkan. Jauh daripada wajah lelaki itu.

'Please Fasha. Jangan tergoda! Ingat apa yang dia dah buat! Dia dah musnahkan kepercayaan awak!' fikir Fasha.

"Of course. Ya, saya akui saya memang cantik. Tapi kecantikan saya untuk orang yang selayaknya. Orang yang layak mencintai saya dengan kesetiaan. Dan orang itu bukan awak, Rayyan. Kita sudah tiada apa-apa hubungan. Jadi, lupakan saya. Sekian."

Tubuh Rayyan ditolak dengan kasar dan dia terus berlalu pergi. Meninggalkan Rayyan termangu-mangu seorang diri.

Dia bergegas masuk ke dalam ruang bacaan. Nafas ditarik. Cuba untuk bertenang dan melupakan perkara yang berlaku antara dia dan Rayyan tadi. Dia tidak mahu merosakkan mood yang sepatutnya gembira malam ini.

Sinar cahaya bulan mengambang yang menerobos masuk ke dalam ruangan bacaan melalui tingkap itu sedikit sebanyak membantunya untuk melihat segenap sudut di ruang itu. Dia melepaskan keluhan perlahan.

Andai perasaan ini boleh hadir dengan sendiri, maka biarkanlah ia pergi tanpa keizinan hati. Walaupun hanya sekadar perasaan yang tidak mampu dilihat dan disentuh, tetapi sedikit sebanyak meninggalkan beban yang sangat berat untuk ditanggung oleh sekeping hati yang rapuh.

"You can do it, Fasha. Just forget it. Dia bukan sesiapa lagi," bisik Fasha. Berusaha untuk menguatkan diri biarpun hatinya sedang bergelut dengan perasaan yang memberontak untuk dilepaskan pergi bagi melafazkan kalimah sayang dan rindu.

BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Where stories live. Discover now