Bahagian 24: Peristiwa

695 28 0
                                    

       Pagi yang cerah menghiasi suasana ketika itu. Bunyi burung berkicauan menjadi perkara yang lumrah didengari. Seorang lelaki sedang memandang jauh ke tingkap. Di mindanya terlintas banyak fikiran. Langit yang biru terang menjadi tatapan.

"Ayah nak jumpa adik-adik kau petang ni." Panggilan dari ayah kandung pada hari semalam bermain di ingatan.

"Tapi diorang mana nak jumpa ayah.. semua sibuk dengan belajar.. peperiksaan dah nak dekat." Beritahunya pada si pemanggil.

"Ariff ada benda nak bagitau ayah kan? Lepas jumpa nanti bolehlah bincang." Ujar lelaki yang berusia separuh abad.

Ia hanya menghela nafas panjang. Namun keberadaan adik-adiknya yang tidak diketahui menambahkan lagi kegelisahan. Mungkin dengan memberitahu ayahnya tentang masalah yang dilalui, kurang beban yang harus ditanggung.

Jari telunjuknya diketuk pada bahagian belakang telefon bimbit sebelum mula merencanakan sesuatu. Alat tersebut digagang ke telinga setelah berjaya mendail sejenis nombor. Nada deringan berterusan buat beberapa ketika. Rahang diketap apabila panggilannya tidak dijawab.

Amirul Ariffin mendengus kuat, kemudian berlalu meninggalkan bilik. Keadaan rumahnya yang sunyi sepi menjadi sebuah tanda tanya. Seakan-akan tiada penghuni di ruangan 3 tingkat. Dahinya bertambah kerut apabila mendengar rengekan seorang budak yang berlari ke arahnya.

"Mana Daddy?" Soalnya diselangi sedu. Anak patung beruang pula dipeluk erat.

Ariff tersenyum kecil memandang adik tirinya. Walaupun kelihatan baru bangun tidur, tetap comel dengan rambut serabai keperangan yang sempat ia usap lembut. Pantas ia menggendong anak kecil tersebut. Zahra menyesuaikan dirinya apabila diangkat sebegitu rupa. Kepala kecil mula dilentokkan ke bahu yang berbidang besar. Ia sudah terbiasa bermanja-manjaan dengan seluruh ahli rumah itu. Tidak tenang apabila kelibat salah seorang tiada.

"Daddy sibuk kot." Ariff hanya menjawab polos tanpa berfikir panjang.

Ia sedikit hairan. Selalu wanita itu menjadi orang yang pertama bangun pada setiap pagi. Kelibat ayah tirinya juga tidak kelihatan. Tangan kirinya menggaru kepala yang tidak gatal. Bagaimana ia ingin mengurus adik tirinya yang tidak tahu menahu. Zahra memandangnya dari sudut mata. Lalu tangan kecil tersebut memegang dagu yang agak kasar akibat janggut yang belum dicukur licin.

"Ummi mana?" Ia agak hairan kerana ibu tirinya itulah yang selalu mengejutnya untuk ke sekolah. Ariff membawa anak kecil itu ke ruangan tingkat bawah lalu meletakkan tubuh kecil ke atas sofa berhampiran. Tangannya menyeluk ke kocek seluar mengambil telefon bimbit.

~~~~~~~~~~

Rambut kerinting diselati kasar, ia menoleh dan mendapati lelaki yang sedang lena tidur di atas katil usangnya. Pantas mata terbeliak, dirinya segar dari mamai tidur. Lalu mencampak bantal yang ada ke arah Afiq.

"Woi! Kau apehal tidur atas katil ni?" Ia separa menjerit. Amarahnya membuak. Afiq terkebil-kebil membuka matanya sebelum menggosok lemah. Pancaran silau dari tingkap menembusi masuk, menyengit tajam mengenai mata.

"Dahlah tidur atas katil aku... Bukan semalam kau tidur atas sofa ke?" Fahri bersuara tidak puas hati. Afiq hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Pastu tak payahlah nak cari pasal." Afiq menjeling kawannya. Mulut dijuih sebelum ia berbaring semula. Kaki Fahri sempat menendang tubuh Afiq geram.

"Kau nak tidur apa lagi?"

"Hari ni kena hantar tugasan, aku tak nak ingatkan lagi.. sukahati kaulah." Sambungnya pula.

Tuala yang tergantung dicapai lalu di gantung pada bahu kanan. Ia sempat memandang sekilas akan temannya. Afiq yang masih mamai dari tidur mula mencapai telefon bimbit di sisi.

Tertera banyak Notification di skrin. Diantaranya terdapat 10 panggilan tak terjawab dari Ariff. Dahinya berkerut hairan. Apa yang mengundang abangnya berkelakuan sedemikian?

"Kau apesal tak angkat telefon?" Suara disebalik panggilan agak meninggi setelah ia membalas panggilan tersebut. Afiq menjauhkan telefon dari telinga. Sebelah matanya terkebil kecil.

"Kau kat mana sekarang? Tempat biasa?" Bertubi-tubi soalan yang tertera.

Afiq menghela nafasnya, "Mana ada.. Aku tido rumah kawan.." Nafinya.

"Ada apa kau telefon aku?" Sambung Afiq endah tak endah.

"Daddy tak ada.. semua orang dalam rumah ni entah ke mana.. si Zahra tak ada orang yang urus." Suara di sebalik panggilan resah menerangkan.

"Pastu kau nak aku buat apa? Jaga Zahra?"

"Manalah aku reti semua benda tu, aku dengan kau dua kali lima je.. lagilah kalau aku yang urus, naya budak tu." Panggilan dimatikan serta merta.

Manakala Ariff yang mendengar jawapan spontan adiknya hanya mengetap geram. Zahra yang sedang leka bermain dengan anak patung dipandang sekilas. Perasaan mula bercampur-baur. Dielus dagu runcing memikirkan solusi.

Hendak menguruskan anak kecil itu untuk ke sekolah? Tidak mungkin. Memandikan seorang budak pun tak reti. Apatah lagi menyiapkan peralatan ke sekolah. Masak sarapan? Disangkal jauh pemikiran tersebut. Nasi yang paling senang dimasak pun tidak tahu.

Telefon bimbitnya berdering mengurangkan rasa gelisah, "Daddy kat mana?" Pertanyaan pertama yang diajukan kepada si pemanggil.

Mata Ariff terbuntang besar mendengar penjelasan ayah tirinya. Tangan mula menekup mulut rapat. Perkara buruk apa lagi yang akan menimpa?

~~~~~~~~~~

Ruang yang terdapat beberapa orang tidak dikenali mula dipandang sekilas. Segala macam bau yang tidak menyenangkan hadir. Otot di tengkuk mula direnggangkan lega. Kelihatan beberapa pegawai sedang melakukan tugas masing-masing.

Peristiwa malam semalam terjadi begitu pantas. Kamal pula berinteraksi dengan pegawai tanpa henti. Tidak masuk akal. Ya, bermakna ada seseorang yang sabotaj akan gerak-gerinya.

"Tak mungkin dia yang buat kan? Badan kecil macam tu lawan mangsa yang dua kali besar dari dia?" Kamal menunjuk pada Marsya yang ditahan dalam lokap sementara sebelum pihak atasan membuat keputusan.

Manakala pegawai di hadapan hanya melepaskan nafas panjang. Penat ingin melayan karenah yang dihadapi sejak sejam lalu. Kamal menggenggam penumbuk sebelum dilepaskan pada meja bertentangan dengannya.

"Ada apa yang boleh saya bantu?" Pegawai tersebut tiba-tiba bersuara. Lantas Kamal menoleh terhadap sosok tubuh yang hadir.

"Laila Marsya ada?" Soal jejaka yang kini berdiri tegak di sisi Kamal.

"Encik ni siapa ya?"

"Darwish Zaffar." Balasnya ringkas. Pegawai itu tekun menaip sesuatu di papan kekunci.

"Suami kepada Laila Marsya." Sambung Kamal dengan nada kurang senang. Zaffar pantas menoleh, kini bertentang mata.

"Kau siapa? Macam mana boleh kenal aku?" Kamal melepaskan tawa kecil. Seakan memerli suasana yang dihadapi.

"Pembetulan, aku tak kenal kau.. tapi aku tau siapa Laila Marsya."

Zaffar mengetap rahangnya, "Aku rasa kita tak pernah bersemuka, tapi kenapa kau tak bersikap formal dengan aku ya?"

"Rasanya bukan aku yang mulakan perbualan ni? Tak begitu?" Jawab Kamal bersahaja. Lalu menunduk sebelum bibirnya menata sebuah senyuman.

"Kenapa dengan kes dia?" Zaffar mengalihkan tumpuan terhadap pegawai yang hanya memerhatikan mereka sejak dari tadi.

"Kes Laila Marsya?" Sambung Zaffar setelah jejaka tersebut berkerut mendengarkan soalannya. 

Wanita Berbakat ✓ {Editing}Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz