Bahagian 14: Rukun Kedua

676 35 1
                                    

         "Kalau macam itu yang kau nak.." Sengaja dimatikan kata-katanya supaya wanita itu menanti dengan debaran.

"Aku terima dengan syarat kau buat apa yang dah dijanjikan." Zaffar memeluk tubuh sambil tunduk memandang tajam isterinya.

Marsya tersenyum lega. Lalu ia bangkit dari terus berkeadaan terduduk. Punggungnya yang terasa sebal setelah jatuh terduduk hanya dihiraukan.

"Jom kita solat berjemaah." Tutur Marsya sambil tersenyum lebar memandang suaminya yang tidak lepas merenungnya.

Namun di dalam tatapan yang tajam terselit kepolosannya. Walaupun ia telah dibesarkan dengan nama Islam, pengetahuannya tentang ilmu agama amatlah cetek.

"Jom." Marsya menarik tangan suaminya masuk ke dalam ruangan tandas.

Tangan itu ditarik semula oleh pemiliknya, "Tak payah nak pegang-pegang.. kau saja nak ambil kesempatan kan?" Seru Zaffar lantang.

Marsya hanya tersenyum lebar. Suaminya kini berdiri tegak di hadapan tandas sebelum Marsya menguak pintu.

Tubuh sasa Zaffar ditolak lembut, "Kita ambil wudhu' dulu ya."

Tangan yang berada di belakang badan ditepis kasar, "Kau tak payah la nak paksa-paksa aku.. aku taulah" Bentaknya terhadap Marsya.

Marsya memandang sepasang anak mata yang bengis itu penuh makna. Di dalam hatinya terbit rasa bersalah atas apa yang syarat yang ditawarkan sebentar tadi. Namun ia tidak mempunyai cara yang lain untuk mengembalikan suaminya ke arah jalan yang benar.

"Aku tau apa yang aku nak buat." Zaffar sempat mengerling tajam sebelum ia beralih.

Kemudian ia menuju ke arah pancuran mandi berada. Dibawahnya terdapat satu paip air yang boleh dipelbagai gunakan. Tetapi ia terdiam sejenak sebaik sahaja air mengalir dengan deras di hadapannya.

Kini perasaannya bercelaru, "Abang tengok saja apa Laila buat dulu." Marsya lantas bertindak.

Dibuka lilitan tudungnya dan mula ia memulakan cara pengambilan wudhu' yang betul. Zaffar menyilang tangan di dadanya serta memerhatikan pergerakan Marsya dengan perasaan kurang senang.

Air yang deras mengalir ditadahnya untuk menyapu muka setelah selesai membasuh tangan hingga pergelangan tangan dan berkumur. Kemudian dialirkan air ke tangan sehingga ke siku, tidak terlupa juga dengan tangan yang kiri. Diambil sedikit air dan disapu ke sebahagian kepala, dan terakhir sekali ia mengalirkan air ke kaki sehingga ke buku lali, begitu juga kaki kirinya.

Setiap pergerakan tersebut dilakukan sebanyak tiga kali berturut-turut secara tertib. Hanya rukun fardhu wudhu' sahaja yang ditunjukkan ketika itu. Setelah selesai, ia menoleh ke suaminya yang memandangnya dengan mata tunak tanpa berkata sepatah kata.

"Aku tahu apa nak buat, tak payah nak ajar aku." Desis Zaffar tidak puas hati.

Mulut Marsya menguntum sebuah senyuman. Lucu melihat suaminya yang tetap merasa dirinya betul. Walau pada hakikatnya adalah ego seorang lelaki yang tidak pernah berpisah.

Lalu wanita tersebut memberi isyarat dengan tangannya supaya suaminya maju. Zaffar memulakan langkah pertama. Namun setelah menyapu air ke muka, ia beralih ke Marsya yang masih berdiri tercegat di sisinya.

"Kenapa masih kat sini? Keluarlah." Zaffar menyeru lantang.

Manakala Marsya hanya menggeleng kecil sambil berisyarat. Ia harus berada di situ untuk memantau suaminya kini. Zaffar pula bangkit dan bercekak pinggang memandangnya.

"Diam-diam macam ini pun degil juga." Sungutnya.

Marsya kelihatan kurang senang. Jari telunjuk diletakkan ke mulut dengan isyarat tanpa mengeluarkan sebarang suara. Lalu menyuruh suaminya mengulang semula pergerakan wudhu' tadi.

Wanita Berbakat ✓ {Editing}Where stories live. Discover now