Bahagian 22: Bukti

663 30 5
                                    

         "Afiq, kau biar betul?" Soal Fahri, hairan dengan tindakan temannya yang hadir secara mengejut. Beg bagasi kelabu ditatap Fahri. Dialihkan pandangan kepada tatapan mata yang memandang. Lalu Afiq menghempas tubuhnya ke atas katil yang sudah lapuk. Ia hanya menghiraukan sahaja soalan yang diajukan.

Fahri melepaskan nafas yang panjang sebelum mengambil tempat duduk disebelah kawannya, "Malam-malam buta macam ni jugak kau nak menyusahkan orang." Ia bersuara bengang. Apa tidaknya, bunyi enjin kereta Afiq menghalang niatnya untuk tidur.

"Bising ah kau ni." Malah Afiq menyelesakan dirinya. Kedua tangan diletak ke tengkuk dan berbaring santai. Habuk yang ada membuatkan ia terbatuk kecil.

"Esok tak boleh?"

"Kalau ya pun bagilah aku tidur dengan tenang." Fahri melempar sebuah bantal persegi ke arah Afiq yang mengendahkan sahaja.

Ia bercekak pinggang, "Oi, pastu aku nak tidur mana?" Kakinya menendang tubuh Afiq.

Sebuah penumbuk dicipta, "Ah, masalah betullah." Penumbuknya kian melerai setelah Afiq diam tidak bersuara.

Mata dipincing tajam memandang Afiq yang sudah terbongkang di atas katil miliknya. Jejaka yang sudah berada di alam mimpi dihiraukan. Langkah dibuka menuju ke suatu ruang yang juga terletak sebuah bilik usang.

~~~~~~~~~~

Marsya berjalan mengelilingi bilik yang sederhana besar. Jari-jemarinya runcing memegang dagu serta fikirannya penuh kerisauan yang melanda. Panggilan dari seorang guru di Universiti tempat Afiq belajar membuat kegelisahan semakin bertambah.

"Semalam saya nampak Afiq sempat berborak dengan beberapa perempuan. Memang keadaan yang tak senonoh saya dengar." Ujar Pensyarah Athirah yang merupakan penceramah kelas Afiq Nasri di sebalik panggilan.

"Saya dapat tahu yang Puan ibu baru kepada Afiq, maaf ya kalau ni agak mengganggu keadan Puan buat masa sekarang ni.. saya berharap sangat yang Afiq dapat dididik dengan baik. " Panggilan dari Pensyarah Athirah sebentar tadi menyebabkan Marsya mengetap kuat rahangnya.

Telefon bimbit dicapai lalu mendail sesuatu di skrin sebelum digagang pada telinga.Toot...Toot...Toot...Toot

"Aku nak mintak tolong sesuatu." Ujarnya pada pemilik suara di balik talian.

Setelah selesai membuat panggilan. Ia keluar dari bilik menuju ke tingkat atas di mana bilik Zaffar berada. Dilepaskan keluhan panjang sebelum tangannya mencapai sambil membuat ketukan.

Tok.. Tok.. Tok.. Zaffar hanya menghiraukan akan gerangan yang tiba. Malas ingin melayan. Ia memandang pintu itu polos. Pen di tangan pula dimainkan di celah jari secara sambil lewa. Meskipun malam telah tiba, pekerjaannya belum selesai. Bisnes yang dijalankan berseorangan tanpa pendamping tidak mudah untuk diselesaikan begitu sahaja.

"Abang, Mar pergi keluar sekejap ya! Ada hal sikit!" Suara yang tidak berapa jelas kedengaran di sebalik pintu.

Menyampah, itu yang dirasakan oleh Zaffar, "Kau nak keluar dengan lelaki lain pun ada aku kisah?" Tuturnya pada diri sendiri. Tanpa apa-apa jawapan. Lama kelamaan kehadiran orang di sebalik pintu itu semakin menghilang dari bayangan. Tangannya tekun menaip di komputer riba yang berjenama MacBook.

Manakala Marsya menunggu akan kedatangan seseorang di beranda rumah banglo yang didiami. Bunyi cengkerik dan katak berlaga antara satu sama lain memecahkan hening sunyi di kelam malam. Sempat ia mengerling sekilas melihat Zaid selaku pengawal keselamatan rumah. Ia hanya membuat kerja sendiri tanpa menghiraukan keberadaannya.

Bunyi enjin motosikal hadir. Tubuh wanita tersebut sudah tidak keruan. Hatinya rusuh, penuh dengan kerisauan melanda. Seorang jejaka bertopi keledar menyapa. Kenderaan yang dikenderai tiga kali ganda lebih besar dari tubuhnya.

"Suami kau tau tak kau keluar ni?" Kamal menyoal. Marsya mengangguk kecil sebelum tangannya mengambil topi keledar yang terdapat di peti belakang motosikal.

Ia memukul bahu Kamal dan berrseru, "Cepat gerak." Sambil mengambil tempat duduk di belakang Kamal.

Rakannya hanya mampu menggeleng kecil lalu mula memecut laju. Bunyi enjin kuat mengaum mengisi keheningan malam. Menuju ke suatu tempat yang menurut sangkaan Marsya akan keberadaan anak tirinya.

Kawasan yang dipenuhi dengan insan sedang hanyut dalam dunia masing-masing. Keadaan tanpa kawalan itulah lebih mendorong mereka untuk berkelakuan bebas. Kamal menghentikan motosikal ditepi. Banyak botol minuman haram kosong yang bersepah di jalan raya yang kecil. Ditambah pula dengan kelakuan insan yang tidak senonoh.

Apakah mereka tidak takutkan azab? Lebih menyedihkan lagi, majoriti mereka adalah yang berbangsa melayu. Alangkah sedih. Perasaan itu yang bermain di fikiran Marsya sejak ia menjejakkan kakinya.

"Kau cari kat sini, aku masuk dalam sekejap." Marsya mengarahkan Kamal untuk memulakan sesi pencarian.

Kamal hanya mengangguk menuruti. Manakala Marsya melangkahkan kakinya memasuki ruangan yang diterangi dengan lampu berwarna-warni. Perasaan benci ditolak tepi. Bunyi gendangan musik berdentum di telinga. Tangannya pantas membuka laluan yang terhalang oleh insan berdansa mengikuti rentak sekeliling.

Mata Marsya meliar mencari akan kelibat seseorang. Di hadapannya kini kelihatan seseorang yang seakan familiar. Entah di mana ia bersemuka dengan wajah tersebut.

"You mummy Afiq kan?" Seorang perempuan maju ke hadapan dengan tangannya memegang segelas air haram. Marsya hanya berkerut sambil mengangguk kecil. Perempuan itu hanya meneliti Marsya dengan mimik muka sedikit teruja.

"Tak sangka you ni muda-muda dah jadi Mummy." Ujarnya lagi. Nada suara berlainan daripada wajah yang menayang senyuman tipis. Marsya mundur, tapak demi tapak apabila perempuan itu semakin mendekati. Hawa yang kurang senang kini hadir di deria baunya.

~~~~~~~~~~

Telefon berdering. Dipandang sekilas untuk mengetahui akan identiti sang pemanggil.

"Apa yang penting sangat sampai malam-malam macam ni kau call?" Tanpa sebarang salam, dijawabnya panggilan itu dengan penuh bersahaja.

"Good, pastikan berjaya rancangan aku." Zaffar membalas dengan pantas sebaik sahaja mendapat jawapan yang memuaskan. Senyumannya semakin menyeringai tajam.

Wanita Berbakat ✓ {Editing}Where stories live. Discover now