Bahagian 20: Akhirnya

631 35 3
                                    

          Sejenis barangan yang kecil sempat dipandang sekilas sebelum ia melangkah masuk ke ruangan yang berhawa dingin. Zaffar tersenyum puas. Akhirnya kunci itu berada di genggaman. Dibelek kunci yang disertakan dengan sebuah keychain perhiasan.

Ruangan yang sudah lama tidak dijejaki kini berada di hadapannya. Kunci tersebut dimasukkan ke tempat yang tersedia. Setelah berjaya, pintu ditolak sebaik sahaja ia memulas tombol itu. Keadaan bilik kini sama sepertimana yang telah ditinggalkan sebulan yang lepas. Mengandungi banyak kenangan tentang mahligai yang dibinanya beberapa tahun lalu.

Walaupun Almarhum isterinya lebih tua 15 tahun, juga telah pun mempunyai anak dengan suami pertama. Ia tetap tidak dapat menafikan kasihnya yang diberikan sepenuh hati. Namun takdir menentukan. Mungkin Allah lebih menyayangi Almarhum Aini.

Beberapa kepingan gambar yang tersusun di atas meja kini ditatap sayu. Diambil sekeping gambar, terpapar Almarhum isterinya yang sedang tersenyum lebar sambil memegang sejambak bunga ros besar. Gambar yang diambil pada hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-3. Masih jelas di ingatannya tentang hari yang penuh dengan memori mereka bersama.

"Terima kasih sayang.. Terima Aini seadanya.. Walaupun Aini ni janda anak tiga.." Kata-kata Almarhum Aini terngiang di ingatan.

Perlahan-lahan, air mata lelaki mula turun di wajah Zaffar yang tekun menatap gambar di genggaman. Tangan yang sebelah menyapu air mata dari terus menitis mengenai kepingan gambar.

"Abang tak pernah menyesal kahwin dengan sayang." Diusap gambar tersebut dengan ibu jarinya lembut.

Kemudian, ia menuju tempat di mana dia beserta Almarhum isterinya selalu meluangkan masa menonton wayang menggunakan projektor skrin yang sudah tersedia. Serta mengambil tempat duduknya, ia perlahan-lahan mengusap tempat duduk kosong bersebelahan. Dan tanpa disedari, lama-kelamaan matanya terkatup rapat.

~~~~~~~~~~

Pintu rumah dihempas kasar. Kelihatan Afiq beserta abang dan adik perempuan masuk dengan lagaknya menuju ke ruang tamu. Marsya yang mendengar akan keadaan itu terus melangkahkan kakinya keluar dari dapur. Tidak perlu dihairankan lagi, keadaan mereka bertiga seolah-olah tidak terurus.

"Oi perempuan! Ambilkan aku air." Seru Ariff lantang.

Perasaan geram menyelubungi diri Marsya. Pantang sekali dengan sikap biadap tersebut. Walaupun Ariff tua darinya 3 tahun, tetap hubungannya sebagai ibu tiri dan anak tiri perlu dititik beratkan.

Marsya maju ke hadapan lalu mencekak pinggang, "Ummi bilang apa tadi? Dah lupa?" Marsya membalas dengan nada tegas.

Afiq bangun dari tempat duduknya dan mendekatkan diri. Meninggalkan hanya beberapa inci sahaja dari Marsya yang menyilang tangan di dada.

"Kau kena ingat kau tu siapa dalam rumah ni.. Pembunuh.." Ujar Afiq tepat di depan Marsya. Riak benci ditayang jelas. Marsya lantas mengangkat tangan dan menampar wajah yang tidak mengenal erti hormat.

"Jangan sampai Ummi naik angin dengan kau orang.. Mentang-mentang Gran tak ada, kau orang jangan nak naik tocang kat sini!" Marsya bersuara lantang. Manakala Farah yang berada di situ hanya menjeling tajam.

"Pergi naik atas, tukar baju.. lepas tu solat Isya'.."Marsya mengarahkan mereka bertiga.

Ariff pula yang maju dan membuka mulut, "Kalau aku tak nak?" Soalnya dengan nada mengajuk.

Senyuman sinis ditarik. Telinga kedua-kedua lelaki di hadapannya mula direngut dan memulasnya kuat. Mimik muka mula cemberut. Diikuti dengan mata yang bergulir tajam.

"Jangan sampai Ummi angkat tangan lagi sekali." Marsya mengingatkan sambil memandang Farah yang masih duduk bersandar di sofa dalam keadaan malas. Tangan yang memulas kuat telinga 2 jejaka mula dilonggarkan.

Wanita Berbakat ✓ {Editing}Where stories live. Discover now