Bahagian 10: Janji

679 36 2
                                    

         Air yang dipancut tanpa duga menyambut Afiq Nasri. Ia meraup kasar wajahnya. Lalu dalam sekelip mata, pintu di hadapannya tertutup serta dikunci.

Tudung lilit yang berada tidak jauh dari situ dicapai lalu dikenakan di kepalanya. Manakala Zahra memandangnya pelik, tubuhnya masih dipenuhi dengan buih sabun dibiarkan begitu sahaja.

"Oi perempuan!" Suara garau Afiq memenuhi ruangan, "Aku baru nak bagitau kau, pergi bla macam tu saja?" Suaranya berubah meninggi.

Marsya hanya menggeleng kepalanya sambil membetulkan tudung di kepalanya. Kemudian tangannya memegang tombol pintu serta memulas sebelum mendapati Afiq yang kelihatan berang terhadap tindakan spontannya tadi. 

"Gran panggil kau." Ujar Afiq ringkas tetapi penuh dengan nada kasar lalu berlalu dari situ.

Marsya sempat mencapai bahu Afiq dan mencengkamnya kuat serta bersuara, "Afiq, jangan biadap." Ditenung tajam anak mata milik Afiq. Manakala yang diterima hanyalah jelingan daripada jejaka itu.

Afiq lantas meninggalkan Marsya sebaik sahaja ia dapat tewas dari cengkaman ibu tirinya. Wanita tersebut mengetap rahangnya kuat sebelum ia menyambung semula akan tugasnya

~~~~~~~~~~

Marsya menuruni anak tangga mewah menuju ke ruangan tamu. Kelihatan Puan Dalila sedang duduk di salah satu sofa baldu yang terletak elok di ruang tamu.

"Maaf Mummy, lambat sikit." Ujar Marsya. Tangannya memegang erat tangan kecil Zahra yang sudah siap lengkap dengan baju sekolah Taman Asuhan. Puan Dalila hanya mengangguk kecil sebelum tumpuannya beralih kepada cucunya dengan senyuman lebar di bibir.

Bunyi hon kereta hadir di gelanggang telinga, "Salam Gran." Arah Marsya pada anak tirinya setelah pemandu memberi isyarat.

Tangan kecil dihulur kepada Puan Dalila yang menyambutnya dengan senyuman. Pelukan erat disertakan sebelum Zahra ingin berlalu pergi.

"Ahra tak nak salam ummi ke?" Marsya mengangkat keningnya. Kanak-kanak tersebut lantas menoleh serta mata mereka bertemu.

Lantas Zahra berlari mendapati ibu tirinya dan mendakap kedua kakinya dan dipeluknya erat, "Sowwi, Ahra upa (Sorry, Ahra lupa)." Pantas ia mencapai tangan Marsya lalu mengucupnya lembut.

Tawa kecil terlepas, Marsya menunduk sebelum tubuh kecil tersebut ditarik ke dalam dakapannya. Kedua insan melambai ceria mengiringi Zahra yang berlari keluar daripada ruangan.

Kemudian Marsya menoleh memandang ibu mertuanya dan menyoal, "Ada apa Mama panggil Mar tadi?"

"Mama ada benda nak tunjuk Mar." Sambil itu Puan Dalila bangun dari tempat duduknya dan menuju ke tingkat atas serta menuju ke bilik rahsia yang dikunci. Semakin kuat perasaan ingin tahu Marsya setelah berdiri di hadapan pintu bilik itu. Sebuah bilik yang hanya dimasuki oleh Zaffar beserta Arwah isterinya.

Selesai kunci tersebut bertemu di tempat yang sepatutnya. Pintu terbuka diiringi dengan sebuah aroma vanila yang menyambut. Puan Dalila mempersilakan Marsya masuk dan menutup pintu di belakangnya.

Keadaan bilik itu membuatkan Marsya terkesima sebentar, ia menelan air liurnya buat beberapa kali. Perhiasan berharga menghiasi ruangan yang sederhana besar. Pemandangan penuh santai mampu membuat sesiapa yang mengunjung tersenyum.

Ruangan yang dipenuhi gambar mesra Darwish Zaffar bersama dengan Almarhum Aini dahulu kala ditatap oleh Marsya sayu. Terdapat juga satu ruang tempat duduk cukup untuk diduduki oleh dua orang yang dikhaskan untuk menonton sebuah projektor tersedia ada.

"Mama nak tunjuk Mar sesuatu," Sambil Puan Dalila menunjuk ke ruangan tempat duduk.

"Mar duduklah dulu." Marsya teragak-agak untuk melakukan apa yang disuruh. Tanpa berlengah lagi, Puan Dalila lantas menolak lembut badan Marsya. Tanpa sempat ia membuka mulut, punggungnya melabuh ke kusyen lembut yang tersedia.

Puan Dalila membuka projektor yang berada tidak jauh dari depan tempat duduknya, terteralah di hadapannya skrin besar dan terpapar Almarhum Aini sedang duduk menghadapnya.

"Mama nak Mar tengok video ini sampai habis, okay?" Ujar Puan Dalila sambil melangkahkan kakinya ingin meninggalkan bilik berkenaan.

Tidak berkesempatan ia mengutarakan sebarang pertanyaan lain. Hatinya sedikit gerun sebelum jarinya menekan 'play' di projektor tersebut.

"Marsya yang tengah tengok video ini bermakna akak dah tak ada.." Almarhum Aini bersuara lembut dalam video tersebut dengan senyuman yang masih tak lekang dari bibirnya.

Setelah beberapa masa berlalu, video itu berakhir dengan salam dari pemiliknya. Linangan air  mata tidak berhenti daripada mengalir di pipi Marsya diikuti dengan esakan kecil.

Setelah keadaannya semakin tenang, ia bangkit daripada duduk, "Kenapa selama ini akak rahsiakan perkara ni dari Tuan Zaffar?" Soal hatinya pelik. Sebak masih menyelubungi diri.

Pintu bilik dibuka. Kelihatan Puan Dalila sedang menunggunya diluar sambil berdiri memandangnya, "Ma, kita kena tunjuk abang video itu." Ujar Marsya sejurus sahaja mereka bertemu.

Puan Dalila menggeleng kepalanya, "Biar perkara ni antara kita berdua saja dulu."

Kedua kening Marsya bercantum, "Tapi kenapa Mama?"

"Lambat laun dia akan tau juga tentang perkara ni." Ujar Puan Dalila ringkas sebelum membuka langkah kakinya untuk mengunci pintu tersebut.

"Sampai bila Mama nak kunci bilik ni?" Soalan itu membuatkan Puan Dalila mengangkat keningnya. Dengan senyuman penuh makna, Puan Dalila memandang Marsya yang berdiri di belakangnya menanti jawapan.

"Mama nak Darwish Zaffar itu terima Laila Marsya yang ada dekat depan mata Mama ni sebagai isteri dia." Semakin dalam dahi Marsya berkerut. Ia hanya tunduk memandang lantai marmar.

Sebuah tangan mengangkat dagunya. Sepasang mata penuh harapan bertembung dengannya. Puan Dalila membisikkan sesuatu kepada Marsya. Cukup membuatnya tersentak sehingga tubuhnya terdorong ke belakang.

"Mulai sekarang, Mama izinkan Mar buat apa sahaja. Yang penting sekali, kembalikan Darwish Zaffar seperti dulu kala." Perkataan yang mampu membuatkan Marsya termangu. Tangannya mengelus lembut anak patung beruang milik Zahra yang sempat diambilnya sebentar tadi.

Puan Dalila meninggalkan Marsya bersendirian. Bercelaru memikirkan nasib yang harus dihadapinya.

~~~~~~~~~~

Kelihatan sosok tubuh seorang jejaka sedang tekun menyelesaikan tugasnya. Sebuah bunyi hadir mencelah, tumpuannya kini beralih. Tangan di papan kekunci terhenti sebelum ia dilarikan ke arah alat telekomunikasi canggih tersebut.

Sejenis pesanan tertera di skrin telefon. Diterima daripada seseorang yang amat dikenalinya,

Ingat lagi janji kita?

Ayat pendek itu membuatkan Zaffar menghela nafasnya panjang. Tangannya mencipta sebuah tumbukan lalu menumbuk meja di hadapannya dengan sekuat hati. Tanpa dihiraukan akan rasa sakit yang terasa.

Wanita Berbakat ✓ {Editing}Where stories live. Discover now