Bahagian 4: Keizinan

921 47 0
                                    

          Marsya seperti kebiasaannya hanya berada di dalam bilik. Memandangkan ia langsung tidak boleh menyentuh tempat kejadian tragedi dirumah itu atas arahan anggota polis. Terdapat beberapa tempat yang menjadi larangan, yang ditanda dengan tape kuning do not cross.

Jam menandakan pukul empat petang, menunjukkan sudah tiba masa untuk Zahra pulang dari Taman Asuhan. Marsya duduk di sofa ruang tamu yang bebas dari kawasan larangan, hanya berdiam diri serta  memerhati beberapa anggota polis sedang membersihkan tempat berdekatan situ.

"Puan duduk sini sebentar sahaja kan?" Seorang lelaki datang mendekat ke arahnya sambil menyoalnya.

"Ya, saya tunggu Zahra balik." Jawab Marsya lalu memandang sekilas akan tag nama yang tertera pada seragam polis lelaki tersebut, Walid. Pada saat itu juga, bunyi deruan enjin kereta mula kedengaran menandakan bahawa Zahra sudah tiba.

"Ummi!" Zahra beserta lengkap dengan seragam sekolahnya berlarian anak ke arah Marsya yang langsung menyambutnya dalam dakapan.

"Zahra lapar?" Gadis kecil itu hanya menggeleng.

"Adi Ahra dah akan (Tadi Ahra dah makan)." Ujarnya sambil terus memeluk Marsya yang mengangkat dan membawanya ke dalam.

"Maaf Puan, saya baru dapat informasi," Seorang lelaki menyapa sebelum Marsya sempat melangkah lebih jauh lagi untuk ke bilik Zahra.

Marsya menoleh, "Nanti jam 5 pihak Penyiasatan akan datang, harap Puan boleh bekerjasama." Sambung lelaki itu.

Marsya hanya mengangguk kecil, "Lepas saya uruskan Zahra saya akan hadirkan diri." Marsya berkata penuh kepastian. Sepertinya ia sudah dapat mengagak apa yang akan terjadi.

~~~~~~~~~~

Manakala di tempat lain, Zaffar kelihatan sedang dalam panggilan bersama seseorang, "Macam mana dengan kes siasatan?"

"Pastikan kau buat kerja dengan betul.. aku nak kes ini selesai secepatnya." Ujar Zaffar setelah mendengar penjelasan yang terkini.

"Baik Tuan." Hanya suara itu yang terdengar di sebalik panggilan.

~~~~~~~~~~

Balik kepada tempat kejadian, beberapa pihak penyiasatan sedang melaksanakan tugasa masing-masingg dengan cekap. Tidak ketinggalan juga, Pihak Analisis Forensik turut terlibat sama.

"Kenapa Tuan Darwish cepat sangat nak balik sini?" Soal seorang lelaki yang kelihatan separuh abad sambil matanya melilau ke arah sekeliling ruangan.

"Maaf Kapten, Tuan Darwish tetap juga dengan keputusan dia.. Tapi Tuan Darwish akan mengikuti syarat yang ditetapkan kami.. Semuanya akan berjalan dengan lancar." Ujar lelaki yang kelihatan agak muda daripada ahli anggotanya.

"Walaupun dalam keadaan tempat macam ni?" Spontan lelaki tadi menyoal. Lelaki yang menjawab soalannya sebentar tadi mengangguk kecil.

"Ah, Puan." Lelaki separuh abad itu menunjukkan sebuah kad pengenalan berwarna kuning cair beserta sekeping kertas. Waran Soal Siasat kini ditayang tepat pada wajah Marsya yang hanya menunjukkan reaksi tenang.

Tangannya mula digari. Lalu ia dibawa oleh jejaka tersebut tanpa sebarang soalan yang diungkapkan oleh Marsya. Ia pasti kejadian itu akan terjadi pada suatu ketika.

"Saya akan mula untuk soal jawab." Ujar lelaki itu sambil membelek-belek kertas di hadapannya. Marsya mengangguk setuju.

"Puan sebelum ini pernah bekerja dengan Arwah Aini sebagai pengawal peribadi?" Marsya mengangguk kecil atas soalan itu. 

Wanita Berbakat ✓ {Editing}Where stories live. Discover now