Bahagian 21: Bagaimana?

622 38 1
                                    

          Telefon di atas meja ditatap polos. Kepalanya serabut memikirkan banyak perkara. Panggilan yang dibuat sebentar tadi membuatnya risau.

"Macam mana ni bos?" Perbincangan bersama Encik Hamid terimbas kembali.

"Tengok dulu macam mana.. Nanti kita bincang sama-sama lagi." Beritahu Encik Hamid kepadanya. Kamal meraup wajah kasar mengingatkan akan perbualannya dengan bos petang tadi.

Kamal, selaku pengawal peribadi serta rakan sekerja Marsya. Ia juga bekerja dibawah Encik Hamid yang merupakan ketua pengawal peribadi. Tugas utama mereka, mengawal ketat orang yang mengupah.

"Apa rencana kau Laila Marsya?" Jari tangannya menyilang antara satu sama lain lalu disandarkan pada dagu.

~~~~~~~~~~

Zaffar tersedar dari tidur. Matanya meliar ke sekeliling. Lantas ia bangkit, selimut yang menutupi badannya ditolak tepi. Dalam keadaan mamai-mamai ia bangun meninggalkan ruangan tersebut menuju ke biliknya. Cahaya terang menerangi suasana bilik utama. Sudah pagi rupanya. Bermakna ia tidur semalaman di bilik bawah.

Ia menoleh memandang katil yang tidak tersentuh. Lalu menuju ke bilik baju serta matanya melilau mencari akan sesuatu. Senyuman sinis kini semakin melebar. Barang Marsya sudah tidak kelihatan.

"Aku akan pastikan kau dapat balasan yang setimpal. " Desis hatinya sambil menjeling tajam ke arah pintu. Seolah-olah ditujukan pada seseorang. Tandas menjadi tujuan utama. Dengan perasaan gembira yang bergelonjak di hati, ia bernyanyi kecil sambil mengalirkan air pancuran hangat pada tubuhnya untuk menyegarkan diri.

Tuala mandi diselitkan dengan rapi menutup aurat. Manakala tuala kecil diguna untuk mengeringkan rambut. Langkahnya terundur apabila menyedari akan sesuatu.

Sosok tubuh seorang wanita kini berada di hadapannya. Gerakan wanita tersebut terhenti seketika. Tangannya memegang erat baju suit yang mungkin sudah diseterika rapi.

"Kau buat apa kat sini?" Marsya terdiam, baju di tangannya digunakan untuk menutup wajahnya dari terus bertentang mata.

"Tak sedar-sedar kau eh? Nak aku ingatkan kau lagi sekali, macam tu?" Suara Zaffar kian meninggi.

"Laila dah siapkan baju kerja abang." Marsya menayangkan baju kerja milik Zaffar.

Ia mengerling tajam akan isterinya. Dihiraukan sahaja lalu mengambil langkah menuju ke arah bilik baju berdekatan. Manakala Marsya teringat akan sesuatu lalu menyoal,

"Nanti Laila nak keluar kejap boleh? Nak jumpa kawan." Terdapat keraguan di suara lembut wanita tersebut.

"Kau nak pergi mana pun bukan hal aku. Perjanjian kita dah selesai." Hanya itu yang terdengar.

Marsya diam tanpa membalas. Setelah tiada reaksi daripada suaminya, ia berlalu keluar dari ruangan itu meninggalkan baju di gantungan.

~~~~~~~~~~

Cahaya matahari mengenai matanya. Terasa perit walaupun ianya terkatup rapat. Dalam keadaan berang, ia membuka kelopak mata melihat akan gerangan yang tiba. Sosok tubuh kelihatan samar-samar di sisi katil. Marsya bercekak pinggang.

"Tak sedar subuh kan?" Marsya bersuara. Terselit nada perli.

"Apa hal pulak perempuan ni buat kat sini." Malah selimut yang ditarik menutupi badan.

Marsya mengetap rahangnya geram. Tubuh jejaka tersebut semakin bersembunyi di balik kain tebal berwarna kelabu. Tangannya mula menarik melawan kekuatan seorang lelaki.

Wanita Berbakat ✓ {Editing}Where stories live. Discover now