Bahagian 17: Tanggungjawab

631 36 9
                                    

          Perut yang terasa kosong diusap. Makanan yang sudah ditelan telah pun dimuntahkan semula. Walau betapa kosong perutnya sewaktu itu, tetap ia berkeras tidak ingin memakan sebarang hasil masakan isterinya.

~~~~~~~~~~

Semakin laju diselak lampiran buku ditangan. Buku yang berkulit hitam menjadi bahan bacaannya pada pagi itu. Riak wajahnya jelas kelihatan berubah, semakin erat genggamam pada buku yang agak tebal.

"Setakat ni je? Ini yang dia beria sangat nak sembunyikan dari aku?" Diraup wajahnya yang sedikit cemberut.

Buku tersebut dicampak ke katil berdekatan, penat lelahnya tersia-sia begitu sahaja. Harapannya untuk mencari walau sedikit bukti punah begitu sahaja. Namun setelah berfikir buat kedua kali, diambil semula sebelum ia meninggalkan ruangan bilik itu.

"Abang tak nak sarapan dulu ke?" Marsya menyapa, tangannya penuh membawa sebakul kain kotor. Suaminya hanya jalan melintasinya tanpa menghiraukan. Bibirnya cemberut serta kedua bahunya mengendahkan kelakuan tersebut.

"Suka dialah, baik aku basuh baju-baju ni." Desis hati Marsya.

Manakala Zaffar pula berhenti sejenak dari meneruskan langkahnya. Beg di tangan mula digenggeam erat. Sosok tubuh kecil itu dipandang sekilas sebelum ia meninggalkan ruangan.

~~~~~~~~~~

Puan Dalila memandang cucunya yang asyik bermain dengan anak patung kesayangannya dengan pandangan sayu.

"Gran, Ahra indu mummy." Rintih anak kecil tersebut.

Terasa usapan kecil di kepalanya. Ia meraih tangan neneknya serta dipegang erat. Manakala sebelah tangannya erat memeluk anak patung sambil memanjat ke ribaan dengan manja.

"Mummy pernah pesan apa kat Zahra, kalau rindu kita simpan saja dalam hati.. bukannya kita tak akan jumpa Mummy lagi." Kata-kata yang ditapis sebaik mungkin sebelum disampaikan.

"Tapi Ahra indu Mummy." Nadanya berubah sayu. Air mata kelihatan mengalir di pipi yang mungil. Tubuh kecil ditarik dalam pelukan yang erat.

Sudut di hatinya pedih akan kerinduan. Dalila tidak ingin bahawa anak kecil itu susah hati akan keadaan yang telah berlaku. Dan tanpa pengetahuan mereka berdua ada sepasang mata yang memandang. Marsya menunduk ke lantai, matanya berkaca sebelum ia membuka langkah.

"Wah, ayam goweng." Pinggan berisi ayam goreng ditayang ke hadapan Zahra. Pantas ia melepaskan pelukan dan mencapai akan seketul ayam yang menarik perhatiannya.

Malah pinggan semakin menjauh, "Ummi cakap apa?" Marsya membuat isyarat dengan jari telunjuknya.

Zahra membuat riak wajah lucu, "Lupa pulak." Marsya tersenyum kecil, begitu juga Dalila.

Kini ibu Darwish Zaffar memandang Marsya yang memerhatikan anak tirinya mencuci tangan di sinki berdekatan. Hatinya tenang dengan situasi sebegitu. Lalu Zahra berlari anak dan mencekup ayam goreng tanpa sepatah kata, serta dijamah penuh nikmat.

"Mama nak cakap sikit boleh?" Dalila bersuara memandang Marsya yang membalas kelakuan sama.

Marsya hanya mengangguk kecil. Puan Dalila menarik lembut tangan Marsya dan mendorong ke ruangan agak berjauhan daripada Zahra berada. Cukup hanya dengan pengawasan terhadap anak kecil itu dari jauh.

"Macam mana hubungan Mar dengan Zaf?" Soal Dalila sebaik sahaja mengambil tempat duduk di sofa. Kini menantunya membalas pandangan. Sesekali Marsya memandang lantai. Dalila meraih tangan halusnya sebelum digenggam erat.

Wanita Berbakat ✓ {Editing}Where stories live. Discover now