Bahagian 2: Kontrak

1.1K 58 8
                                    

          Kata-kata Zaffar itu terngiang di telinga, "Aku tak akan maafkan kau, buat selamanya."

"Ummi, Ahra lapar." Aminah Zahra, anak kandung Zaffar itu menarik lengan bajunya. Menyedarkan Marsya dari lamunannya. Ia memandang ke bawah dan mendapati Zahra sedang mendongak memandangnya.

Ia sedikit mencangkung untuk berada sama paras dengan gadis kecil di hadapan. Rupa anak kecil tersebut persis seperti Zaffar. Daripada wajah dan juga rambutnya yang perang gelap. Ditambah pula dengan anak matanya yang kehijauan gelap.

"Zahra nak makan apa? Ummi boleh masakkan." Marsya berkata beserta dengan senyuman lebar.

Ia memimpin Zahra menuju ke dapur dan menyala lampu dan mengangkat Zahra supaya duduk di kerusi bar stool berhampiran yang tinggi hanya paras bawah dadanya.

"Ahra nak andwic yang Ummi telalu uat tu (Ahra nak sandwic yang ummi selalu buat tu)" Katanya dalam nada pelat.

"Okay, Zahra tunggu tau." Marsya bingkas menuju ke peti sejuk berhampiran. Rupa pintunya sama dengan barisan kabinet di situ.

Dengan tangan sebelahnya memegang telur manakala sebelahnya lagi memegang daging ham ayam, pantas ia melakukan kerjanya. Badan yang seakan sudah lali dengan keadaan itu, membuatkan ia susah untuk meninggalkan tabiat tersebut.

Ia meletakkan daging ham ayam di atas potongan roti dan mencedok telur yang sudah dihancurkan beserta sedikit mayonis dan meletakkan ke atas ham tadi, lalu menutup lapisan itu dengan sekeping lagi roti. Akhir sekali ia memotong sandwic berbentuk tiga segi kecil dan menghidangkan ke hadapan Zahra yang sedang leka bermain dengan IPad.

"Zahra, makan dulu." Ia mengusap lembut belakang badan gadis kecil itu dengan lembut.

"Wah!" Makanan di hadapan kini dinikmatinya dengan penuh selera. Marsya sesekali membelai rambut milik Zahra yang agak kerinting dihujungnya.

"Dia belum faham.. tunggu nanti bila masa dah betul-betul sesuai baru kita terangkan."

Tsk.. Tsk..

Kedengaran Zahra menangis teresak-esak dengan makanan yang penuh dimulutnya.

"Sayang, kenapa ni?" Soal Marsya sambil menyeka air mata di pipi Zahra. Ia lantas menarik gadis kecil itu dalam pelukannya, kepala yang kecil itu dilentokkan ke bahu Marsya yang berdiri menenangkan.

"Ahra indu Mummy (Ahra rindu Mummy)." Zahra berkata dalam tangisannya.

"Ya, Ummi pun rindu Mummy.." Kata Marsya sambil memeluk erat Zahra yang juga membalas pelukan yang sama.  Tanpa disedari, ada sepasang mata yang sedang memerhatikan mereka tidak jauh dari tempat itu.

"Ahra sayang, kenapa ni?" Ada tangan menolak Marsya yang baru sedar akan keadaan itu, mujur ia tidak hilang keseimbangan, salah silap langkah jatuhlah ia seperti nangka busuk.

"Daddy... " Zahra berkata dalam pelukan ayahnya.

"Ummi ada buat apa-apa ke kat Ahra?" Zaffar menyoal sambil memandang tajam ke arah Marsya yang hanya berdiri seperti patung di situ.

Zahra menggeleng laju, "Mummy bila nak balik?" Pertanyaan yang amat menusuk hatinya. Anaknya yang masih naif langsung tidak tahu menahu akan apa yang sebenarnya terjadi.

"Sayang, Mummy sibuk sangat dengan kerja." Pelukan Zaffar semakin erat mengenang nasib anaknya yang masih berumur 3 tahun. 

"Mummy ak nak alik ini agi ke? (Mummy tak nak balik sini lagi ke?)" Fikiran anak kecil tersebut penuh runsing.

"Dah, dah.. shh." Pelukan erat masih tidak dilepaskan. Sesekali dibelai lembut kepala anak kesayangannya.

"Kau tu pula tercegat kat sini buat apa?" Zaffar beralih pada Marsya yang diam berdiri serta menggenggam erat kedua tangannya.

"Tapi.." Zaffar membuat isyarat dengan matanya, mengendahkan kata-kata Marsya itu.

Marsya terpaksa akur,  ia menuju ke bilik yang didiaminya sejak setahun yang lepas. Dilepaskan helaan nafasnya yang panjang, memandang beberapa dokumen di atas katil bercadar kuning cair itu.

~~~~~~~~~~

"Kau nak tunaikan wasiat, atas syarat." Zaffar duduk di katilnya berhadapan dengan Marsya yang duduk dikerusi bersebelahan katil.

Marsya mengerut dahinya,"Syarat?" Lalu Zaffar mencampakkan sebuah fail ke riba Marsya yang terlompat sedikit dari tempat duduknya.

Sebaik sahaja ia mula membacanya, ia mendongak memandang Zaffar, "Kita duduk rumah Arwah Aini?"

"Kau jangan sesuka hati nak sebut nama Arwah isteri aku depan aku!" Zaffar memandang tajam Marsya yang serta merta menunduk dan sambung membaca kertas di fail itu.

"Aku dah bagitau Mama yang lepas ni gerak balik." Ujar Zaffar seperti yang tersirat tanda tanya di fikiran Marsya.

Imbasan tadi tengahari membuatkan ia diam seribu bahasa. Marsya menghempaskan dirinya di tilam yang sederhana empuk.

Sesuatu mula terlintas di fikirannya, "Tapi dengan syarat yang aku tetapkan..." Ia mula berperasaan kurang senang.

"Aduh, aku rasa bersalahlah pula."

~~~~~~~~~~

"Kalau nak saya tunaikan semua ni, atas satu syarat." Marsya bersuara.

Zaffar memandangnya tanpa apa-apa reaksi.

"Saya akan didik anak tiri saya secara adil.. Kesemuanya, dan paling penting, saya nak dia orang panggil saya Ummi." Ujar Marsya.

"Deal." Jawapan ringkas itu mengakhiri semuanya.

Marsya meraup mukanya buat kali kedua, "Ya Allah, apa aku dah buat ini.. Berdosanya aku cakap macam itu dengan suami sendiri."

'Drr.. Drr... ' Bunyi satu alat di atas meja di samping katil mula memberi isyarat kepadanya. Lantas ia bingkas bangun dan keluar dari biliknya lalu menuju ke bilik Zaffar di tingkat atas.

'Tok.. Tok.. Tok..' Bunyi ketukan menerjah ke pendengaran Zaffar.

"Masuk." Suara dari dalam memberi izin. Tombol dipulas sebelum mendapati Zaffar sedang bercekak pinggang. Kelihatan pula Zahra sedang tidur di katilnya.

Marsya tahu akan apa yang ingin dibuatnya sebelum Zaffar perlu membuka mulutnya. Lalu ia mengangkat dan menggendongnya lalu menuju keluar dari bilik tersebut. Pintu pula dihempas kasar di belakangnya.

Marsya menghela nafas, ia melangkah kakinya ke bilik yang berdekatan, dan perlahan ia membaringkan Zahra di katil yang empuk bercadarkan merah jambu. Sambil ia menyelimutinya, ia duduk di sisi gadis kecil yang sudah terlena dibuai mimpi, lalu membelai kepala kecil itu.

"Ummi minta maaf sayang, semua ini salah Ummi.. Kalau tak, semua ini tak akan jadi."  Bisiknya di hati mengikuti satu persatu air matanya mengalir.

"Aku redha kalau Tuan Zaffar tak maafkan aku, memang aku patut terima takdir ini." Bisik hatinya lagi.

Lalu Marsya meninggalkan bilik tersebut dan menuju ke biliknya. Setelah menutup pintu di belakang, ia melepaskan tudungnya. Masuk seharian ia menutup kepalanya.

Marsya membaca kontrak yang disediakan Zaffar untuk kali ketiga, "Anggap ini balasan bagi kau atas apa yang kau dah buat." Perkataan itu terngiang di telinga dan menghantuinya sejak pemergian Almarhum Aini.

Wanita Berbakat ✓ {Editing}Место, где живут истории. Откройте их для себя