Bahagian 18: Selera

646 33 2
                                    

          Suasana menjadi senyap. Dalam diam ia mencuri-curi pandang akan jejaka yang duduk berdekatan dengannya. Walau berada di permukaan katil yang sama, namun masing-masing hanya menghiraukan satu sama lain.

"Aku rasa tak ada benda penting nak dibincangkan." Ujar Zaffar setelah sekian lama merasakan sebuah tumpuan padanya.

Marsya lantas tersentak dari kelakuannya sendiri yang tanpa disedari. Ia pantas menggeleng sambil menarik selimut menutupi tubuh.

"Tak puas hati sampai nak tenung macam tu?" Ia mendengus tanpa menoleh ke sisi.

"Abang bila nak tidur? Laila nak tutup lampu." Ia sengaja menukar topik perbualan sebelum menjadi semakin tegang.

Zaffar hanya menjeling tajam, pandangannya semakin dialih jauh daripada bertembung dengan wanita di sisinya. Isterinya menatap pelik melihat kelakuan suami yang hanya termenung, entah apa yang difikirkan. Masa berlalu dengan pantas, begitu juga matanya yang kian tertutup mengakhiri hari setelah seharian lelah.

Kini sosok tubuh jejaka itu mula meninggalkan ruangan dengan penuh berhati-hati. Ia mencapai sehelai jaket berhud hitam. Pantas disarungkan sebelum kakinya melangkah keluar. Tangan diseluk ke satu sisi jaket mencari akan sesuatu, memastikan ia tetap berada di tempatnya.

~~~~~~~~~~

Jari telunjuknya bermain di sekitar hujung gelas kaca sesebuah minuman. Manakala matanya menatap tajam akan kedua jejaka yang duduk bertentangan.

"Along, takkan nak biarkan benda ni?" Serunya agak lantang. Farah menyedut jus oren sedikit demi sedikit untuk membasahi tekak yang kering. Ariff meraup mukanya, dilepaskan keluhan berat.

"Kita tak boleh biar perempuan tu buat sesuka hati dia." Afiq bersuara tidak senang.

Mi pasta di hadapannya dipandang tidak endah. Tekaknya menolak untuk menerima. Dirinya masih tidak boleh menerima hakikat yang ibu kesayangan sudah pergi buat selamanya. Hati penuh dengan perasaan bercelaru, bergolak dengan kemarahan yang tak pernah padam. Wanita yang dianggap sebagai kakak suatu ketika dahulu, kini berubah menjadi insan yang paling dibenci.

"Kalau Daddy lambat sangat, kita selesaikan sajalah." Sambung Afiq sambil mencuri pandang akan abang sulungnya dengan harapan ia menerima reaksi yang memuaskan.

Ariff menggeleng laju, "Daddy tau apa yang dia buat." Pantas ia menyanggah.

"Tapi, sampai bila perempuan tu duduk rumah kita tu?" Farah bersuara kurang senang.

"Aku tak boleh nak hadap muka dia hari-hari." Sambung satu-satunya adik kandung perempuan mereka berdua.

"Kalau Along ada apa-apa masalah, bagi tahu Papa." Kata-kata ayah kandungnya kini terngiang dibenak fikiran Amirul Ariffin.

Setelah ibunya bercerai dengan ayah kandungnya 6 tahun yang lalu, jarang sekali mereka dapat berhubungan melalui panggilan. Apatah lagi untuk bersemuka sebagai satu keluarga. Mungkin juga adik-adiknya sudah melupakan segala kejadian yang lalu.

Dalam hatinya ia penuh berharap akan keluarganya kembali bersatu dengan bahagia sepertimana suatu ketika dahulu. Dan kerana kemunculan seorang wanita, mulalah mengubah segalanya. Tangannya dikepal geram.

~~~~~~~~~~

Darwish Zaffar, jejaka berdarah kacukan duduk di tempat yang sama sejak sejam yang lalu.
Sebuah bingkai gambar menjadi tatapan. Terdapat dirinya dan seorang wanita yang sudah separuh abad serta seorang anak kecil perempuan di ribaan. Diusap gambar itu dengan lembut serta penuh dengan perasaan kasih sayang. Walaupun keluarga yang dibina bersama isteri pertamanya itu berlangsung kurang 5 tahun. Namun, kebahagiaan yang dilalui  tidak boleh dilupakan seumur hidupnya. Kenangan yang sentiasa terpahat di memori.

Wanita Berbakat ✓ {Editing}Where stories live. Discover now