Bahagian 23: Pakat

629 27 3
                                    

         "Mana Afiq?" Soal Marsya seusai sahaja perempuan itu kelihatan sedikit tenang. Perempuan tersebut hanya tersenyum senget memandangnya. Ia bermain dengan gelas di tangan secara acuh tak acuh. Dan sesekali air itu diteguknya begitu nikmat.

Marsya memandang akan keadaan itu dengan riak benci jelas kelihatan di raut muka. Di hadapannya jelas akan kemungkaran yang berlaku. Bukan orang asing, tetapi insan yang seagama dengannya. Ditambah pula ia sebagai seorang Islam bertanggungjawab untuk menegah kemungkaran dengan tangan, ataupun mulut. Paling tidak pun dengan hati.

Air haram habis diteguk. Matanya pantas meneliti wanita yang berpakaian serba hitam. Gelas mula diletakkan pada meja berdekatan. Lalu kakinya melangkah, berjauhan dari ruangan tersebut. Marsya hanya memerhati. Dalam diam ia mengikuti. Menuju ke suatu sudut yang agak terceruk.

Perempuan tersebut menolak pintu yang sedikit menganga. Kelihatan selimut tebal dan beberapa bantal agak bersepah di atas katil. Menghalang Marsya untuk melihat dengan lebih meneliti. Kemudian ia maju ke hadapan. Selimut direntap sebelum ia mencampaknya ke sisi. Sebuah senyuman sinis tercipta. Kedengaran bunyi pintu terkatup rapat di belakangnya.

Ya, kini katil di hadapannya hanya kosong tanpa insan yang dijangkakan. Namun perkara lain yang mengundang. Kedengaran suara seorang lelaki garau berisyarat. Tangannya menggenggam erat sebelum ia menoleh secara perlahan.

"Kau berpakat dengan perempuan tadi?" Marsya bersuara setelah melihat lelaki di hadapannya kini berdiri tegap tanpa mengenakan pakaian sewajarnya. Tiada jawapan, malah tapak kaki insan tersebut mula mendekati.

"Maknanya betullah sangkaan aku?" Tangan yang ingin menyentuhnya ditepis kasar.

Perlahan-lahan ia mundur. Mengelak dari terus diganggu lelaki yang berada di bawah pengaruh khayalan. Tangannya mencapai tombol pintu. Kaki yang bersarung boot hitam menendang kuat tubuh sasa di hadapannya.

Ia berusaha sedaya upayanya untuk membuka pintu yang terkunci. Sebelum ia berhasil, lelaki tersebut terlebih dahulu bangun dari rebahan serta menuju ke arahnya dengan pantas.

Tangan kecil menyeluk ke dalam poket kot hitam, "Laila, kau jangan apa-apakan dia.. sabar." Air liur ditelan kelat.

Kini wajahnya ditenung lama. Keadaan ia tersengih sinis menambahkan cemas yang terasa. Peluh sejuk mula menitik. Marsya mencari jalan untuk menewaskan dirinya dari terus diapa-apakan. Apabila jarak mereka berdua hanya beberapa inci, ia mencipta sebuah tumbukan dan menumbuk kuat pipi lelaki itu.

"Kau nak melawan aku?" Lelaki itu mengeluarkan suara garaunya, dihiraukan sahaja akan apa yang dilaluinya sebentar tadi. Ia mengetap geram. Kedua tangan lelaki tersebut memegang erat lengannya dan mengunci ke dinding. Wajah mulus Marsya menjadi tumpuan utama.

Tenungan tajam lelaki tersebut membuatkan Marsya gerun. Tipulah jika ingin menafikan tentang kelemahannya apabila ia sendiri adalah seorang yang handal dalam seni perlawanan. Ya, tragedi pada suatu ketika dahulu mengingatkan pada trauma yang tidak juga hilang.

"Takut?" Soal insan yang mula mengesan Marsya sedikit cemas.

"Ni baru sikit.. aku boleh buat lebih dari ni." Tangannya mula mencapai pipi Marsya. Kini sebuah batang kayu mengenai kepala lelaki berbadan sasa itu. Sempat Marsya mencapai peralatan yang boleh menjadi senjata mempertahankan diri.

"Berani!" Dagu Marsya dicengkam kuat sebelum kayu di tangannya terlepas dari genggaman. Nafas yang dihela semakin pendek. Tangannya mula menggapai, disertai niat untuk melepaskan diri.

Dengan segala tenaga yang berbaki, ia mencakar kuat tangan si penyerang. Sebelum ia mula menendang kuat alat sulit yang menyebabkan ia jatuh tersungkur mengerang kesakitan. Pantas Marsya melarikan diri. Pintu yang dibiarkan terbuka sempat ditoleh sekilas. Sebuah sepit kecil digunakan untuk membuka kunci sebentar tadi digenggam erat. Lelaki yang tidak sedarkan diri ditinggalkan.

~~~~~~~~~~

Ia menyilang tangan ke dada. Matanya tajam membulat memandang insan yang kini berdiri tegak.

"Kenapa tak angkat call aku?" Kamal menelan air liurnya kelat.

"Dulu kau selalu bising aku tak charge fon, sekarang ni kau pulak?" Marsya mencapai helmet serta disarung ke kepala pantas. Misi mencari Afiq masih belum selesai.

"Kau tak ada cedera mana-mana kan?" Kamal menarik lengan Marsya setelah mendapati keadaan Marsya tidak sepertimana tadi. Belum sempat wanita itu ingin menaiki motosikal.

"Baru sekarang nak tanya? Aku separuh mati kat dalam tadi." Jawabnya selamba. Tangan yang berada di lengan ditepis.

"Pastu nak biar je? Tak nak buat laporan?" Marsya hanya menggeleng laju. Tangannya dikibas laju. Bukan sekali dua ia berada dalam keadaan sebegitu. Ia ingin memudahkan keadaan bukan merumitkan lagi.

Jejaka tersebut menghela nafas panjang. Tidak tahu apa yang terlintas dalam permikiran Marsya yang jauh berlainan darinya.

"Yang kau beria sangat nak uruskan anak tiri kau kenapa? Diorang dah besar, sampai bila lagi Mar?" Soal Kamal kurang senang. Marsya hanya diam sambil mengecilkan matanya tajam. Tidak ingin mempertikaikan lagi akan perkara ini.

~~~~~~~~~~

Kedengaran bunyi telefon berdering memenuhi ruangan. Tanpa teragak-agak lagi ia mencapai dan di gagang ke telinga.

"Bos." Ujar si pemanggil. Matanya bergulir menyampah. Apa lagi yang ingin disampaikan jika tanggungjawab yang diberi tidak disempurnakan sesuai kehendaknya.

"Ada apa?" Balasnya acuh tidak acuh. Sudahlah dengan keadaan masalahnya yang belum selesai.

Zaffar serta merta bangun dari duduknya setelah mendengar penjelasan si pemanggil. Panggilan dimatikan lalu langsung meninggalkan ruangan bilik itu. Bunyi cengkerik berlaga antara satu sama lain menemaninya pada malam yang gelita. Kereta dipecut laju menuju ke tempat yang diberitahu oleh penyiasat rahsia sebentar tadi.

"Apa yang kau dah buat?" Desis hati Zaffar. Keresahan mula menyelubunginya. Jari-jemari mula meneyelati rambut yang tidak sempat dikemaskan.

"Jangan sampai terbatal rancangan aku, siap kau." Hatinya bersuara diselangi helaan nafas panjang.

~~~~~~~~~~

Sebuah jenis pisau yang berlumuran darah tersimpan elok dalam plastik kini dicampak ke hadapannya.

"Berkenaan senjata ini kami jumpa di tempat kejadian, bagaimana Puan ingin jelaskan?" Lelaki lengkap berseragam polis menyoal. Manakala tangannya menaip di komputer riba.

"Menurut maklumat yang tertera, ini bukan pertama kali.. sebelum ni Puan suspek utama kes pembunuhan Brickfield."

"Namun, kes ditutup setelah suspek telah pun dijumpai.. bukti berkenaan Puan pula tidak kuat." Mendengarkan itu, wajahnya diangkat dari terus menunduk. Matanya tidak berkedip memandang meja hitam di hadapan.

Wanita Berbakat ✓ {Editing}Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt