Bahagian 5: Geram

837 42 2
                                    

          Marsya menjeling kecil melihat beberapa lelaki yang sedang mengepungnya dari segala arah sambil helaan nafas panjang dilepaskan.

"Kau orang semua ni nak apa?" Soalnya dengan nada kurang senang.

Mereka hanya menghiraukan soalannya. Malah semakin mendekati ke arahnya. Matanya mengecil apabila sebuah kepalan tangan ingin mengenai wajahnya. Dan mula mendarat pada pipi Marsya. Ia mengetap bibir. Lirikan matanya tajam mengikuti gerak-geri Afiq meneguk sesebuah minuman. Senyuman sinis tercipta diikuti dengan tegukan yang diterima.

'Buk' Satu tendangan mengenai pinggang Marsya. Badannya mula hilang keseimbangan, namun tubuhnya cepat bertindak sebelum ia terjatuh. Keadaan di dalam kelab malam menjadi kacau bilau setelah melihat akan kekecohan yang berlaku.

"Kau perempuan seorang nak lawan kita orang yang ramai ni?" Seorang lelaki di antara mereka bersuara. Mencabar naluri wanita Marsya. 

Matanya dipejam rapat sebelum ia menumpaskan segala serangan yang hampir mengenainya. Tumbukan demi tumbukan serta tendangan mengenai mereka. Bunyi berdentum-dentum mula memenuhi ruangan itu. Insan yang menjadi saksi menunjukkan reaksi cemas. Hampir kesemua peralatan di ruangan tersebut habis berantakan.

Ia mencangkung di kalangan lelaki yang sudah berbaring tidak terdaya, "Saya tak ada niat pun nak cederakan kau orang.. Tapi disebabkan kau orang yang cari pasal dulu dengan saya, terimalah balasan ini ya." Katanya senada. Seolah-olah memerli.

Marsya sempat memandang sekilas akan kejadian yang telah berlaku di belakangnya sebaik sahaja ia membuka langkah untuk menjauh. Tangannya yang bersarung hitam mula menarik kasar tubuh Afiq Nasri. Mendorongnya keluar dari ruangan tersebut.

'Buk' Satu tumbukan mengenai pipi Afiq yang agak putih. Marsya melepaskan keluhan panjang sebelum mulutnya menutur kata, "Afiq Nasri Bin Khalid, sekarang juga Ummi nak Afiq balik."

Suaranya cukup tegas. Namun yang diterima hanyalah jelingan tajam yang diberikan Afiq. Rahangnya diketap kuat.

"Tak puas lagi?" Soal Marsya serta tangannya mula mendekat ke pipi Afiq untuk memberikan lagi sebuah tamparan. Afiq hanya menayang wajahnya tanpa sebarang reaksi. 

"Ouch, kau nak tarik telinga aku sampai putus ke apa?" Afiq mengaduh. Lalu mengusap telinganya yang dipulas kuat oleh Marsya.

"Afiq sedar tak semua ini dosa besar.. Kita ini orang Islam, mana boleh buat semua ini." Marsya berkata tepat pada telinga Afiq Nasri. Jejaka tersebut hanya menghiraukannnya.

Tubuh Afiq didorong masuk ke dalam kereta teksi tadi yang membawa Marsya. Afiq memberontak apabila tubuhnya dipaksa untuk duduk. 

"Balik ke rumah tadi ya Encik." Beritahu Marsya terhadap pemandu teksi itu.

"Putuslah telinga aku macam ni!" Suara Afiq meninggi diselangi rintihan. Marsya menarik telinga Afiq kuat setelah lelaki itu cuba sedaya upaya untuk melepaskan diri. 

"Jangan buat hal dekat sini, Afiq." Tangan Marsya pantas menolak dada Afiq ke belakang. Mengunci pergerakannya.

Setelah mereka sampai ke destinasi. Afiq mula tidak sedarkan diri, mungkin juga kerana mabuk menguasainya. Tanpa ada pilihan lain, Marsya terpaksa memapah tubuh jejaka tersebut.

Marsya menggeleng kecil, "Dulu janji nak berubah.. Kenapa sampai macam ni sekali? Kalau dengki sangat dengan aku, janganlah sampai rosakkan diri sendiri." Keluhan demi keluhan dilepaskan.

Wajah Afiq yang lena tidur di atas sofa dikerling sekilas sebelum dirinya melangkah pergi. Tubuhnya berhadapan dengan cermin yang besar menyamai tubuh kecilnya. Sarung tangan ditanggalkan. Bekas luka akibat geselan aksi menumbuk sebentar tadi dipandang sesaat sebelum ia mula merawatnya.

~~~~~~~~~~

Manakala di bilik yang lain, kelihatan Zaffar sedang sibuk dengan urusan kerjanya. Sesekali ia memandang sebuah fail di meja. Sesuatu mula terlintas di benak fikirannya. Bercelaru fikirannya memikirkan hal tersebut.

"Aku menyesal kau hadir dalam hidup aku.. Kalau bukan kerana kau, hidup aku tak akan bermasalah."  Monolognya dalam hati.

08:15 AM

"Kau tak serik-serik lagi ke?" Tegur Zaffar tepat di belakang Marsya yang sedang sibuk menghidang makanan di meja.

Wanita itu lantas menoleh, senyumannya tetap tidak kekang dari bibirnya lalu bertutur lembut, "Makan sikit Tuan Zaffar, isi perut." Pelawanya ramah.

"Apa ni panggil Tuan Zaffar, Zaf kan dah jadi suami Mar?" Suara seorang wanita separuh abad pula menyampuk. Marsya pantas maju ke kerusi sebelum ia mempersilakan mertuanya duduk.

"Tak payah la Mar, pergi siapkan sarapan untuk Zaf." Ujar Dalila. Dalam diam ia membuat isyarat dengan matanya terhadap Zaffar yang hanya menayang wajah bersahaja.

Marsya sempat tersenyum kecil sebelum dirinya melangkah ke dapur untuk menyelesaikan tugas yang belum selesai. Puan Dalila menarik tangan Zaffar lalu mendorongnya untuk duduk di  sisinya tanpa bantahan. 

"Mama tau Zaf masih bencikan Mar atas apa yang terjadi.. Tapi dia sekarang dah jadi isteri kamu." Tangan milik anaknya diusap lembut. 

Perkataan tersebut hanya masuk ke telinga kanan dan keluar di telinga kirinya. Ia tidak berkeinginan untuk menbalas kata-kata ibunya. Makanan di hadapannya ditenung tanpa selera. 

"Zaf pergi kerja dulu." Ia bangkit dari duduknya setelah memasukkan roti bakar ke mulutnya secara paksa.

"Eh, kenapa tak nak sarapan sekali dengan Mar?" Puan Dalila bersuara.

Zaffar melepaskan nafasnya panjang sambil matanya bergulir tajam, "Zaf dah makan tadi, Mama nak apa lagi?"

Puan Dalila hanya mampu mengeluh panjang. Marsya pantas mengambil beg koper milik Zaffar yang berada di atas meja kopi berhampiran setelah menyedari Zaffar sudah berlalu pergi. "Abang, jangan lupa ni." Suara Marsya lembut bertutur. 

Juga pada masa itu, kedengaran suara seseorang baru sedar dari tidurnya berlalu pergi. Afiq yang dalam keadaan mamai lantas menuju ke ruangan atas. Zaffar sempat mengerling sekilas sebelum terpandang akan lebam di pipi kanan lelaki tersebut.

Beg di tangan Marsya dirampas kasar. Dahinya mula berkerut apabila melihat luka kecil di buku tangan wanita itu. Tidak ingin berfikir panjang, ia langsung melangkah pergi.

~~~~~~~~~~

Sesampainya di pejabat, kelihatan seorang lelaki sedang duduk di salah satu kerusi. Menunggu akan kehadirannya.

"Latif, kau datang sini ada apa hal? Aku kan dah pesan kalau boleh jangan jumpa kat sini." Ujarnya seusai sahaja punggungnya dilabuhkan ke kerusi miliknya. 

Sebuah fail dihulurkan kepada Zaffar. Ia mengambilnya tanpa perlu berlengah lagi. Satu persatu helaian muka surat diselak serta diperhatikan dengan penuh teliti. Wajahnya berubah serta merta setelah melihat akan kandungan fail tersebut.

"Tembak yang digunakan telah pun didaftar di bawah nama Laila Marsya, Bos." Terang Latif. Ringkas tetapi mempunyai makna yang penuh mendalam.

"Dan tembak berkenaan hanya ada cap jari Laila Marsya." Sambungnya.

Zaffar hanya diam seribu bahasa. Tanpa ada apa-apa reaksi di wajahnya. Geram? Atau marah yang menguasainya? Apakah maksud di sebalik semua ini?

Wanita Berbakat ✓ {Editing}Where stories live. Discover now