Bahagian 15: Amarah

628 41 6
                                    

          Bunyi lagu yang kuat bergendang di telinga, lampu berkerlipan berlari-lari di ruangan sesak dengan manusia yang sedang asyik menari. Manakala seorang lelaki pula kelihatan sedang hanyut meminum sejenis air yang berwarna ungu ke arah hitam.

Sedang ia asyik menikmati, ada sepasang tangan yang menahan gelas seksi itu dari terus menyentuh bibir.

"You ni kenapa? Macam stress saja I tengok?" Suara seorang gadis menegurnya, mendorongnya memandang wanita tersebut layu seperti tidak bermaya.

Pandangan Afiq ketika itu kabur untuk melihat dengan jelas, kesan dari air haram itu membuatkan dirinya tidak terkawal.

Tangan yang lemah itu mencapai semula gelas supaya kembali berada di tangannya, namun kekuatan gadis yang masih siuman menghalangnya.

"You bagitau I apa masalah you, mana tau I boleh bantu?" Bukan gelas minuman yang ditawarkan, sebaliknya dirinya yang tampil ke hadapan.

Afiq melepaskan nafasnya kuat, "Tak akan ada pun orang yang sudi dengar cerita I ni." Ujarnya dalam keadaan mabuk.

Gadis itu tersenyum menggoda lalu memandang tepat ke anak mata Afiq yang memandangnya tidak bermaya. Sementara itu gadis berkenaan mencuri-curi pandang ruangan sekeliling Afiq penuh curiga, lalu merangkul leher Afiq dan memeluknya erat sambil membisikkan sesuatu ke telinga pemiliknya.

Dan tanpa sedar, kedua susuk itu kini sudah tidak kelihatan dalam kalangan ramai. Keduanya hanyut dalam dunia sendiri.

07:30 AM

Marsya seperti biasa melakukan tugas walaupun Zaffar menghiraukan layanannya. Dari bilik ke bilik dijejakinya, kemudian pantas dikejutkan anak-anak tirinya yang juga membalas kelakuan dingin.

Langkah Marsya terhenti apabila didapati Afiq tiada di biliknya, katil pula kelihatan tidak tersentuh. Ia mula mencipta sebuah penumbuk, "Kau jangan mula lagi, betul-betul buat aku naik angin."

"Menjadi-jadi kau eh lepas Almarhum mak kau meninggal." Bisik hati Marsya panas dengan amarahnya. Buku tangannya yang tidak seberapa besar berada di atas meja belajar berhampiran.

Dilepaskan keluhan demi keluhan, "Bilalah kau nak berubah, Afiq Nasri." Bercelaru fikirannya memikirkan nasib anak tirinya.

"Ingat Laila, hanya Allah yang boleh mengubah seseorang manusia itu, kita sebagai hamba Allah hanya boleh berdoa dan tawakkal serta usaha semampu kita." Terlintas kata-kata Almarhum Umminya pada suatu ketika dahulu.

"Astaghfirullah." Marsya mengusap wajahnya serta sebuah keluhan berat dilepaskan.

Ruangan bilik ditinggalkan lalu menuju ke tingkat bawah dan ruangan makan menjadi keutamaannya, hanya Aminah Zahra yang kelihatan berada di situ yang sedang menjamah makanan sarapan pagi dengan penuh berselera.

Makanan Waffle berserta pelbagai aneka sapuan seperti jem, coklat dan kacang yang terletak dengan teratur itu dipandang sayu oleh Marsya, ianya hampir tidak tersentuh. Manakala di ruang tamu berhampiran, kelihatan Zaffar sedang membaca sebuah majalah dengan tekun.

"Abang tak nak sarapan ke?" Marsya mula menghampiri ke arah jejaka yang langsung tidak menoleh.

Tanpa sahutan yang kedengaran, Marsya hanya berdiri menunggu dengan senyuman tiada berpisah.

"Oi perempuan, Daddy tak nak tu tak payahlah nak paksa." Seru Farah dengan lantang, muncul entah dari mana.

Zaffar mengalihkan pandangannya dari majalah yang dibaca. Kini ia beralih kepada satu-satunya anak tiri perempuan yang sudah dianggap sebagai anak kandung, "Macam mana sekolah?" Soalnya sambil tersenyum nipis.

Wanita Berbakat ✓ {Editing}Where stories live. Discover now