Bahagian 3: Tragedi

968 48 5
                                    

          Bau aroma coffee dan pancake mula berlumba hadir ke rongga hidung Zaffar yang sedang bersiap untuk rutin paginya. Sebelum ia meninggalkan bilik untuk ke kerjanya, sempat ia mencapai sebuah bingkai gambar yang berada di meja solek.

Perlahan ia mengusap seseorang di dalam gambar tersebut, "Sayang, abang akan cari pembunuh sayang itu sampai dapat." Ujarnya sendiri seakan berinteraksi dengan insan tersebut.

Ia meletak kembali bingkai gambar seusai mengucup wanita yang berada dalam gambar itu. Tombol pintu dipulas, semakin kuat bau semerbak harum coffee terbit di penghiduannya.

Siap dengan baju suit kerjanya, beserta sebuah beg dokumen ditangannya. Zaffar mengambil langkah menuruni anak tangga menuju ke tingkat bawah. Ia mendapati wanita yang paling dibencinya untuk bertembung pada permulaan harinya kini sedang leka dengan menghidang makanan di atas meja makan.

"Tuan Zaffar nak makan?" Soal Marsya setelah disedari akan lelaki yang sedang menuju ke arah Zahra . Anak gadis itu mula menikmati pancake buatannya.

Zaffar hanya menghiraukannya sambil terus membelai anaknya yang asyik memasukkan makanan ke mulut, tak padan juga dengan badannya yang kecil. Selera makan tidak menghalangnya dari terus menikmati makanan yang terhidang.

"Ahra jaga diri kat sekolah tau, ingat apa Daddy pesan." Pesannya sebelum ia meninggalkan tempat tersebut. Sempat ia mengucup lembut anaknya.

Marsya memandang makanan sambil menarik nafasnya dalam. Pada ketika itu juga, bunyi tapak kaki semakin dekat. Marsya menoleh dan mendapati Ariff sedang menuju ke arah Zahra berada dan mengucup lembut dahinya.

Tepat pada malam semalam, anak-anak Almarhum Aini balik ke rumah itu secara mengejut.  Bukan sahaja Marsya pelik, Zaffar yang baru menyedari setelah mendapati kereta milik Ariff dan Afiq berada di garaj tempat kereta, hairan dengan keputusan anak tirinya itu.

"Ariff sarapan dulu." Marsya mempelawa sambil memberi isyarat ke arah makanan yang terhidang.

Ariff memandangnya tanpa reaksi, "Kau tak payah nak pura-pura baik sangatlah." Ujar Ariff spontan.

Marsya menarik nafas panjang serta pandangannya tertumpu pada makanan yang dihidangnya. Langsung tidak disentuh.

"Nampaknya akulah yang kena habiskan." Ia mengambil tempat duduk di salah satu kerusi yang berjumlah dua belas kesemuanya, sesuai untuk keluarga yang besar membuka selera.

"Farah langsung tak nak tegur aku." Hatinya bersuara kecil. Pandangannya melirik ke arah insan yang meninggalkan bangunan rumah tersebut.

'Baam..' Bunyi hempasan pintu yang kuat menyebabkan Marsya terlompat kecil, ditoleh dan didapati Farah yang baru sahaja menghilang dari pandangannya.

Zahra yang telah pun pergi ke Taman Asuhan beberapa minit yang lalu, meninggalkan Marsya bersendirian di rumah yang besar seumpama istana. Kesemua pembantu telah pun dipulangkan ke tempat masing-masing setelah apa yang terjadi seminggu lepas. Yang tinggal hanya beberapa polis dan sekuriti mengawal rumah tersebut dari luar.

Marsya menuju ke lif berhampiran, kelihatan besi yang telah kemek akibat tragedi mengerikan. Lif yang sedang dalam penyeleggaran itu telah ditanda oleh polis dengan tape kuning bertuliskan do not cross.

~~~~~~~~~~

Sesampainya ia ke tempat itu, didapatinya Aini sedang terbaring ngeri dengan darah yang banyak berlumuran di kepalanya. Marsya tanpa berlengah lagi terus meluru ke arah majikannya itu.

"Kak! Ya Allah! Apa dah jadi ini?" Marsya bersuara cemas sambil meletakkan kepala dilumuri darah di ribaannya.

Dengan tangan yang berlumuran darah terus ia mengambil telefon bimbitnya dan terus mendail nombor ambulans untuk ke hospital berdekatan. Setelah selesai, ia terus cuba sedaya upayanya untuk membangunkan Aini yang sudah tidak sedarkan diri.

~~~~~~~~~~

Seorang perempuan kelihatan sedang menuju ke arah di mana seorang jejaka berada, "Tuan, ini fail yang haritu Tuan minta." Lalu perempuan itu meletakkan suatu fail bewarna kelabu di atas meja desktop Zaffar.

"Lepas ni jam dua, Tuan ada meeting dengan syarikat Malaya Corporation." Beritahu perempuan itu pula.

"Afrin, nanti jangan lupa contact pihak Penyiasatan, saya nak selesai perkara tu dengan secepat mungkin." Arah Zaffar.

"Baik Tuan." Jawab Afrin, Pembantu Asistennya.

Sekali lagi, hanya sunyi sepi yang memenuhi ruang bilik itu, kedengaran bunyi taip di papan kekunci komputernya. Masa berlalu dengan pantas, saat demi saat, sejam diikuti dengan minit, terdengar bunyi pintu dikuak.

Jelas kelihatan riak Zaffar yang seakan terkejut berbaur marah. Kelihatan seorang wanita separuh abad masuk dan menuju ke arah Zaffar serta berpenampilan yang dapat menunjukkan perwatakan seseorang dengan jelas sekali.

Manakala Afrin masuk sekali dengan memberi isyarat bahawa dia telah pun melarang namun ditolak mentah oleh wanita itu. Zaffar hanya memberi isyarat kepadanya dengan mengangguk. Ia meninggalkan bilik tersebut dan membiarkan mereka berdua untuk memberi ruang privasi.

"Ma, apa Mama buat kat sini?" Zaffar langsung bangun dari duduknya. Dalila dengan selamba mengambil tempat duduk menghadap anaknya.

"Mama nak datang pun salah ke?" Spontan ia menjawab soalan anaknya.

Zaffar kembali mengambil tempat duduknya, "Kalau ya pun Ma, bagi tahulah dulu." Ujarnya.

"Ni, kan Mama dah cakap, harini tak payah kerja." Dalila mengetuk meja di hadapannya serta menimbulkan bunyi gelang di tangannya berlaga antara satu sama lain.

"Kamu tu dahlah baru kahwin semalam, lepas tu nak balik ke rumah tu pula." Dalila menyilang tangan di dada. Zaffar hanya mendengar dengan masuk di telinga kanan lalu keluar di telinga kirinya.

"Tau kan Mar tu masih dalam Penyiasatan Polis." Beritahu Dalila dalam nada tidak puas hatinya.

"Tau lah dia, Bodyguard tau nak jaga diri." Jawab Zaffar ringkas. Dalila memandang sayu anaknya yang berubah banyak sejak Almarhum isterinya itu meninggalkannya.

"Zaf, tak baik cakap macam tu, dia kan isteri kamu yang sah." Walaupun Dalila dibesarkan dengan kemewahan mengelilinginya, tetap ia dididik dengan akhlak yang baik. Zaffar hanya diam seribu bahasa, malas ingin mempertikaikan perkara itu dengan ibunya yang pandai berdebat dengannya.

"Ma kena ingat, perempuan tu punca Arwah isteri Zaf mati!" Zaffar tetap dengan pendiriannya.

Dalila membesarkan matanya, "Zaf! Mengucap Zaf! Mama tak ajar kamu jadi macam ni tau!" Ia sedikit meninggikan suaranya tanda tidak setuju dengan Zaffar yang hanya satu-satunya anak lelaki.

Zaffar meraup mukanya kasar, penat dengan apa yang terjadi, baru seminggu isterinya yang sangat dicintainya itu meninggalkannya. Namun terlalu banyak perkara berlaku dalam masa yang singkat itu.

"Mama dah tak nak dengar lagi alasan dari Zaf." Dalila bangun dari tempat duduknya.

Lalu ia menuju ke pintu keluar bilik ofis anaknya, namun sebelum itu ia sempat berkata, "Malam ni Mama tidur rumah kamu buat sementara waktu."

"Let me knock some sense into you (Biar mama bagi sikit kesedaran pada Zaf)." Perkataan yang meninggalkan Zaffar sendirian menghela nafas panjangnya.

"Tapi Ma..." Belum sempat ia menghabiskan kata-katanya itu, Dalila telah meninggalkan ruang itu.

Zaffar menyelati rambutnya dengan kasar membuatkan ianya tidak kemas seperti sebelumnya, sebagaimana fikirannya yang tengah bercelaru ketika itu.

Wanita Berbakat ✓ {Editing}Where stories live. Discover now