Chapter 36

16.3K 348 8
                                    

Pagi lagi Aziz Harun dah serikan pagi aku. Sementara menunggu Erwan bersiap, aku sengaja menyibukkan diri di dapur. Buat sarapan untuk suami kesayangan. Dan Alhamdulillah. Setelah beberapa ketika kami berjauhan dah akhirnya hubungan ini kekal. Bertambah baik! Aku tersenyum sendiri apabila mengingati Erwan yang terkejut melihat aku.

"Sayang? Jadi ini tak mimpi? Bukan abang mimpikan? Amilyn Maisara, isteri abangkan? Oh Tuhan, katakan ini hanyalah khayalan! Bidadari yang kupuja selama ini ada di sebelahku!".

Dengan wajah yang merona merah ceri, aku mencubit pinggang Erwan. Agaknya dia sedang bermimpi lagi dan 'bidadari' yang disebutnya ini perlu mengejutkan dirinya yang masih lagi termangu di situ. "Abang!".

Erwan terkebil melihat aku. "Err, ini hantu ke apa?".

Aku memasamkan muka. Ada pula dia kata wajah aku yang molek ni, hantu? Memang nak kena dengan hantu ini, agaknya mamat ni. "Haah ni hantu! Hantu ni nak baham abang! Warghh!" aku menerkam badannya yang dicubit seluruh isi badan Erwan. Geram!

Erwan ketawa menahan geli. Semestinya cubitan manja. Takkanlah hati ini sampai mahu melukakan kesayangan sendiri. Setelah beberapa lama, Erwan berjaya menangkap tangan aku, menghentikan perbuatan aku yang menggelikan Erwan tadi.

"You're back. Abang, abang rindukan sayang. Sangat rindu."

Sayu. Ini semua salah aku. Kalau bukan sebab aku, tak mungkin Erwan akan menderita sebegini rupa. Aku mengeluh dan tersenyum. Pipinya kuusap perlahan. Dengan harapan, usapan ini mampu merawat luka hatinya tapi aku tahu. Tak mungkin dengan ini, penderitaan Erwan selama ini akan mendapat maaf secepatnya. "Amy, Amy minta maaf abang."

Erwan menggeleng kecil dan mengusap kepala aku. Lagak seorang abang kepada adik perempuannya. "Tiada apa yang abang dapat maafkan walaupun hati suami ini terluka sekian lama. Segala perbuatan sayang, abang anggap ianya drama yang diarah oleh seorang Amilyn Maisara. Abang tak ambil hati pun sayang. Tak. Sakit, memang sakit tapi.."

Aku ternanti sambungan ayatnya. Perlahan, dia mengusap perut kecilku. Aku terkedu. "Abang.."

Senyumnya mengundang air mataku. "Abang minta maaf sayang. Sebabkan abang, kita kehilangan anak kita. Abang tak bermaksud untuk.."

Daripada aku terseksa mendengar luahannya, lebih baik aku menghentikan terus. Merah muka aku jadinya apabila Erwan melirik nakal ke arah aku. Bibirnya tersenyum lebar. "Amboi, dah pandai ye isteri abang ni. Meh, kita mandi sama-sama. Kejap lagi subuh datang."

"Abang! Taknaklah!".

"Sayang!".

Aku tersentak apabila pinggang ini dirangkul oleh seseorang yang sangat aku kenal. Dan, sangat aku sayang. Aku berpusing sedikit dan mengucup pipinya. "Selamat pagi manis hati."

Kepala Erwan mencecah ke bahu kananku membuatkan aku sukar untuk bergerak. Pinggan yang basah, aku letak di rak pinggan. Aku cuba lagi mencapai pinggan kotor namun tubuh Erwan sangat berat untuk aku tampung. Haish, budak nikan.

"Pakcik! Main sana jauh-jauhlah! Orang nak basuh pinggan pun tak bolehlah," aku merungut dan yang kedengaran hanya tawa kecil daripada bibirnya yang menggoda itu. Oh Amy! Janganlah gatal sangat! Sekali lagi wajah aku berwarna merah. Otak kuning pergi! Mana otak merah jambu aku ni. Haishh.

"Budak, hari ni teman abang jom."

Kening aku bercantum. Hairan. "Nak ke mana? Bukan abang kerja ke pagi ni?".

Bibirnya dimuncungkan. Aku mencubit muncung itu. Geram! Sudahlah muka babyface, nak goda aku ke apa suami aku ni. Mengada tak bertempatlah mamat ni. Aku pandang jam di tangannya. Tujuh lima puluh tujuh minit pagi. Aku cepat-cepat membasuh tangan dan berlari ke bilik.

I'm Sorry But I Love YouWhere stories live. Discover now