Chapter 21

10.7K 322 3
                                    

Aku berlari-lari anak. Terus bukit kecil aku daki. Haih. Tinggi pulak bukit ini. Aku masih terus berlari dan sampai di tepi jalan. Rumah nenek bawa bukit so tak apa ruang untuk buat aktiviti besar-besaran. Sebab itu aku ambil keputusan nak joging tepi jalan raya.

Udara pagi ini sangat segar. Aku meghirupnya. Ya Allah. Betapa bangganya aku menjadi hambaMu. Kau berikan aku pelbagai kemudahan dan kadang kala aku lalai. Aku leka.

Pagi-pagi Subuh ini tak banyak kenderaan. Senang sikit aku nak joging.

Aku berhenti seketika. Kaki kananku angkat bawa naik ke palang besi. Meregangkan otot dan urat aku yang sememangnya sangat degil. Haih.

Selepas itu aku meneruskan aktiviti joging aku.

Lima belas minit dan aku berhenti di bas stop. Berehat seketika. Penatlah. Tercungap-cungap aku menahan lelah. Lupa pulak nak bawak bekal. Bawak air. Haish.

Aku ambil keputusan nak balik rumah. Bosan pulak. Aku berlari anak. Dah banyak kereta dah. Tadi sikit. Mungkin mereka nak pergi kerja. Mana kita tahukan?

Tiba-tiab handphone aku berbunyi. Aku berhenti lagi. Siapa pulak telefon ni? Aku mencapai telefon dan melihat.

“Shazri? Siapa pulak ni?”.

Aku menekan punat hijau.

“Helo assalamualaikum?”.

“Waalaikumsalam. Amy...”.

Aku mengerutkan dahi. “Ya saya. Maaf. Ini siapa? Saya tak kenal,” aku bertindak berterus terang.

“Ni, saya. Shazri Dziauddin.”

Aku rasa macam nak lempang aje mamat ni. Tak kan dia tak tahu pasal aku kot? Aku cuba menahan sabar. “Maaf ya encik. Saya hilang ingatan. Saya tak kenal eh bukan! Saya tak ingat encik ni siapa dalam hidup saya.”

Dan si pemanggil pun membisu. Aku menggaru kepala. Cap yang tersarung di kepala, aku ambik dan mengipas muka aku. Kadang-kadang boleh baran juga aku kalau setiap orang macam ni. Aku mendengus.

“Amilyn Maisara. Saya, bekas crush awak.”

Aku terkebil. “Who?”.

“Awak, tak bukan. Saya sayang awak. Be mine please Amy..”.

Akhirnya aku mematikan talian. Gila punya mamat! Luahkan perasaan macam tu. Ingat aku apa? Aku menyambung kembali larian aku sampai dekat rumah.

Sesampai sahaja halaman rumah, aku lihat tiga ekor mamat itu ada diluar. Sedang berduduk santai sambil berborak. Aku berjalan pula. Dah sampai tak kan nak lari lagi. Aku dah penat sangat ni.

“Haih sayang. Dah habis dah?” tegurnya pada aku. Aku senyum. Tak kan aku nak bertekak depan Fahmi dengan Razak.

“Dah. Punyalah penat. Aduh letihnya,” aku duduk sebelah dia walaupun sebenarnya aku tak nak. Aku mengurut sedikit bahu. Semenangnya bahu aku ni lenguh.

Tiba-tiba aku rasa bahu ku dipicit lembut. Terus memerah wajah aku apabila Fahmi dan Razak memandang aku dengan senyuman nakal dan sangat tersirat. Haish budak dua ekor ni. Memang nak kena dengan akulah! Aku menjegilkan mata pada mereka.

Mereka menggelakkan aku. Aku mendengus dan menunjukkan penumbuk. Fahmi ketawa lagi dan Razak membuat isyarat zip mulut. Hish! Malu!

“Dahlah menyakat bini aku ni. Dah pagi. Apa lagi? Jom pergi kebun.”

Aku memandangnya. “Abang nak pergi mana? Kebun? Nak ikut!” terpaksalah aku berlakon kononnya sweet depan mereka. Erwan dah sengih semacam. Dan sungguh aku tak suka tengok! Geram dan sakit hati!

I'm Sorry But I Love YouWhere stories live. Discover now