Chapter 32

11.2K 330 17
                                    

♥ Heyheyhey. Here's is me ♥ Erwan's wife heree :D Ceh, berangan je lebih Theha ni. Okayokayy. Those who keep voting and read, I really appreciate it. Thank you so much sayangs! Semua sokongan readers jadikan penguat Theha untuk terus mengupdate ISBILY ini. So, thank you again for being my inspiration guys! So voting and keep touched! 

Erwan memandang jam di dinding. Bertepuk tangannya ke dahi. 'Lambat sudah! Mesti umi bising bila balik nanti. Aduyaii!' bisik hatinya perlahan. Terbayang uminya yang sedang menunggu di rumah dengan penyapu di tangan. 

Erwan gelak. Entah kenapa bayangan itu yang masuk ke dalam fikirannya kini.

Laju kakinya berjalan mengalahkan arnab yang bertanding di dalam cerita teladan popular kanak-kanak. Si arnab dan kura-kura. Erwan ini cepat sampai ke kereta. Mahu segera pulang ke rumah sebelum semuanya risau tentang keadaan dirinya.

"Auchumm!".

Bunyi orang bersin membuatkan langkah Erwan terhenti. Serta-merta bulu romanya menegak! Di kepala sudah terbayang benda yang bukan-bukan. Perlahan-lahan dia menoleh ke sebelah kiri. Wajahnya sudah pucat seribu! Takut apa yang dibayanginya itu adalah benar.

Terus Erwan menarik nafas lega. 'Mia!'.

Mia sedang menggosok kedua belah lengannya. Mungkin sejuk. Yelah, sudah hampir sebelas malam namun Mia masih lagi belum pulang. Pelik juga Erwan. Perlahan, dia menghampiri gadis yang masih lagi tidak perasan akan dirinya.

"Mia?".

"Encik Erwan!" Mia juga terkejut dengan situasi itu. Dadanya diusap perlahan.

"What are you doing here? It's almost eleven o'clock! Shif you patutnya habis pukul lapankan?" tanya Erwan sedikit kesal. Takut apa-apa yang berlaku pada Mia, syarikat abahnya yang dipersalahkan. Lagi satu, Mia tu, mengingatkannya kepada Amilyn.

"Boss suruh saya stay up. Dia kata klien dia datang pukul sembilan. Tapi sampai sekarang boss tak datang. Saya ingatkan dia yang datang lambat. Saya tunggulah sampai sekarang," Mia membela dirinya sambil sibuk menggosok hidungnya yang kelihatan merah.

'Comel,' Erwan terpana dengan wajah itu. Sungguh dia merindui kekasih hatinya. Dia berdeham perlahan. "Macam mana awak nak balik ni? Transport ada tak?".

Mia menggeleng. "Saya balik naik bas. Tapi, malam-malam macam ni ada bas ke, encik?".

Erwan mengeluh. "Bahayalah awak ni. Mari, saya hantarkan."

Laju kepala Mia menggeleng. "Eh, tak apalah Encik Erwan. Saya boleh cari teksi. Lagipun, saya akan menyusahkan encik je. Apa kata encik balik dulu. Doakan saya selamat. In Shaa Allah."

Lelaki ini menggeleng tidak puas hati. "No way! Awak tu pekerja dalam syarikat ni. Means, awak pekerja saya juga. Apa-apa jadi, kami yang susah. Alang-alang saya nak balik ni, saya hantar awak. Mari. I don't accept any 'No' from you."

Mia serba salah. Pandang kiri dan kanan namun semua sunyi. Sememangnya tinggal mereka berdua sahaja di situ. Dengan langkah yang berat, dia berjalan mengekori Erwan ke kereta.

Di dalam kereta, Erwan dapat merasakan dadanya berdebar di saat ini. Entah kenapa. Dia tidak tahu. Yang pasti, aura yang Mia Nasuha keluarkan sama seperti isterinya, Amilyn Maisara. Erwab masih rindukan isterinya. Teramat rindu. Dia takut, Mia Nasuha ini menjadi mangsanya. Erwan menekan pedal. Mahu segera sampai.

"Encik Erwan! Maaf. Saya masih lagi mahu hidup. Please perlahankan kereta!".

Erwan terkejut. Dia berhenti mengejut. Dadanya turun naik menggambarkan betapa cuaknya dia tadi. Dia cuba bertenang lalu dipejamkan matanya.

"Encik okay?".

Erwan mengangguk. Tepat matanya memandang Mia. Terbayang Amilyn yang sedang tersenyum kepadanya. Entah kenapa, air matanya bergenang laju. Mana pernah dia rindukan seseorang sebegini rupa. Air matanya murah kerana seorang insan yang bergelar isteri.

"Argh!" Erwan menghentak stereng. Membuatkan Mia terkejut.

"Saya..".

"I'll sent you home."

Mia hanya mengangguk.

***

"Abang?".

Erwan tercari-cari arah suara itu. Matanya masih lagi kabur. Tidak nampak apa-apa. Namun dia dapat rasakan yang ada sesuatu menyentuh pipinya. Macam, tangan?

"Bangun sayang."

Bisikan itu menerpa telinganya. Suara itu, suara yang dirinduinya. Suara pemilik kepada kesayangannya. Erwan tersenyum lembut apabila akhirnya dapat melihat si pujaan hati yang selama ini merindu.

"I miss you, sayang."

Dia senyum. "Me too."

Erwan bangun. Didukung isterinya naik ke kakinya. Memeluk erat agar tidak lagi kehilangannya. Dahi bertemu dahi. Mata bertentang mata. Masing-masing cuba melepaskan rindu yang bermukin di dalam. "Where have you been sayang?".

Amilyn tersenyum kecil. "In your heart."

Erwan memuncung. "Main-main pulak. Abang tanya betul-betul tau. Ni yang nak merajuk ni."

Ketawa halus kedengaran. "Sorry abang. Amy bukan sengaja nak tinggalkan abang tapi masa tu, no one trust me. No one cares about me. Even, my baby.." tangannya diletakkan ke atas perut. Erwan sentap.

"Our baby, sayang. I'm sorry, sayang. I'm sorry. I'm the worst husband ever. Sorry," Erwan menangis teresak-esak di bahu Amilyn. Isterinya yang bergaun putih itu tersenyum kecil. Belakang badan Erwan diusap perlahan. Cuba menenangkan hati sang suami.

"It's okay. Our baby temankan Amy dekat sana."

Erwan mengangkat muka. "What did you mean?".

Amilyn bangun daripada dukungan Erwan. "Maafkan Amy abang. Masa Amy sudah tamat. Amy kena balik dulu. Assalamualaikum sayang."

Kelibat Amilyn semakin menghilang.

Erwan mula mengejar. "No sayang! No! Amy nak pergi mana? Don't leave me! Amy!" dah akhirnya Erwan tersemban di muka bumi. Menangis lagi dia disitu.

"Papa? Adik ni. Papa jangan risau. Adik akan jagakan mama di sana. Kami tunggu papa. I love you, papa."

Erwan dapat rasakan pipinya dikucup halus oleh seseorang. Dia menoleh kiri dan belum sempat dia menangkap bayangan itu, ia sudah hilang daripada pandangan. Erwan bangun perlahan. Tersenyum kecil namun senyuman itu tiada nilainya.

***

"Astagfirullahalazim!".

Erwan terjaga dengan keadaannya yang seperti baru habis berlari satu padang. Berpeluh sana sini. Erwan tersandar lemah. Diraup wajahnya sedikit bagi menghilangkan air yang menempel di situ.

'Amy,' keluh hatinya perlahan. Apakah maksud mimpi tadi? Benarkah Amy sudah tiada lagi di dunia ini?

Erwan menggeleng laju. 'Tak mungkin! Amy masih lagi di sini. Di hati ini. She's still alive. I believe it,'.

Erwan meletakkan tangan sambil memejamkan mata. Rindu ini menyakitkan. Rindu ini menyeksakan. Andainya dia tidak menghukum Amy dulu, dapatlah dia lihat Amy yang berada di sisi bersama bakal bayinya.

 "I missed you, sayang. Miss you a lot."

Hembusan angin yang menerpa masuk, menampar lembut pipinya. Bagaikan menghantar pesanan yang rindunya juga berbalas.

♥ Yaw everybody! New chapter has updated! Sorry for the long-wait *broken english xD* So, apa macam? I need your pendapat. It's good or bad. Please? *making cute face* kononnya xD Haha. Okayy. Goodnight everyonee. Loveyouu. Mkayybyee 

I'm Sorry But I Love YouWhere stories live. Discover now