Chapter 2

20K 555 6
                                    

Menggigil tanganku mahu menekan punat-punat di telefonku. Kertas kecil *serpihan yang terkoyak* aku renung. Lama sangat! Aku agak kalau aku ada power, mesti dah terbakar dah benda alah ni. Aku menelan liur. Takut. Gugup. Apa aku nak cakap nanti bila dia jawab? Macam mana pulak aku nak kenalkan diri? Atau dia langsung tak ingat aku? Haiyaa Amy! Telefon saja maa!

Tutt tutt.

"Hello. Assalamualaikum?" suara dia bergema memasuki gegendang telingaku terus menuju ke otak dan turun ke hati. Suara abang memang tak pernah berubah. Gemersik dan penuh dengan auranya! Aura yang membuatkan aku terpikat! Oh my abang! Kau apa khabar?

"Wa.. waalaikumsalam."

"Amy! Lama tak telefon abang! Ke mana Amy menghilang?" aku rasa macam nak pengsan aje. Dia ingat aku lagi? Aku sudah melompat-lompat di atas katil. Mujur sahaja Zett dan Qiela pulang ke kampung halaman. Dapatlah aku conquer rumah ini sorang-sorang. Eh, pada asalnya rumah ini memang milik aku pun cuma aku berkongsi dengan minah dua ekor tu merangkap bestfriend aku daripada sekolah menengah sampai sekarang. Alhamdulillah, Allah tak mahu memisahkan kembar siam tiga ni. Aku tertawa dalam hati. Eh, kesian bakal tunang kau ni Amy! Kau tinggalkan dia bercakap sorang-sorang. Eh? Tunang?

"Haii abang. Ye, ni Amy. Amilyn Maisara Azli. Ke mana Amy menghilang? Amy bertapa dengan Hang Tuah dekat gua," mulalah loyar burukku. Teruk aku diketawakan oleh dia. Aku cuba berlagak biasa. Kang melebih dia pula yang terperasan. Aku berdeham bila dia belum habis ketawa. Sampai bila kau nak ketawa hah? Buat habis kredit aje.

"Oh, Hang Tuah bermimpi apa sampai mengajak Amy join bertapa dengan dia ni?" dia memerli. Aku terasa.

"Dia rasa Amy cantik daripada Puteri Gunung Ledang. Sebab tulah dia ajak. Nak buat macam manakan? Tengah berasmaradana dengan Hang Tuah, boleh pulak Puteri yang perasan cantik tu ganggu. Kacau line Amy aje. Lepas tu Amy blah. Malas nak dengar sesi pujuk memujuk Hang Tuah," aku mula melalut. Aik? Amy! Kau nak bincang pasal wedding yang dirancang ni. Yang kau cerita pasal Hang Tuah dengan Puteri Gunung Ledang tu dah kenapa? Aku mengetuk kepala aku sendiri. Sampai bila pun ini takkan habis.

"Oh, ini mesti kes Amy jealouskan dengan Puteri tu, sebab tu Amy blah aje."

Aku? Jealous dengan puteri yang selalu menjadi cerita zaman aku kanak-kanak tu? Hei, sorry naik lori makan strawberi pergi Italilah. Aku tak ada masak nak jealous-jealous ni. Tapi kalau jealous dengan Puteri Suraya Aleeya memang nombor satu. Aku telan liur.

Abang Er ketawa kuat. Berdekah-dekah lagi.

"With you, I'll never bored."

Aku terkedu seorang diri. Janganlah kau begini wahai abang. Kau cuma akan menyukarkan rancanganku untuk membatalkan majlis ini. Tolonglah faham keadaan yang maha gawat ini! Aku mendengus dalam hati. Pening dengan perangai Abang Er yang semakin lama semakin pelik.

"Senang cerita macam nilah abang. Amy nak jumpa abang. Personal. Dan emergency. Sangat penting. Kalau abang tak bagi kerjasama, Amy terpaksa mengadu dekat umi. Baru padan muka abang," aku menggugutnya dengan memasukkan nama umi dalam amaran itu. Aku tak pasti kalau amaran ini berjaya menakutkannya. Aku rasa macam tak..

"Okay. Bila? Dekat mana Amy nak jumpa abang?".

Kan tepat tekaanku! Eh apa? Dia setuju? Childish punya ugutan pun lu mau goyang ka? 

"Sekarang abang dekat mana?" soalku. Tak nak menyusahkan dia. Biar aku yang mengalah. Pergi ke tempatnya.

"Abang ambil Amy esok. Pukul 10 pagi. On time okay? Dah. Abang dah nak pergi ni. Assalamualaikum."

"Ehh? Ehh? Haa, okay. Bye bye. Waalaikumsalam."

Aku dah tergamam sebenarnya. Dia ingat lagi ke rumah aku dekat mana? Aku berjalan ke hulu hilir dan...

Kring kring !

Aku mengangkat telefon dengan malasnya. "Assalamualaikum. Siapa disana? Saya disini."

"Hohoy! Waalaikumsalam kawan! Dah lupa aku nampak! Nombor aku pun kau tak save!" aku menjauhkan telefon dan melihat nama di skrin telefon. Alamak! Syuhadalah! Matilah aku macam ni. Mampus kena tembak dengan mulut dia yang macam bertih jagung tak tahu nak berhenti masak. Err.. apa aku cakap ni?

"Sorrylah. Aku tak tengoklah siapa yang call aku. Aku ingat secret admirer aku yang call sebab tu aku malas nak tengok," aku beralasan bodoh. Nampak sangat nipunya.

"Kau ni kan. Berangan apa ek nenek?  Nenek ni ada masalah mata ke? Nak cucu tolong rawatkan? Ke nenek ada angau dengan sesiapa nek? Boleh cucu tolong sambungkan?" aku tersengih. Macamlah si Hada ni nampak sengih kau yang cun ni Amy oi!

"Tak. Aku dah nak kahwin."

"What?! Apa kau cakap? Kau dah nak kahwin? Awalnya! Eh, kenapa kau tak bagitahu aku awal-awal? Boleh aku tempah jadi pengapit kau nanti. Pengapit kau kosong tak? Aku nak volunteer! Hope sangat tak ada. Bolehlah. Bolehlah. Amy! Aku pelik. Siapa lelaki malang yang dapat kau ni? Alahai, kesiannya dia."

Aku menjauhkan telefon. Kan aku dah cakap. Hada ni pantang berleter. Semuanya terkeluar. Aku menggaru kepala. Nak jawab macam mana ek? Confirm kena sound lagi dengan dia. Ke nak aku matikan aje talian ni? Eh jangan! Nanti dia merajuk lagi susah kau nak pujuk Amy! Layankan saja!

"Aku kena aturlah. Perkahwinan ni idea parents aku. Dah. Kau jangan mengada nak membebel lebih-lebih. Kau telefon aku ni kenapa?" soalku malas. Aku berbaring atas katil. Mengira bintang palsu yang ditepekkan di syiling bilikku.

"Hah, dah kau tanya ni, aku nak story sikit."

Hada the Gossip Girl. Double G untuk Hada.

"Aku dah jumpa dia."

Daripada posisi baring aku terus terduduk. "Apa? Kau jumpa dia? Dekat mana? Kenapa tak bagitahu aku awal-awal?" bentakku. Kalau pasal 'dia' aku tak boleh bersabar lagi.

"Aku jumpa dia dekat KLIA. I think dia baru balik daripada vacationlah. Sebab aku nampak dia angkut bukan main besar lagi bagasi dia. Hurm, T-shirt hitam di dalam dan berjaket merah. Berseluar hitam dan memakai spek hitam. Simple but handsome," terang Hada. Hada kalau kumpul maklumat memang penuh. Memang layak dengan gelaran diberi. Gossip Girl.

"Kau okay?" soalnya.

"Asalkan dia tak ganggu kehidupan aku. Selagi itu aku okay."

"Good for you girl. I hang up okay? Ada hal. Love you my lesbo. Bye. Assalamualaikum."

Aku menjawab salam Hada dalam hati.

Telefon dicampakkan jauh-jauh daripadaku. Malas nak mengangkat dan cukup menganggu hari ahadnya. Kerjaku di Penulisan2u memang tak pernah habis. Laju sahaja tanganku menari di atas keyboard. Seiring dengan idea yang melimpah ruah. Hurm.. 'Dia'.

***

I'm Sorry But I Love YouWhere stories live. Discover now