Chapter 26

10.3K 316 3
                                    

Saiful Erwan duduk seorang diri sambil menikmati teh ais yang dipesannya tadi. Duduk sambil termenung memikirkan hal Amilyn yang memeningkan kepalanya. Disisip sedikit teh dan air sejuk itu.

"Hai."

Erwan mengangkat kepala. Berkerut dahinya melihat seorang perempuan seksi duduk di hadapannya. Perempuan itu tersenyum menggoda ke arah Erwan. Erwan mula tidak senang. Takut Amilyn nampak. Lagi susah jadinya.

Perempuan tersenyum lagi. Tahu yang lelaki kacak dihadapannya kini resah. "I Maryam Umairah. You?".

Erwan cuba bertenang dengan senyuman. "Erwan."

Maryam mengangguk. Dia memandang sekeliling bagi memastikan lelaki tampan ini hanya seorang. Tidak berteman. Cepat-cepat Maryam mengambil tangan Erwan dan diusap perlahan. Erwan mula mengerutkan dahi. Tidak senang disentuh oleh perempuan yang tidak dikenali itu.

"What's wrong Erwan? Feeling uncomfortable? Mana kekasih? Tak join sekali?" tanya Maryam. Sejujurnya daripada pagi tadi dia asyik memerhatikan Erwan dan seorang perempuan. Tika ini pula perempuan yang bersama Erwan itu tiada bersama. 

 Erwan senyum. Tahu apa yang perempuan seksi ini mahukan. "Tak. Wife I tak sihat sikit. Sebab tu dia stay dekat bilik. Penat mungkin."

Berubah wajah Maryam mendengar. 'Dah berpunya! Bukan kekasih tetapi isteri!' bisik hati Maryam. Dia mendengus perlahan agar lelaki itu tidak mendengar dengusannya. Segera ditarik wajah menjadi manis semula.

"Nak I temankan you?".

Erwan menggeleng. "It's okay Maryam. I tahu jaga diri I sendiri. I ke washroom sekejap."

Maryam mengangguk dan menghantar langkah Erwan dengan matanya. Perlahan dia menarik plastik kecil di tangan. Dikoyakkan dan ditabur serbuk ke atas air yang Erwan minum tadi. Maryam ketawa kecil.

Beberapa detik, Erwan kembali. Mengeluh kerana perempuan yang dihalau itu tidak mendengar kata-katanya. Erwan duduk dan berwajah serius. "Look, Maryam. I need to be alone! I don't know you!".

Maryam masih lagi senyum. "Let's drink."

Erwan mengeluh lagi. Perlahan dia meneguk. Pandangannya mula kabur apabila menelan air itu. Dia terdengar gelak Maryam.

"After this, you'll know me."

***

Mana pulak mamat ni pergi. Aku dahlah lapar. Ditinggalkan macam itu aje. Lantas aku bergerak laju menuju ke sebuah kafe. Seperti terlihat kelibat Erwan disitu. Aku mempercepatkan langkah apabila terlihat Erwan bersama seorang permepuan.

Perempuan itu menyentuh tangan Erwan.

WHAT?!

Aku menahan sakit di dada. Perempuan itu membelakangi aku. Jadi sukar untuk aku teka adakah itu Suraya Aleeya ataupun perempuan lain?

"Damn!" aku menumbuk dinding. Rasa perit tapi aku cuba tahan. Sakit lagi hati di dalam daripada tangan yang menumbuk. 

Aku cepat-cepat menuju ke atas balik. Balik bilik lagi seronok mungkin. Aku berlari ke lif. Menunggu lif untuk terbuka teramatlah lama apabila aku asyik menoleh ke belakang untuk melihat kemesraan pasangan itu.

Dasar lelaki! Semuanya kau nak sapu!

Lif terbuka dan aku masuk. Belum sempat lif tertutup, ada tangan yang menolaknya terbuka semula. Aku menolong dan dia masuk. Lelaki bertopi dan bersweater tebal. Tidak dapat dicam wajahnya.

Sampai di tingkat lima, aku cepat menyusur jalan ke bilik aku. Rasa sedih masih lagi mencengkam. Memang Erwan sudah berubah. Salah aku jugakah? Tapi, bukannya silap aku kerana hilang ingatan. Sepatutnya, dia kena tolong aku ingat balik supaya aku boleh kembali mencintainya seperti dulu.

Aku masuk ke dalam bilik dan terus berbaring di sofa. "Arghhh!!" aku melepaskan amarah aku. Geram!

***

Erwan bangun. Kepalanya terasa berat dan berpusing-pusing. Segera dia bangun dan bersandar di palang katil. Sejenak, dia memerhatikan keadaan sekeliling. Kat mana? 

Maryam?

Terloncat Erwan apabila melihat dirinya di atas katil bersama perempuan itu. Erwan mendengus marah. Dicapai pakaiannya dan terus dipakai. Selesai, dia keluar. Tidak mahu terperangkap lagi dengan permainan perempuan itu. Apa salahnya pun Erwan tak tahu padahal baru hari ini dia mengenal Maryam Umairah.

Cepat-cepat Erwan berlari ke biliknya.

***

Aku terdengar pintu bilik terbuka. Dah balik dah mamat sengal tu? Kenapa sekejap aje? Dongkol aku dalam hati. Buat aku sakit hati aje. Beberapa saat mamat tu langsung tak tegur aku. Apa, suka sangat ke dating dengan perempuan tu?

Terasa bagai ada yang mencium rambut aku. Aku berpusing.

Baru aku mahu menjerit, si lelaki sudah menutup mulut aku. "Shh!" dia meletakkan jari ke bibir aku. Aku rasa macam nak menangis. Siapakah dia? Senyuman di bibir lelaki misteri ini menakutkan aku. 

"Maafkan aku Amy. Aku sayangkan kau. Dan aku tahu, kau hilang ingatan dan tidak dapat untuk mengingati aku. Jadi, aku harap sangat moment kita malam ini akan tersimpan di dalam minda kau," lelaki ini cuba mencumbui aku. Aku meronta-ronta.

"Siapa kau?! Lepaskan aku!" aku menolak dia dan berlari ke tempat lain. Lelaki itu laju dan terus memeluk pinggang aku.

"Shh! Sayang, janganlah macam ini. Abang janji takkan tinggalkan sayang lagi okay?" dia meletakkan bibirnya di leher aku. Aku cuba melepaskan diri tapi dia tetap erat memeluk aku.

"Hoi!".

Erwan masuk dan terus menumbuk lelaki itu. Aku terduduk dan memeluk lutut. Mengalir air mata aku. Takut sebenarnya. Aku tidak peduli dengan Erwan yang sibuk membelasah lelaki itu. Aku tak peduli semuanya! Aku takut!

"Kau tak layak dapat dia! She's desrve better! Biar aku jaga dia!".

Aku terkejut. Apa yang lelaki ini katakan?

"Kau siapa hah? Cuba rogol isteri aku sekarang, nak cari gaduh pulak kau!" Erwan menghadiahkan lagi sebiji penumbuk di pipi.

"Dulu, Amy sayangkan aku! Tapi aku bodoh sebab tak pandang dia. Sekarang, aku tahu dia menderita dengan kau. Aku nak ambil dia balik! Pulangan dia pada aku!".

Erwan bertambah bengang. Dia melayangkan lagi buku lima namun lelaki misteri itu sempat menahan. Wajah mereka tegang dan aku semakin takut.

"Aku akan pastikan kau lepaskan dia. Dan aku juga, aku bahagiakan dia."

Erwan berdecit sinis. "Kau baru aje cuba nak rogol dia, sekarang kau cakap nak bahagiakan dia? Fikir guna otak!".

"We'll see," lelaki itu bergerak ke arah aku. Aku mengundur ke belakang. Erwan cuba menghalang tapi dia tetap mendekat jua.

"Sayang, maafkan abang. Abang terlalu sayangkan sayang."

Dia mengusap pipi aku. Aku menepis. Jijik dengan tangan lelaki itu.

Lelaki itu banguan dan menuju ke pintu. Erwan mencengkam bahu lelaki itu. "Siapa kau?".

"Panggil aku Shazri. Musuh utama kau."

Berubah riak Erwan. Dihantar Shazri ke pintu dan dihempas kuat! Perlahan dia datang ke arah aku. "Amy, sayang okay?".

Akibat rasa takut di dalam diri, aku tidak perasan percakapannya sudah berubah. Tubuh yang menggigil, Erwan tarik masuk ke dalam pelukan dia. Teresak aku di dadanya.

Sorry guys kalau chappy 26 ni kurang menarik. Act, Theha pun tak tahu kenapa Theha langsung tiada mood untuk menaip ISBILY ataupun Penjaga Dia. Seriusly, Theha dah ada idea nak update apa. Tapi, mood Theha ni lain macam. Pelik --' Btw, idea ini hasil campuran daripada Theha dan sahabat Theha. Hasanah Sattar, my friend, my dormmate, my classmate and my prepmate. 24 jam Theha hadap muka dia xD Bhaha. 

I'm Sorry But I Love YouWhere stories live. Discover now