Chapter 20

11.2K 319 7
                                    

Hey readers.

Nak update ni. Haha. Macam mana sekarang? Cerai or divorce? *rasa macam sama aje xD* bhahaa.

Sekarang hati Theha sakit. Masa pembikinan chappy ni, Theha menangis. Need a shoulder to cry on maybe. :’)

Tak apalah. Tolak ketepi cerita ni. Sekarang nak cerita pasal Erwan dan Amilyn ni. Haih. Apa dah jadi ni? Geram pulak Theha tengok.

Sebenarnya Theha minat Min Ho *SHINee* haha. Suka sangat tengok smile dia. Ohh! *melt*.

So, readers, bayangkan Erwan tu macam Min Ho okay? This is his picture and I love it very much!

Warning! DO NOT LOVE ERWAN cause I’m his SECOND WIFE xD *Gila -.-‘*

***

 

Aku masuk ke dalam bilik. Dah tengah malam woi. Ni semua Fahmi dengan Razak punya pasallah. Tapi kalau bukan sebab diorang mungkin aku tak tahu masa silam aku kot. Tak sangka dulu aku rapat dengan mereka.

Aku mencapai bantal dan berbaring terus. Penatnya. Haih. Aku memusingkan kepala dan ternampak beg Erwan. Alamak! Macam mana aku lupa! Malam ini aku kena share katil dengan mamat tu. Hadoi!

Tak lama selepas itu aku terdengar pintu dibuka. Mamat ni mesti nak tidur juga! Aku berpura-pura tidur dalam posisi aku meng’conquer’ katil. Haha. Kejam tak aku? Mesti dia tak dapat tidur pula dekat sini!

Beberapa minit berlalu dan tiada apa yang berlaku. Aik? Mamat ni pergi mana? Aku cuba menghendap. Kelihatan tubuhnya berdiri memerhatikan aku. Aku pura-pura berpusing. Kononnya aku tak selesa dalam keadaan itu.

Terdengar gelak tawa dia pulak. Aik? Aku buat lawak ke? Haish mamat ni. Menyusahkan aku ajelah. Kenapalah aku bertemu dengan kau Saiful Erwan? Kenapa bukan Suraya Aleeya yang mencintai kau? Kenapa aku?

Aku rasa tangannya elok mengusap kepala aku. Aku mendengus dalam diam.

“Sayang, abang tak boleh gambarkan macam mana hidup abang tanpa sayang. Abang tak boleh ungkapkan betapa sayangnya abang kepada sayang. Abang tak boleh juga tolak takdir jikalau sayang bukan milik abang. Tapi, abang akan kekalkan kita. Abang akan bersabar.”

Aku terkedu mendengar luahannya. Dan aku rasa nak nangis! Sumpah! Aku cuba menahan tangisan. Kenapa waktu ini juga hatiku mudah tersentuh? Kenapa?!

“Sayang, ini ujian yang Allah berikan kepada abang. Walaupun baru sebulan perkahwinan kita, abang akan kekalkan sampai bila-bila. Sampai hujung hayat abang sayang. Abang janji.”

Lelaki ini. Suka. Suka buat aku menangis! Hentikannya. Aku benci! Hentikan!

“Abang minta maaf sangat-sangat sayang. Abang teramat mencintai sayang. Dan abang tak boleh berpatah balik. Hati abang betul-betul telah diculik oleh sayang. Hanya sayang seorang sahaja yang punya kunci hati abang.”

Kemudian aku dengar dia mengeluh. “Selamat malam sayang. I’m sorry but I love you so much.”

Dia berlalu mengambil bantal dan meletakkannya di atas lantai. Dia baring dan terus melelapkan mata.

Aku mencelikkan mataku. Kenapa hati aku senang sangat disentuh? Ucapannya membuatkan aku lemah. Aku juga manusia biasa ya Allah. Bantulah hambaMu ini. Aku tak boleh terus macam ni. Aku kena pulangkan dia pada Suraya. Aku tak boleh terusan begini. Dia bukan hak aku.

Malam itu aku tidur dengan tekad. Dan aku tidur dengan air mata.

***

Aku bangun pagi. Mengeliat macam biasa. Wah! Nikmatnya. Alhamdulillah Allah masih membenarkan aku hidup. Alhamdulillah aku masih dapat melihat mentari. Alhamdulillah aku masih boleh berada di sisi orang yang aku sayang. Dan Alhamdulillah, Allah beri aku peluang untuk memulangkan Erwan kepada Suraya.

Aku memandang lantai.

Dia dah tak ada. Aku menepuk tempat tidur aku dan terus mengemasnya. Dah siap kemas, aku keluar. Tengok sepupu aku semuanya masih terbongkak tidur. Aku menggeliat lagi.

“Amy, awalnya bangun,” sapa nenek. Aku tersenyum.

“Dah terbangun nek. Nak buat macam mana?”.

Aku lihat jam. Lagi lima minit nak pukul enam. Dah nak masuk waktu Subuh. Aku pergi ke dapur. Sebab dekat dapurlah ada tandas.

Fahmi. Razak. Dia.

Tiga orang lelaki berada di dapur sambil ketawa. Aku membuat muka tak ambil tahu. Bilik air tak ada orang guna. Terus aku lalu dihadapan mereka. Bila aku lalu aje, ketawa mereka berhenti. Peduli apa aku.

Aku masuk ke dalam bilik air. Berus gigi. Basuh muka. Berhenti sekejap sebab sejuk dan akhirnya aku mengambil air sembahyang. Sayup-sayup bergema suara azan daripada masjid yang berdekatan. Hatiku jadi tenang.

Aku keluar dan jalan menonong ke atas. Nak join nenek sembahyang. Aku tengok nenek dah siap bertelekung. Aku pun ikut samalah. Ibu dengan mak cik dah siap lama. Ayah dengan pak cik aku pulak tengah baca Al-Quran. Cahaya tak bangun. Tak boleh solat kot.

“Tunggu tiga orang bujang tu,” kata mak cik apabila melihat wajah bosan aku. Aku mengeluh. Haih. Lembap betullah. Aku duduk seketika.

Akhirnya tiga ekor samdul tu datang. Haih.

“Sorry lambat nek. Ada katak tadi. Si Zak menjerit macam nampak hantu,” usik si Fahmi. Aku hanya membuat muka. Malas nak layan.

“Sudah. Jom solat. Nanti tertinggal pulak.”

Aku mengambil tempat di antara ibu dan mak cik. Aku perasan yang ada mata memandang aku. Dan aku tahu siapa. Cuma malas nak ambil kisah. Bangun pagi weh!

Allahuakbar!

Aku terkedu. Erwan imam! Aku tenangkan hati dan bersembahyang.

Aku memberi salam. Kanan. Lepas tu kiri. Alhamdulillah. Aku berkesempatan untuk sembahyang Subuh berjemaah dengan keluarga aku. Kami bersalaman. Nenek, ibu, mak cik, ayah. Bila aku nak buka telekung, Erwan menghulurkan tangannya. Pada mula aku tak nak sambut, tapi bila ibu pandang, aku salam juga.

Bila aku berdiri balik, dia tersenyum. Sukalah tu.

Aku menyimpan telekung dan berlalu masuk bilik. Rasa macam nak joginglah. Aku menukar baju cepat-cepat. Kalaunya tiba-tiba si Erwan rempuh bilik macam mana? Mahu aku tak terkejut beruk!

Aku menyarungkan sweater merah. Seluar sukan warna hitam line purple. Guess what? Aku suka purple. Haha. Gila. Aku sarung tudung dan memakai cap. Dah ada tudung ada cap lagi. Memang dasar aku gila.

Aku membuka pintu dan..

“Sayang. Nak pergi mana ni?”.

Aku membuat muka bosan. “Pergi kubur. Nak ikut?”.

Dia senyum.

“Sayang nak joging ke?” tanyanya lagi. Aku mengeluh dan mendengus. Dah tahu tu buat apa tanya lagi! Urgh!

Aku menolak badannya sikit dan terus berjalan keluar. Turun tangga dan menuju ke pintu. 6.45 pagi. Waktu yang pagi best nak bersenam.

“Amy, nak pergi mana?” soal ibu.

Aku memandang ibu. “Pergi joging bu. Dah gemuk. Tu yang nak kurus balik ni,” aku cuba bersenda dan ibu ketawa. Suka tengok ibu ketawa. Comel macam aku. Haih. Perasan!

“Jalan tu hati-hati.”

“Baik boss!”.

***

I'm Sorry But I Love YouWhere stories live. Discover now