Chapter 28

10.1K 325 10
                                    

"SERIUS, sayang nak minta cerai?" tanyanya. Aku mengangguk walaupun hati aku meronta tidak mahu. Aku memandang laut yang bergelora. Keindahan ini tidak seindah di dalam jiwa ini. Burung yang berkicauan bebas terbang. Berhak memilih apa sahaja yang mereka mahu.

"I can't keep the rain from coming down, Ri. Saya nak minta cerai dan berkahwin dengan awak. Saya nak awak bertanggungjawab."

Shazri sudah tersenyum lebar. Sememangnya itu yang dia mahu. Katanya, sewaktu dulu, aku sayang dia. Tetapi cintaku ditolaknya. Hmm. Kisahku ini, buatkan kepala aku pening.

"Percayakan abang, sayang. Dah lama abang nantikan saat ini. Selama berpuluh tahun abang tunggu sayang. You dump me without any news. Abang minta maaf."

Aku diam. Entah ceritanya boleh aku percaya atau tidak. Tiba-tiba telefon berbunyi. Erwan.

"Assalamualaikum. Sayang, where are you? Kenapa abang cari sayang, sayang tak ada dekat rumah? Tolong jangan buat abang risau, sayang," suara ini yang membuatkan aku jatuh cinta berkali-kali. Bagaimana mahu aku lepaskannya? Aku terlalu sayangkan dia. Dan, dia sempurna.

"Waalaikumsalam. Aku ada dekat luar. Nanti-nantilah aku balik. Kalau kau lapar, pandai kaulah cari makanan. Macam tak pernah pulak! Haish. Tak perlu risau dengan keadaan aku. Aku selamat aje. Bye."

Pedih. Bukan itu yang aku mahu sampaikan. Aku, aku tak sanggup lukakan hatinya tapi tadi, aku melukai hati aku sendiri. Aku terduduk di pasir dan menekup muka. Aku tidak peduli dengan Shazri yang melihat. Perlahan-lahan air mata aku menitik. Sedih yang amat!

"Aku sayangkan kau. Aku sayang kau."

Shazri yang mendengar, mengeluh. Mungkin kecewa dengan apa yang aku katakan.

"Cepat-cepat bercerai. Abang akan halau air mata tu," katanya sebelum meninggalkan aku. Aku mengangkat sedikit dan melihatnya. Dia pergi. Aku cuba bayangkan jika itu Erwan. Argh! Tak boleh! Aku terlalu sayangkan dia. Aku ego dulu. Tapi, aku sakit. Fikiran aku bercelaru.

"Auntie, kenapa auntie duduk sini sorang-sorang?".

Aku mendongak. Comel. Dengan gaun ropol-ropol dan rambutnya yang bertocang dua. Aku senyum dan mengelap air mata. "Auntie tak ada kawan. Adik nak duduk dengan auntie?".

Dia tersenyum. "Adik nak!".

Aku senyum jua. Tubuhnya yang kecil, aku dudukkan di peha aku. Kami sama-sama melihat matahari yang semakin pergi. 

"Auntie, kenapa orang suka sakitkan hati orang lain?".

Aku terpana dengan soalan si kecil. Aku berdeham, membetulkan suara. "Maksud adik? Macam mana situasinya?".

"Adik ada kawan. Lelaki. Tapi dia selalu cari pasal dengan adik. Kitorang pun selalu gaduh. Lepas tu, ada kawan adik yang lain, dia bagitahu yang kawan lelaki adik tu suka adik. Habis tu, kalau dia suka adik, kenapa dia cari pasal dengan adik? Adik tak fahamlah."

Aku tergamam. Pertama, aku tidak menyangka sekecil ini sudah boleh bersayang. Bercinta. Kedua, aku bagaikan dihempap dengan batu. Situasi itu sama seperti aku. Aku, mengeluh kecil.

"Kadang-kadang, ego seseorang tu tinggi. Kita tak boleh jangka apa yang dia akan lakukan."

Si kecil bangun daripada duduk. "Tapi, adik tak suka kena kacau. Adik tak suka dia. Adik benci."

"Amanda!".

Aku turut bangun apabila melihat seseorang datang menghampir. Lelaki.

"Mana pergi sayang? Daddy dah cakapkan? Jangan pergi mana-mana," aku dapat merasakan resah lelaki ini. Semestinya lelaki ini adalah ayah kepada si kecil Amanda.

"Adik bosan. Adik jalan-jalan. Lepas tu, adik jumpa auntie tengah menangis. Adik tegurlah."

Pandangan kami bertaut. Merah muka aku menahan malu. Aduhai Amanda! Malu auntie.

"Sorry?" dia memohon maaf. Aku mengangguk.

"Its okay. Lagipun she's alone. Nasib baik saya jumpa dia. Kalau tak, tak tahulah apa yang akan terjadi nanti."

"Hazam."

Aku senyum. "Amy."

"Daddy, can I go home now? I want that mummy's chocolate cake. Can I take auntie too, to our house?".

Aku sudah terdiam. "Tak apa Amanda. Auntie kena balik dulu. Lain kali okay?".

Muram si kecil. Kesian pulak aku tengok.

"Okay. Thanks for accompany my love one," kata Hazam lagi. 

***

"CERAI?" wajah bengang Erwan menakutkan aku. Selama ini, apabila aku menguarkan cerai, dia tak akan sebegini. Dia akan melalui soalan aku dengan wajah yang tenang namun berat. Itu Erwan yang aku kenal.

"You are too much Amilyn! You've hurt me and my heart."

Sayu suaranya membuatkan aku tidak sampai hati untuk melukakan dia lagi. Tetapi, bayangan Shazri dan Suraya menerpa menyebabkan aku kuat. Aku kena..

Aku berlari ke tandas dan memuntahkan rasa loya di tekak. Tetapi muntah tidak keluar. Aku sudah risau. Adakah aku keracunan makanan? Tapi, aku tak makan apa-apa lagi. Ataupun perut aku masuk angin? Oh, aku ada gastrik.

"Sayang, are you okay?" tangannya ligat mengusap belakang tubuh aku. Aku tidak mampu berkata. Loya masih lagi menguasai. Terbatuk-batuk aku jadinya.

"Nak pergi klinik tak?" suaranya semakin lembut.

Aku menggeleng. "Aku okay. Jangan risau."

Dia mendengus. "Degil lagi! Tahu tak, disebabkan degil dan ego sayang, sayang akan kehilangan sesuatu?".

Bagaikan memerli aku, dia berkata. Aku sudah tertunduk. Bukan kau seorang aje yang merasai kehilangan ini.

"Goodnight." Dia bangun dan meninggalkan aku. Bantal dan selimut diambil dan keluar daripada bilik.

***

"TAHNIAH puan! He's almost three weeks!".

Aku ternganga. Kenyataan Doktor Shana. Pagi tadi, loya ditekak semakin teruk sehinggakan aku hanya mampu berbaring di katil. Akhirnya aku ke klinik untuk mengetahui apakah 'sakit'ku ini.

"He?" tanya aku.

"I'm guessing. Saya rasa puan mengandung anak lelaki. Entah kenapa naluri saya kuat mengatakannya," Doktor Shana ketawa. Aku senyum. Semoga doa doktor muda ini termakbul.

"First time?" soalnya lagi. Aku mengangguk.

"I'll give you vitamin. Jangan buat kerja berat-berat tau. Ia akan menjejaskan kandungan puan. One more, puan tak boleh stress. It will effect the baby," nasihat dia lagi. Aku masih terangguk. Memahami arahannya.

"Husband?".

Aku terkedu. "Er, kami dah bercerai," entah kenapa mulut aku laju mengungkapkan perkataan itu.

Doktor Shana sudah terdiam. "Kalau dia tahu, mesti dia gembira, puan. Ah, sayangnya."

Aku senyum lagi. "Doktor pula? Kahwin dah?".

Doktor Shana ketawa. "Saya hampir tiga tahun dan alhamdulillah, the next will be third," katanya bahagia sambil mengusap perutnya yang semakin membulat. 

"Tahniah!" ucapku ikhlas.

"Terima kasih Puan Amy. Jaga dia baik-baik," dia mengenyitkan mata. Aku senyum lagi.

"Saya akan."

I'm Sorry But I Love YouWhere stories live. Discover now