Chapter 10

14.9K 401 1
                                    

"Apakah guna.

Seorang raja tanpa permaisuri jelita disisi."

Aku bernyanyi kecil. Kuat lagu Infiniti Cinta duet antara Zizan dan Kaka bergema di dalam kereta Abang Er. Kami berdua merancang nak pindah rumah. Dekat Serkam. Apa lagi, rumah akulah. Abang Er bagi alasan yang dia mahu masa berdua-duaan denganku. Dia pun ada cakap dekat umi dengan abah yang dia nak berdikari. Aku? Mengiyakan sahaja.

"Ibarat jantung tiada degupannya."

Abang Er menyambung nyanyianku. Elok sangatlah tu. Aku nyanyi part Kaka, dia ambil alih part Zizan. Aku sudah menepuk tangan. Boleh tahan suara suami aku ni kalau menyanyi.

"Satu satu . Aku mahu kamu

Dua dua. Hanya kita berdua

Tiga tiga. Bersama-sama selamanya."

Hah! Part yang ni kitorang nyanyi sama-sama. Tergelak kami menahan ketawa. Gembira sangat! Terima kasih kerana hadir dalam hidupku abang. Amy dah yakin dah yang abang tu memang betul ditakdirkan untuk Amy. Amy takkan sesekali pergi dari hidup abang lagi. Cukuplah sekali. Takkan berulang lagi.

"Kenapa pandang abang macam tu? Apa, abang ni memang terlalu handsome sampai pandang abang macam nak telan?" ujarannya menarik kembali aku ke alam realiti. Ahh, cinta hatiku ini. Memang suka mengusik dan tersangat-sangatlah nakal!

Aku menjelirkan lidah. "Ehh! Perasannya abang ni. Tak boleh perasan lagi ke?" perliku. Aku memandang hadapan. Dah masuk lorong kelapa sawit. Kejap lagi sampailah.

"Eleh, nak coverlah tu. Tadi bukan main lagi tenung abang. Sekarang nak kata abang perasan pulak? Banyak cantik muka!" tangan kirinya merayap mencubit pipiku. Aku menepis dan menyepetkan mata.

"Boleh tak bawak kereta tu tangan jangan nak merayap sama? Tak sayang nyawa ke?".

"Abang dah bawak kereta sepuluh tahun dah sayang. Tak pernah jadi apa-apapun. Mulut sayang masin, abang letak gula satu tan. Biar manis. Bagi abang aje yang rasa," dia tersengih nakal. Aku memeluk tubuh. Dia hanya senyum. Kereta dibelok ke kiri. Lepas ni belok kanan. Jalan terus, hah, dah sampai pun rumah. Home sweet home!

"Sayang, Shazri Dziauddin tinggal sinikan?".

Soalan maut. Kenapalah dia tanya aku soalan ini. Aku memandang dia dan senyum hambar. "Ya, tapi bukan taman ni. Dia kampung." Dia hanya mengangguk. 

Aku mengambil barang-barang dan membawa masuk ke dalam rumah. Haiyaa! Kunci tak buka lagi! Aku meletakkan beg dan mencari kunci. Mana? Mana? Oh, jumpa! Pintu yang berkunci kini terbuka luas. Yeyeah! Dah boleh masuk! Aku menarik beg. "Abang!".

Abang Er yang sedang mengeluarkan barang-barang daripada kereta memandangku. Dia angkat kening.

"Kejap lagi tolong Amy bersihkan stor eh? Dah siap punggah barang kejutkan Amy. Nak tidur," laungku dari dalam rumah. Dia buat muka tak puas hati sambil bercekak pinggang. Aku tersengih. Mesti dia tak puas hati.

"Aloh sayang! Mana boleh! Sekurang-kurangnya tolonglah abang. Banyak tau barang ni! Sesedap masak lemak cili api je sayang nak tidur!" marahnya. Aku tahu marahnya manja. Mana boleh marah aku lebih-lebih. Sayang binilah katakan. Aku dah ketawa.

"Ngantuklah. Nanti abang sayang intan delima emas perak kejut eh? Puteri raja nak beradu sebentar," aku masuk ke dalam bilik. Dalam rumah ini ada tiga bilik. Satu bilik utama, bilik lagi satu dan bilik belakang adalah stor. Dulu, bilik utama aku punya sorang. Zett dengan Qiela berkongsi bilik di bilik sebelah. Aku berjalan ke bilik utama. Mengantuk! Dapat lelap dua tiga minit shedappp ni. Haha.

I'm Sorry But I Love YouWhere stories live. Discover now