Chapter 1

23.5K 705 15
                                    

"Kak, boleh balik sekarang tak?" aku yang baru aje nak start menulis mula fokus kepada ibu. Baru aje aku nak mula buat novel. Haih. Ibu, ibu. Aku menggaru kepala. Kenapa pulak ibu suruh aku balik Rim malam-malam ini? Jam didinding yang aku beli di pasar malam aku renung. Tepat-tepat je jarum kecil tu berhenti dekat angka 9. Jarum panjangnya berada di nombor 9.

"Kenapa bu? Duit yang Amy bagi tak cukup ke? Ke ayah dapat harta karun dekat ladang? Betul ke bu?" aku mula excited. Kalau aku tak merapu dengan ibu memang tak sah. Ibu pun melayan. Makin melalutlah aku.

Aku dengar ibu mengeluh. Aik? Lawak aku tak menjadi ke? Alah. Zero point for Amilyn Maisara.

"Tak boleh cakap dekat sini. Akak balik eh? Ibu, ayah, aunty dengan uncle tunggu. Cepat sikit tau," ibu memesan sebelum mematikan talian. Aku terkebil-kebil. Apahal pulak ni. Eh kejap! Aunty? Uncle? Siapakah? Aku mula tak sedap hati. Ini mesti ada yang tak kena ni! Takkan ibu dengan ayah kena serang dengan Along? Eh Amy! Sejak bila pulak parents kau reti Along-along ni? Mulut masin baru tahu. Nasihat sang hati. Diamlah hati!

Aku mencapai tudung dan memakai helmet. Malas nak bawak kereta. Motor lagi senang. 

Apabila aku pasti segala pintu-pintu, tingkap-tingkap, bumbung-bumbung *sejak bila aku kunci bumbung?* dah berkunci, aku memulakan perjalanan ke Rim. Serkam dan Rim jauh sebenarnya tapi kalau aku merempit, confirm 15 minit aje aku dah sampai. Ini anak Pakcik Azli lah. Ikut baka bapaklah ni. Bapa borek anak rintik. Ayah rempit anak merempat. Ahh, melalut lagi aku ni.

15 minit kemudian aku sudah terpacak depan pintu rumah nenek. Rumah nenek ni dah usang dah. Yelah, sejak atok meninggal, rumah ini masih berdiri gah. Dan rumah inilah yang memerhatikan aku membesar dengan jayanya!

"Amy," pintu rumah dibuka dan terjengul wajah makcik. Aku mengangkat dua jari. "Peace makcik!".

Makcik berwajah serius. Aku dah terkedu. Aduh, asal lawak aku tak laku hari ini? Aku mencabut helmet dan meletakkan di pangkin. Kakiku melangkah masuk ke dalam rumah usang ini. "Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam. Kak Amy!" jerit sepupu perempuanku, Nur Cahaya. Elok sahaja dia berbaring atas katil sambil menolong Nur Amalina membuat kerja sekolahnya. Tahun ni adik Cahaya SPM. Memang kena study hardlah. Lagi berapa bulan nak exam.

Aku memerhatikan keadaan sekeliling. Ibu dengan ayah tak ada di ruang tamu. Even 'aunty' dan 'uncle' pun aku tak nampak. Aku terkena panggilan hangit ke? Aku 'unlock' telefonku dan menge'check' nombor yang digunakan ibu tadi. Eh, memang betul pun nombor ibu. Sejak bila pula Hot FM menggunakan nombor ibu?

"Amy, mari ke sini."

Aku jenguk dapur. Aloh, rupanya ibu bersembunyi di dapur. Tengah elok makan-makan pula tu. Supper time kah? Ternganga aku melihat dapur yang penuh. 

Okay. Aku rasa mata aku tak salah pandang. Itu. Bukan ke...

"Amy!" umi memelukku. Aku terkelu sendiri. Kenapa umi datang? Abah pun ada. Apa semua ni? Aku memandang umi, mengharapkan penjelasan yang jelas. Selama ini umi dan abah tak pernah kutemu lagi. Sebab satu, aku tak nak jumpa dengan parents Abang Er. Yang kedua, aku mahu melupakan dia. 

"Umi rindukan kamu sayang. Ke mana kamu menghilang? Puas umi dan abang mencari. Kamu dah tak sayangkan kami lagi ke?" lirih suara umi. Mungkin sedih dengan sikap anak angkatnya yang sudah tidak pedulikan mereka. 

"Umi..." aku meleraikan pelukan dan mencapai tangan umi. Lembut aku mencium tangan umi. Aku rasa serba salah. "Maafkan Amy, umi. Amy rasa berdosa sangat sebab dah lama tak jenguk parents angkat Amy ini. Maafkan Amy, umi. Amy minta maaf," aku dapat merasakan tangan kiri umi mengusap belakang kepalaku. Aku masih mencium tangan umi. Malu untuk bertentang mata dengan ibu kepada Saiful Erwan ini.

Umi menyuruh aku memandang matanya. Lambat-lambat aku cuba. Umi senyum. Lagi menambah rasa serba salahku.

"Id, akak setuju."

Aku dah cangok sorang-sorang kat situ. Kelihatan ibu, ayah, abah termasuklah makcik dan pakcik mengukir senyum. Lebar pulak tu. Aku pandang umi. Kemudian ibu. Ayah dan abah juga menjadi mangsa tatapanku. Aku inginkan penjelasan. Apa yang sedang berlaku ini? Setuju? Umi setuju apa? Pening. Kusut,

"Tak lama lagi Amy akan jadi sebahagian daripada umi," bisik umi. Aku keliru.

"Bukan Amy memang keluarga umi ke? Amy kan anak angkat umi dan abah. Sejak bila pula Amy jadi orang luar?" aku menonjolkan wajah yang blur-blur alang. Ya, aku memang slow orangnya. So, siapa yang tak puas hati denganku boleh berambus. Ciptaan Tuhan ni!

Umi ketawa meilhat wajah comelku *sekali-sekala puji diri sendiri tak salahkan?* . Aku dah terkebil-kebil. Tolonglah bagi aku petunjuk! Drama apa yang sedang berlangsung dihadapanku kini?

"Jangan tangguh lama-lama. Wan dah tak sabar dah tu," kata-kata abah membuatkan semua ketawa. Gamat betul dapur nenek sekarang. Aku menganalisa apa yang abah kata tadi. Wan? Abang Erwan. Tak sabar? Apa kena mengena dengan tak sabar? Abang Er tak sabar apa? 

"Kita buat majlis tunangnya minggu hadapan. Lepas majlis tunang tu kita bincang tarikh untuk majlis nikahnya pula," ujar ayah sambil itu ibu terangguk-angguk. Aku dah ternganga. Ayah nak buat majlis tunang untuk siapa? Untuk diri sendiri ke? Oh! Ayah nak kahwin lagi ke? Jangan! Tidak! Aku takkan benarkan!

"Ayah! Tak cukup ke ibu sorang?".

Kelihatan masing-masing tergamam dengan jeritanku. Peduli apa. Asalkan ayah jangan berniat untuk menduakan ibu. Kalau aku tahu, aku kejar ayah satu Jasin.

Lepas beberapa detik, mereka ketawa. Kuat sangat! Aku dah terlogo. Salahkah apa yang aku katakan tadi? Umi memegang bahuku. Aku dah terkesima melihat senyum manis umi. 

"Amy akan menjadi menantu umi lepas ni. Umi gembira sangat."

Oh, aku dah nak kahwin rupanya. Eh kejap! Aku? Kahwin? Dengan siapa? Aku memandang umi lagi. Dan umi mengangguk. Seolah-olah umi tahu apa yang bermain dalam fikiranku. Aku dah terkejut! Bagai terkena renjatan elektrik! Amilyn! Bangun! Kau akan berkahwin dengan Encik Saiful Erwan! Your own brother. Aku menelan liur. Semua ini salah. Tak sepatutnya aku menikahi abang, Bukankah abang separuh mati cintakan Kak Su? Ni apa kes pula nak kahwin dengan aku? Buang tebiat ke mamat tu? Aku menggepal penumbuk. Kalau abang mempermainkan hati dan perasaan Kak Su, aku rebus mamat tu sampai lebur!

Aku bukan membela Kak Su, cuma aku tak suka kalau kaum hawa ditindas oleh kaum adam. Cukuplah aku yang terkena dengan abang dulu. Sekarang, aku takkan lakukan perkara yang sama lagi. Abang Erwan, we need to settle this sebelum ada hati yang menangis melihat perkahwinan kita.

***

I'm Sorry But I Love YouWhere stories live. Discover now