Chapter 29

10.1K 309 10
                                    

"I don't care! Aku nak kau ceraikan aku!" amuk aku. Seluruh benda yang berdekatan, aku lemparkan ke sana sini. Wajah Erwan yang memerah, tidak aku peduli. Aku tak kisah! Asalkan dia ceraikan aku sebelum dia tahu yang aku mengandungkan anak dia. Zuriat dia.

"What's wrong with you? Dan kena sampuk dengan pontianak?" ini pertama kali kami bergaduh sehebat ini. Kusyen merah yang aku baling, dia ambil dan campak ke tempat lain.

"Argh! Aku terseksa hidup dengan kau! Aku rimas! Aku nak hidup aku balik! Aku benci kau!" sememangnya itu yang berlawanan dengan apa yang aku rasa. Tak mungkin akan aku membenci sedangkan aku baru mula sayang padanya.

Sayu Erwan mendengar ungkapan aku. Wajahnya menunjukkan betapa dia terasa dengan amukan aku. Maafkan aku. Aku kena bertindak lebih cepat daripada yang dirancang. Suraya, come on!

"No! Full stop."

Aku bengang. Terus aku menerpa dia dan memegang bahu. Dia berpusing dan mencengkam tangan yang sedang menyentuh bahunya. Wajahnya serius bertambah sayu. Hatiku sebak melihat wajah itu. Tolonglah jangan begini Erwan! Aku tak mahu rasa sukar untuk melepaskan kau. 

"I'm sorry but I love you. Just stick it at your mind."

Aku sentap. Ayat itu. Dia melepaskan tangan aku dan bergerak ke tempat lain.

***

Aku menahan loya yang maha kuat. Agaknya inilah yang ditanggung ibu semasa mengandungkan aku. Berulang aku ke tandas demi membuat rasa ini. Perit di tekak semakin kuat apabila aku memaksa loya itu pergi. Haish! Tak boleh jadi ni!

Aku mengambil kunci dan mengunci pintu. Kereta aku undur perlahan. Aku harus beli benda-benda masam! Dah tak tahan ni! Dekat rumah bukannya ada apa-apa.

Kereta hitam BMW berhenti betul-betul semasa aku cuba mengeluarkan keretaku. Serta-merta aku menekan pedal brek. Huish! Malaun mana ni?

Aku keluar, mahu menyerang pemandu yang berhemat tu. Dua tiga lelaki keluar dan menarik aku. Aku terkejut. Adakah aku dalam bahaya? 

Salah seorang daripada mereka menekup hidung aku dengan kain yang lembap. Aku sudah meronta-ronta. Ya Allah! Bantulah aku! Semakin lama, dunia aku menjadi kelam. Gelap gelita. Aku tahu, aku dalam bahaya. Tapi, apa yang harus aku lakukan?

***

Aku terasa sakit di bahagian perempuanku. Aduh! Segera aku bangun dan memicit sekejap kepala aku yang terasa berdenyut. Di manakah aku? Aku memandang sekeliling tempat. Kotor dan berhabuk. Ada karung guni yang terdampar di hadapan aku. Dan aku ternampak seperti, darah?

Aku beralih sedikit. Sah! Gugur air mata aku disitu. Anak. Anak aku. Anak aku dan Erwan. Aku mengesot rapat ke dinding. Aku tidak terkata. Aku keguguran! Aku sudah hilang zuriat aku dan Erwan. Aku menutup mulut. Tidak mampu menahan sebak yang merajai di jiwa.

"Sekarang, aku nak duit lima juta tu. Aku tak kira! Perempuan ni ada dengan aku. Sama ada kau percaya ataupun tidak, anak kau dah mati."

Aku terdiam. Siapa? Aku mendongakkan kepala dan cuba mencuri dengar apa yang diperkatakan 'makhluk' yang menculik aku dan menyebabkan aku kehilangan anak aku. Hati aku menjadi hiba lagi. Anak aku.

"Suka hati kaulah nak percaya ataupun tidak. Yang penting, isteri kau ni dah keguguran! Haha!".

Sakit hati aku mendengar ketawa lelaki yang tidak berperikemanusiaan ini! Dia boleh bergembira atas kesedihan aku? Aku menggengam penumbuk. Kalaulah aku kuat, penumbuk ini sudah menghadiahkan dia sebiji lebam! Rasa sakit dan sedih bercampur di dalam tubuh ini.

"Lima juta! Lima juta! Besok dan aku akan menjadi jutawan!".

Dada ini berombak menahan geram.

"Erwan, kau masih tidak percaya yang isteri kau sudah keguguran? Hei ini Ishradi. Kawan baik kau waktu dulu. Takkan kau tak percayakan aku?".

Aku terkebil seketika. Ishradi? Ishradi Jazim? Aku memejamkan mata dan cuba mengingati kenangan lampau. Namun aku terlupa sedekit. Memori mengenai lelaki ini aku cuma ingat seimbas lalu. Namanya kedengaran biasa di telinga ini.

Aku ingat! Erwan pernah bergaduh dengan Ishradi kerana aku! Aku masih ingat!

"Aku tak tahulah kalau aku boleh tahan bila tengok isteri kau yang cantik tu. Mungkin kau akan dapat bekas aku."

Dulu, Erwan pernah mengenalkan aku kepada sahabat-sahabatnya. Ishradi Jazim, kawan baik Erwan yang cuba menguratku sehingga berani memeluk aku daripada belakang. Sejak dari itu, Erwan sudah fobia membawa aku keluar bersama teman-temannya. Yang aku tahu, Ishradi teruk kena pukul dengan Erwan dan persahabatan mereka terputus begitu sahaja.

Tapi, ada lagi memori yang aku kurang ingat. Perut aku pula sakit. Amy, jangan stress! Kau baru aje gugur!

Hati aku semakin sayu. Ya Allah! Bantulah hambaMu ini!

"Aku tak nafikan, hampir berpuluh tahun, aku masih sayangkan dia. Aku nak dia jadi kepunyaan aku!".

Aku tersentak. Gila! Serius ini gila! Aku mengucap perlahan. Cuba menenangkan hati yang galau. Aku kembali bersandar dan menyentuh perut aku yang sudah kempis. Anak mama.

"Aku tak peduli! Antara kau bagi aku lima juta atau kau kehilangan Amilyn Maisara!".

Selepas itu, aku tidak mendengar apa-apa lagi sehinggalah pintu yang menjadi tempat kurungan aku terbuka. Aku mengangkat wajah. Ishradi masuk dengan wajah yang tidak berperasaan. Sungguh, aku benci melihatnya!

"Amy, rindu abang tak? Abang Ish."

Aku menunduk kembali. Sakit hati melihat wajah yang telah menyebabkan aku kehilangan anak pertama aku. Aku cuba menahan air jernih daripada tumpah. Aku tak nak menjadi lemah di hadapan lelaki ini. Lelaki yang bertopengkan manusia! Aku benci!

"Sayang," dia menyentuh dagu aku. Aku menepis.

Ishradi mengetap gigi, geram! Aku tahu jiwa lelakinya tercabar melihat perilaku aku. Aku tidak peduli. Aku lupa yang Ishradi mampu melakukan apa sahaja terhadap aku. Aku tersangatlah lupa! Akhirnya pipi aku, Ishradi mencumbui dengan kasar.

"Kurang ajar!" aku memberikan penampar sulung kepadanya dan membuatkan Ishradi terdiam namun wajahnya merah menahan marah yang menggunung.

"Kau ingat sini eh perempuan. Disebabkan kau, aku kehilangan sahabat baik aku sendiri. Dan disebabkan kau, aku tidak berkahwin sehinggalah sekarang. Tahu kenapa? Sebab aku dah tangkap cintan dengan kau! Aku benci kau sebab kau dah buat aku jatuh cinta kepada kau!".

Aku terkedu. Luahan Ishradi membuatkan aku terpempan. Apa yang harus aku katakan? Tubuhku masih sakit dan sekarang, batin aku menjadi pedih dengan apa yang aku dengar tadi.

"Kau sedar tak, yang kau dah hilang anak kau?".

Aku memandangnya geram. Aku benci manusia ini! Aku benci. Akhirnya aku hanya mampu memukul kaki Ishradi. Betapa hinanya aku. Aku tidak terdaya untuk melakukan apa-apa. Aku rasa teramatlah kalah sekarang ini.

Ishradi ketawa. "Kau tengok! Nak berdiri pun kau tak mampu, ada hati nak belasah aku."

Dia ketawa besar dan meninggalkan aku terkapai-kapai di sini berseorangan. Aku hanya mampu menangis. Menangisi nasib hidup aku yang sebegini. Wajah-wajah orang yang aku sayang menerpa minda. Aku tidak sepatutnya menangis begini. Aku kena bangkit! 

Aku memandang sekeliling lagi. Aku nampak ada tingkap! Aku cuba berdiri dan mengalihkan tingkap itu satu-persatu. Kemudian, aku mengambil kotak yang kelihatan usang dan aku memanjat ke atas. Apabila aku memandang bawah, aku nampak ada sungai.

Aku menelan liur. Risiko ini, aku.

Aku tiada pilihan. Daripada aku menghambakan diri kepada Ishradi, lebih baik aku pergi menemuiNya. Aku membisikkan basmallah dan aku merelakan diri aku masuk ke dalam sungai yang berarus deras. Aku, aku sanggup.

Hey Guys! Sempat Theha buat ISBILY ni. Sambung kejap. In shaa Allah kejap lagi Theha kena operate. Haha. Doakan okay? Takut sebenarnya ini. Hmm. Kepada kesayangan-kesayangan Theha sekalian, ingat tau yang Theha sayang korang. Aceh, nak buat moment sedih pulak. Lahai. So, terima kasih membaca!

I'm Sorry But I Love YouNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ