Chapter 9

14.5K 447 0
                                    

"Enjoy kot lepak dengan korang hari ni. Lu olang manyak telbaik lorh! Next time, nak hang jangan lupa ajak aku okay?" Abang Shrek memberikan tabiknya. Aku mengangguk Abang Er senyum.

"Semestinya. Kaukan buddy aku. Apa ada hal. Nombor kau tak tukarkan?" Abang Er menepuk bahunya. Aku lihat mereka ni setia. Daripada aku berangkat dengan Abang Er sampailah dah besar panjang ni. Aku terindu dekat Zett dengan Qiela pulak. Sewaktu aku menyatakan kepada mereka yang aku bakal berkahwin dulu, mereka sebulat suara mahu pindah. Aku sedih gila! Aku dah cakap dah, rumah tu boleh duduk free. Stay aje tak yah pindah-pindah tapi diorang degil terutamanya si Qiela tu. Aku hanya mampu memandang sahaja.

"Badak, aku balik dulu okay. Jangan gaduh-gaduh. Selamat pengantin baru!" Abang Shrek berjalan sambil melambai ke arah kami. Aku tergelak. "Bye bye Abang Shrek! Abang Shrek kepala besar! Bye bye!" bersungguh-sungguh aku melambai. Abang Er hanya ketawa dan menggeleng. Dan Abang Shrek hilang daripada pandangan kami. 

"Bilalah agaknya Shrek tu akan berkahwin ea?" aku mendongak memandangnya. 

"Dah sampai masanya, Abang Shrek akan kahwin juga. Abang ni, jangan risaulah. Abang Shrek tu kan handsome. Mesti ramai yang terpikat. Tapi tulah, Abang Shrek tu memilih sangat!" omelku. Mana taknya, tengah duk lepak bertiga tadi adalah sekumpulan minah hot menjeling-jeling ke arah kami. Aku ingat diorang usha suami aku, rupanya diorang nak ngorat Abang Shrek! Tapi Abang Shrek buat selamba derk dia aje!

"Puji lelaki lain eh sayang?". 

Aku berjalan meninggalkan dia. Bahuku jongket. "Takkan dengan Abang Shrek pun abang nak jealous? Diakan kerengga Amy," mencari-cari kereta. Eh? Mana kereta?

"Sayang! Bukan dekat situlah! Here!" laung Abang Er dari jauh. Patutlah dia tak ikut aku tadi. Rupanya aku yang salah jalan. Aku mengetuk kepalaku. Hey, apa nak jadilah dengan aku ini. Aku berlari anak ke arah Abang Er. "Sorry! Amy ingat kereta dekat sana."

"Jom. Abang rasa dah melekit dah badan abang ni. Balik nanti mandi sama-sama eh?" dia mengenyit mata. Aku mencucuk pinggangnya. Gatal! Dia mengeliat kegelian.

Semasa melintas jalan, dia memimpin tanganku. Mungkin takut aku tertinggal. Yelah, akukan kecil. Senang hilang. Ataupun dia risau aku jalan sorang-sorang. Mungkin.

***

Aku berguling di atas katil. Mengeliat dan kembali fokus menaip di laptop. Hurm. Abang Er belum masuk lagi. Tadi abah ada panggil dia. Mungkin kerja kot. Aku menongkat dagu. Otak aku dah tak ada idea lagi dah. Wahai otak! Berkerjalah engkau! Berfungsilah kau! Aku nak cepat-cepat tamatkan novel ni! Aku mengetuk dahiku beberapa kali.

Nak buat apa ek? Aku mencapai handphone. Call Hadalah! 

Tuutt tuutt...

"Assalamualaikum! Beb!".

"Waalaikumsalam. Yes Cik Harney Syuhada. Miss me?".

Aku terdengar hilai tawa di hujung talian. "Much! Beb, kau apa cerita? Best? Malam pertama?" lajunya minah ni tanya! Eh? Malam pertama? Nak kena juga minah ni.

"Aku baik-baik aje. Tak kena telan pun dengan laki aku. Sihat walafiat aje. Malam pertama? Hei, pergi kahwinlah minah!" kataku. Serentak itu Abang Er masuk dalam bilik. Dia angkat kening. Aku menjawab dengan senyuman. Dia pun faham bahasa yang aku gunakan. Dia datang dekat dan menghulurkan tangan. Aku pelik. Oh! Handphone! Pantas sahaja telefon bertukar tangan.

"Hello?".

Aku meneruskan kerjaku. Biarkan sahaja Hada berborak dengan Abang Er. Aku ketawa kejam.

"Oh. Amy selalu cerita pasal you dekat I. Ye, thanks jaga Amy I dengan baik."

Aku memasang telinga. 'Amy I'? Wow! Cair! Jari-jemariku lincah menari di atas keyboard sambil itu aku mahu skodeng perbualan mereka.

I'm Sorry But I Love YouWhere stories live. Discover now