Chapter 19

10.1K 317 10
                                    

Minta maaf kerana sudah lama tida meng'update'. Haih, banyak masalahlah. Sorry, sorry *tunduk gaya Jepun*

Anyway, this story dah makin melalutkan? Aigoo. Redha sahajalah ea? Haha. Haih --' I wish, Erwan would accept me as his second wife. Aigoo xD So funny kan? *apasal aku cakap omputeh ni? --'* Anyway *again --'* teringin sangat nak ada husband yang macam Erwan. Aigoo xD Syok sendiri lorh xD And, Shazri, such a disturbed!

Merepekkk. Maaf! Maaf! *lagi --'*

Haih, just enjoy it. Kang taip pepanjang dah tak jadi cerita pulak. Lai lai. Mai mai. xD

***

"Assalamualaikum."

Aku tercengang dan.. Bukankah itu Erwan? Apa yang dia buat dekat sini? Aku rasa macam nak bunuh dia. Bukan ke dia cakap tadi dia tak boleh datang? Bagi tidak menimbulkan pandangan buruk sebagai seorang isteri, aku bangun dan menghulur salam. Dia tersengih. Sukalah tu! Aku mendengus dalam hati.

"Buat apa dekat sini? Kata tak boleh datang," bisikku kepadanya. Dia menjongketkan keningnya. Ingat handsome?

"Siapa kata? Sayang yang potong kata-kata abang tadi. Abang nak cakap yang abang memang nak datang pun."

Aku terlogo. Habislah hidup aku lepas ni. Apa aku nak cakap dengan ibu? Haish, nenek lagi. Fikir Amy! Fikir! Aku terdiam. Dia menurunkan sedikit badannya. Supaya dapat sama tinggi dengan aku. Aku memandangnya pelik. "Kenapa? Tak cukup bersyukur Allah kasi tinggi?".

Dia ketawa. "No dear! I just, look at you. Because.. I miss you. Just that."

Ayat manis dia. Aku memeluk tubuhku. Nak pikat aku balik ke Encik Saiful Erwan? Never! Aku tak akan benarkan hati aku disentuh oleh kau buat kali ketiga. Ketiga? Haih, itu yang Erwan selalu cerita dekat aku. Kisah cinta kami. Dan aku macam... Nak percaya atau tidak? Mamat ni bohong ke tipu sunat? Eh? Bukan sama ke?

"Eh, Erwan rupanya," nenek keluar daripada bilik. Bila masa pulak nenek masuk bilik? Aku menggaru kepalaku sendiri.

"Ya nek. Wan tumpang rumah nenek untuk seminggu," ramahnya menegur nenek. Aku mengerutkan dahi lagi. Alamatnya cepatlah aku tua nanti! Tu tak penting! Yang penting sekarang ni, mamat ni nak stay kampung for a week? Apa kejadah? Haih! Aku mengeluh.

"Ehh? Mana ada istilah tumpang untuk cucu-cucu nenek. Mari masuk. Amy, kenapa biar suami kamu duduk dekat pintu? Ajak dia masuk mehh," nenek menyalahkan aku. Aku memuncung. Aku pulak yang dipersalahkan? Tak patut! Aku memandang dia. Dia tersenyum gembira. Mungkin dapat spent time dengan aku dekat sini.

"Jom, aku tunjuk bila kau," aku berbisik. Kalau kantoi, mampus aku! Depan keluarga memang kami berlakon. Punyalah baik lakonan kami sampai mereka pun percaya! Mereka fikir, aku hilang ingatan, aku boleh terima kehadiran Saiful Erwan. Mereka fikir, hubungan kami baik-baik belaka. Namun, itu semua palsu!

Dan..

Aku bencikan dia!

Entah kenapa, aku pun tak tahu. Saat aku memandang wajahnya yang tenang, wajahnya yang polos, aku rasa amat marah. Sangat marah! Dan aku tidak boleh terima kenyataan yang dia adalah suami aku. Mungkin aku berkhayal? Mungkin dia bukan suami aku. Mungkin dia tipu aku. Haih. Kehidupan ini banyak kemungkinannya.

Aku berjalan menaiki tangga. Dimana bilik aku dan dia, bakal berkongsi malam ini berada. Aku berdecit apabila teringatkannya. Geram sungguh. Kalaulah mamat ni tak dapat datang, alangkah indahnya hidup aku.

"Ni, bilik aku. Kau letaklah beg kau dalam ini. Aku nak tolong ibu dengan mak cik buat minum petang. Lepas siap kemas, jangan lupa turun balik! Makan!" arahku tanpa memandangnya. Malaslah nak pandang. Buat semak. Buat sakit hati. Aku kembali berjalan. Nak turun. Tapi, tangan kanannya yang mencapai lengan kiriku membuatkan aku tersentak.

Apa lagi mamat ni nak? Menyusahkan betul!

"Sayang..."

Lunak suaranya. Ahh! Lupakan Amy! Dia musuh kau sekarang! Dan musuh.. sepatutnya dibenci!

"Amy...".

Aku mendengus. Tanpa berpaling, aku bertanya, " Nak apa? Aku nak turun dah ni. Jangan buat hal boleh tak? Menyusahkan aku ajelah kau ni."

Tiba-tiba tubuhku melayang. Aku terkedu. Pasal apa pulak mamat ni dukung aku ni? Aku menumbuk-numbuk dadanya. Tahulah tough! Ergh! "Lepaskan akulah! Erwan! Lepas! Kau nak buat apa ni?" kataku sebelum dia mencampakkan aku ke atas katil. Pintu dikunci dan dia merangkak ke atas badanku. Jantung aku sudah berdegup kencang. Sewelkah mamat ni?

"Sayang, I need you. I love you so much. Abang tak boleh hidup tanpa sayang. Sayang pergi macam tu aje, buatkan abang rasa, abang akan kehilangan sayang buat selamanya. Promise me that you will never left me? Please? I'm begging you."

Aku terkedu. Rayuannya membuatkan otak aku berhenti berfungsi. Dan, serangan mengejutnya ini membuatkan aku terkena serangan jantung! Ya! Serangan demi serangan! Boleh mati aku macam ni. Aku cuba menolak dadanya. Tapi, apalah kudrat aku sebagai seorang perempuan yang lemah untuk menolak lelaki yang sememangnya lagi kuat daripada aku?

"Get off of me you idiot!" aku memukul bahunya pulak. Rasa macam nak nangis. Tengok muka dia yang sayu. Mendengar rayuan yang mendayu. Dan.. Hoi Amy! Bangun! 

"Shh! Or your family will heard it."

"Aku peduli apa! Asalkan kau lepaskan aku sekarang! Kau ni, menyusahkan aku? Aku benci kau! Aku benci tengok muka kau! Sampai bila-bila pun aku akan bencikan kau! Saiful Erwan! Ceraikan aku. Aku tak layak jadi isteri kau. Suraya. Suraya yang sepatutnya menyandang tempat aku. Bukan aku. Aku tak sepatutnya berkahwin dengan kau! Perkahwinan ini salah!".

Wajahnya bertambah sayu apabila mendengar apa yang aku cakapkan. Aku masih cuba menolaknya. Kenapalah perempuan ini lemah? Lemah dengan lelaki! Aku berharap sangat. Agar suatu hari nanti, perempuan akan kuat. Tiada lagi air mata kerana lelaki. Tiada lagi wanita yang lemah diperlakukan kejam oleh lelaki.

"Abang tak akan lepaskan sayang. Tiada siapa. Tiada sesiapa yang layak menjadi Mrs Saiful Erwan selain daripada Amilyn Maisara. Tak termasuk Suraya Aleeya!".

Dang!

Macam.. macam ada sesuatu yang menghentak kepala aku. Dan ianya menyakitkan.

"Mrs Saiful Erwan, hanya ada satu aje. Milik abang selamanya."

Dang!

Serangan itu lagi. Aku memegang dahiku. Sakit sangat. Sangat sakit. Aku tak tahu nak gambarkan macam mana tapi bila Erwan kata Mrs Saiful Erwan itu, serangan itu menyerang aku. Aku cuba bertahan. Mataku pejam. Kelam woi mata aku. Tak tahu kenapa. Tiba-tiba.

"Sayang? Sayang okay tak? Maaf kalau abang sakitkan sayang."

Memang kau sakitkan aku tapi kau memang tak akan faham kenapa aku benci kau sangat-sangat.

Oh, Saiful Erwan. Aku benci kau kerana menjadi suami aku. Aku benci kau kerana kau telah membuat hati aku sakit. Dan sakit ini, entah daripada datang. Aku tak tahu. Andainya aku tidak hilang ingatan. Mungkin, aku bahagia dengan dia? Haish! Apa aku fikir ni?

"Sayang, abang tak fikir..."

"Memang! Lelaki! Memang tak fikir perasaan perempuan!" akhirnya aku berjaya menolak tubuh sasanya. Go away from me Mr Saiful Erwan!

***

So, chappy kali ni macam mana? Sedikit terganggu sebab mengantuk. Maaf *tunduk macam tadi - macam Jepun*

So, agaknya Erwan akan ceraikan Amy dan kembali pada Suraya ke? Hurm.. Tak tahu nak cakap apa sekarang sebab...

Ianya...

RAHSIA! 

Haha. Gurauan sahaja. Dah dah. Nak tidur ahh. Ngantuk. Bye bye readers :* Love ya!

Assalamualaikum ^^

I'm Sorry But I Love YouWhere stories live. Discover now