Chapter 22

10.4K 326 0
                                    

Sudah seminggu sejak peristiwa itu terjadi. Aku pula semakin lama semakin malu dengan dia. Haih. Apa nak jadi dengan aku ini? Tapi yang aku hairan, setiap kali aku bersendirian bersamanya, jantung aku jadi tak keruan. Rasa sesuatu yang aneh.

Seminggu juga kami menetap di kampung. Erwan perlu balik. Aku tahu itu. Ibu dan nenek sedang berusaha memujuk aku untuk ikut Erwan pulang ke rumah kami. Ya! Rumah kami. Aku tak nak. Tapi, aku sebenarnya rasa was-was. Ragu-ragu hidup tanpa dia.

Amy! Apa kau cakap ini? Ingat! Misi! Misi! Aku menepuk dahi aku berkali-kali. Cuba menghindarkan rasa yang bertakhta di hati. Hati ini bukan boleh di bawa main. Sekali kecundang, susah nak bangun. Aku mengeluh.

“Amy, ikutlah Erwan balik. Kesian dia sorang-sorang dekat rumah itu. Tak akan Amy nak biarkan dia macam itu aje?” pujuk ibu lagi. Aku yang sedang melipat baju Erwan hanya mengenggam sweater biru Erwan dengan rasa geram.

“Ibu, abang Erwan bukannya budak kecil. Pandailah dia jaga diri. Tak perlu pun Amy jaga dia. Dia pun dah pandai jalan sendiri. Bukannya budak kecil lagi.”

Ibu menggeleng mendengar jawapan aku. Nenek mendekat setapak ke hadapan. “Amy, Amy nak jadi isteri derhaka ke? Amy nak tinggalkan tanggungjawab Amy macam tu aje?”.

Kata-kata nenek menusuk ke jiwa aku. Aku terkedu. Terkelu dan tak tahu nak cakap apa sebagai balasan. Akhirnya aku menunduk kalah. Tanpa perlu aku mengangkat wajah, aku tahu ibu dan nenek tersenyum melihat kekalahan aku.

“Ikut suami kamu sayang,” ibu mengucup kepala aku dan berlalu keluar. Nenek turut mengangguk kepala dan mengusap kepala aku. Aku senyum kepada nenek dan mengucapkan terima kasih. Nenek senyum lagi dan keluar mengikut ibu.

Sekarang aku berseorangan dalam bilik ini. Seminggu Erwan terpaksa tidur di bawah. Seminggu aku juga yang memiliki katil ini. Kesian dia. Aku berwajah sayu. Kemudian aku teringat. Wait Amy! Wake up! Jangan nak bersimpati sangat!

Aku mengemaskan beg Erwan. Lepas beg dia settle, aku mengemaskan beg aku pula. Kena juga balik walau apa pun yang berlaku.

***

“Puaslah hati kau? Aku kena ikut apa aje yang kau cakap! Aku kena buat apa yang kau tunjuk! Semuanya aku yang kena beralah! Kenapa dengan kau ni hah? Aku dah cakap kan? Lepaskan aku dan balik kepada Suraya? Kenapa kau degil sangat?”.

Aku menyerangnya apabila kereta Erwan sudah keluar daripada perkarangan rumah nenek. Aku melampiaskan rasa marah aku kepadanya. Waktu ini ajelah aku mampu luahkan. Aku rimas. Aku tak suka kena kongkong. Itu bukannya cara aku!

Erwan hanya mendiamkan diri dan membawa keretanya tanpa langsung memberi respon dengan apa yang aku cakap tadi. Aku mendengus dan menghentak dashboard keretanya. Tangan aku yang sakit aku tidak pedulikan.

Brek kereta Erwan tekan sekuatnya dan memberhentikan di tepi jalan. Dia menarik tangan aku dan dikucupnya perlahan. Tangan aku yang sakit menghentak dashboardnya.

“Sayang, tangan sayang okay? Luka tak? Lebam?” lepas itu dia menilik tangan aku. Aku tergamam dengan dia. Kenapa dia masih kisah tentang aku walaupun aku berkasar dengannya? Kenapa dia masih lagi mengambil berat tentang aku padahal aku memarahinya?

Aku merentap tanganku kembali. “Kenapa? Kenapa kau kisah tentang aku?”.

Dia kembali tenang. Pipi aku dielusnya lembut. “Sebab, sayang amat berharga bagi abang. Walaupun kereta abang rosak, abang tak akan peduli langsung. Tapi kalau tangan sayang sakit, ia umpama sakit itu beralih kepada abang. Abang tak boleh biarkan sayang disakiti lagi.”

Aku tergamam! Terus dadanya aku tumbuk berkali-kali. Kenyataannya tadi menyakitkan aku. Aku tak tahu tapi aku rasa sedih melihat dia sedih. Aku rasa macam nak menangis. Tolonglah Erwan! Apa yang kau dah buat pada aku?

Erwan hanya memandang tingkah aku. Langsung tidak memberhentikan aku yang sedang ganas menumbuknya. Dia hanya membiarkan aku melepaskan rasa sedih dan marah aku. Aku tak faham! Mamat ni hati batu atau aku yang keraskan hati?

Akhirnya aku yang berhenti sendiri. Kembali ke tempat asal dan melentokkan kepala ke tingkap kereta. Sambil itu aku merenung ke luar. Air mata sudah menitis lama. Aku tak tahu kenapa aku menangis hanya sebab mamat bodoh ini.

“Sekali sayang sakit, berganda-ganda abang rasa lukanya sayang.”

Erwan memandu kereta. Laju. Selaju tangisan aku yang menghujan. Erwan, aku benci kau! Aku benci kau! Kenapa kau? Kenapa kau sayang aku? Kenapa aku?

***

Aku tersedar. Aku toleh kiri. Toleh kanan. Aku sudah berbaring di atas katil. Aku bangun perlahan-lahan sambil cuba ingat apa yang berlaku. Aku toleh kiri lagi. Bilik air bercahaya. Mungkin Erwan sedang mandi.

Aku bangun daripada katil. Aku di mana? Aku memerhatikan bilik ini. Bilik kami. Aku lihat ada potret besar tergantung di dinding. Gambar Amilyn Maisara yang ayu berbaju pengantin dan Erwan yang kacak menyarung tuksedo hitam. Adakah ini gambar perkahwinan aku?

Aku masih menilik gambar itu hingga tidak sedar yang Erwan sudah berada di sisi aku. Aku terkejut dan hampir terjatuh. Erwan menyambut aku. Matanya yang redup itu memandang aku dengan pandangan yang sayu. Aku tahu.

“Selamat kembali ke rumah kita sayang. Abang akan buat sayang ingat balik tentang rumah ini. Rumah kita.”

Aku hanya diam dan tolak dia lembut. Tak mungkin aku akan tersentuh dengan kata-kata yang sememangnya dapat mencairkan jiwa perempuan aku. Aku tak boleh kalah.

“Ni, sebenarnya rumah siapa?”.

Dia senyum mempamerkan wajahnya yang kacak. Aku terkesima. Kacaknya dia! Ya Allah! Aku cuba mengalihkan pandangan aku. Aku kena wujudkan benteng ini. Perkahwinan ini.

“Rumah sayang.”

“Oh.”

Hanya itu sahaja yang mampu untuk aku balas. Aku tak tahu nak cakap apa lagi. Rasa kekok. Rasa tak selesa. Gelisah. Gelabah. Semuanya ada!

“Sayang, abang..”

“Aku tak nak dengar apa-apa lagi daripada kau Saiful Erwan. Sebulan yang dulu hinggalah kini, aku tak akan berhenti daripada membenci kau! Jangan kau ingat, hati aku akan buka sedikit pun untuk kau. Kau bukan hak aku. Kau hak Suraya. Dan aku juga akan tunaikan janji aku kepada Suraya. Aku akan kembalikan kau.”

Erwan jelas terkejut dengan ungkapan aku. Dia menunduk dan aku tak nampak bagaimana wajahnya selepas itu.

Prang!

Aku berundur dua tapak ke belakang. Tangan kanan Erwan menumbuk cermin meja solek dan membuatkannya pecah! Aku terduduk di birai katil. Aku nampak, tangan kanan Erwan berdarah. Mesti terkena kaca! Aku rasa serba salah pula.

“Pergi mandi.”

Aku tidak memberikan respon.

“Pergi mandi!” laungnya dan aku tersentak.

“Aku akan lupakan kau! Aku benci kau! Benci! Benci! Benci!” aku masuk ke dalam bilik air dan menghempas pintu. Tersandar di pintu dan menangis sepuasnya disitu. Sakitnya. Aku menekup mulut supaya Erwan tidak dapat mengesan yang aku sedang menangis.

***

I'm Sorry But I Love YouWhere stories live. Discover now