Chapter 13

12.3K 439 4
                                    

Aku naik ke tingkat 3. Mahu melihat sejauh mana minah gedik itu akan menggoda suami aku. Aku bersembunyi di dalam bilik Encik Daud, pengurus kewangan. Nasib baik Encik Daud bersetuju dengan cadangan aku. Mahu mengenakan minah seksi tu.

Rupanya ramai yang tak puas hati dengan Cik Bella Qistina tu. Fuh, nak sebut nama pun aku gelilah weh! Perempuan tu selalu sangat nak buat kecoh. Kata Cik Huda selaku pengurus import dan eksport syarikat ni, Bella selalu berdampingan dengan suami aku. Maknanya, kalau suami aku ke hulu dia pun ke hulu. Kalau ke hilir? Diikutkan sahaja. Naik meluat pulak aku dengar.

“Erwan, you nak apa-apa daripada I? Nak I tolong urutkan you?” suara gedik minah tu mengejutkan aku daripada lamunan. Aku mendengus. Abang Er mahu masuk ke dalam pejabatnya namun sentuhan Bella pada dada suami aku membuatkan Abang Er terkaku. Aku menahan geram.

“Er, tak apalah Bella. You tolong siapkan fail tadi. I nak secepat mungkin. Dato’ Lian dah bising dah tu. I tak nak disebabkan kelewatan kita, projek tu terlepas.”

Bella tersenyum manja. Dan aku? Hanya menahan sabar lagi. Tak apa Bella. Kau terima akibatnya selepas ini. Habis kena sembur dengan aku!

“Baik boss,” dia menjeling gedik. Euww! Aku mendengus lagi. Geramnya!

“By the way Bell, did you saw my lovely one?” soal Abang Er kepadanya. Aku tersenyum kecil. Ingat aku lagi rupanya. Ingatkan dah lupa terus.

“Your love? Could it be me?” Bella mendekat pada tubuh suami aku. Tangan Abang Er yang memegang tombol pintu, dicapai dan dikucup. Wow! Aku mula naik angin. Sabar Amy! Belum tiba masanya lagi!

“Bell, I rasa you tak patut buat macam ni. Orang lain nampak nanti macam mana? Lagipun I dah kahwin. Behave yourself Bell,” Abang Er menolak tangan Bella. Bella kelihatan marah namun dia senyum balik. Aku memeluk tubuh. Oh my! Kau memang hipokrit Bella!

“Alah you ni. Lelakikan boleh pasang empat. You pun mampukan? I boleh jadi girl you nombor dua. Bolehkan?”.

Aku mengusap dada. Ya Allah! Betapa murahnya perempuan ni.

“Puan.”

Aku berpaling. Encik Daud. Aku senyum.

“Bila puan nak mula? Saya tak sabar nak tengok muka perempuan tu lepas ni lepas dia tahu kebenaran,” Encik Daud tersengih. Aku mengangkat tangan. Menyuruhnya bersabar.

“Sabar dulu Encik Daud. Saya nak lihat macam mana suami saya tolak perempuan tu. Saya pun nak uji dia juga.”

“Puan ni, mesti nak uji kesetiaan dia kan? Tuan Erwan tu, dia sayang benar dengan puan.”

Aku terkebil. “Maksud?”.

Encik Daud tersenyum. “Seminggu sebelum puan bernikah dengan tuan, tuan datang ke pejabat sebab ada hal emergency. Masa tu pulak perempuan tu masih mahu menggoda suami puan. Suami puan melenting. Dia marah perempuan tu.”

Aku menganggukkan kepala. “Then?”.

“Satu office denngar puan. Tuan kata, dia akan menikahi seorang gadis yang amat tuan cintai. Kami macam tak percaya. Yelah, selama ini tuan mana pernah bercinta. Kami tak pernah lihat tuan dengan mana-mana perempuan. Last-last dapat tahu yang tuan akan berkahwin dengan pilihan hatinya.”

Aku terkedu. Memang betullah Abang Er sudah menyayangi aku sejak daripada kecil lagi. Aku terharu. Nasib cinta kami bersatu.

“Lagi satu puan. Awal-awal lagi tuan dah letak gambar puan dekat bilik tuan. Terpampang jelas. Dekat bilik mesyuarat pun ada. Tu yang kami dah kenal muka puan. Cuma si Bell ni tak nak tengok. Dia kata dia sakit hati dengan perempuan yang telah mencuri lelaki pujaannya. Sebab tu dia tak kenal puan,” Encik Daud tergelak. Aku turut sama menyumbangkan tawa.

I'm Sorry But I Love YouWhere stories live. Discover now