Chapter 6

17.1K 552 5
                                    

Malam itu aku tak tahu buat apa. Aku asyik memandang jam dan menilik jari yang penuh dengan ukiran inai yang dilukis oleh ibu. Ibu memang berbakat. Ibu pandai buat semua benda. Ibu pandai menyolek orang. Ibu terror buat barang hantaran. Majoriti semuanya dibuat oleh ibu. Mungkin tanpa ibu, majlis ini takkan berjalan dengan sempurna. 

"Amy, kenapa tak nak makan?" muncul Abang Er tiba-tiba. Oh mak kau cantik bom bom! Aku mengusap dada. Astagfirullah! Terkejut aku! Mamat ni memang cari pasal dengan akulah. Aku menjeling.

"Abang tak nampak ke? Perut Amy dah macam Fiona masa dia mengandung?" aku menepuk perutku. Dia dah terkebil-kebil.

"Siapa Fiona?" aku ternganga. Aik? Tak pernah tengok cerita Shrek ke apa? Aku menepuk dahi.

"Mummy angkat Amy," selamba aku menjawab soalannya. Oh abang. Tahu tak kau ni innocent?

"Sejak bila pulak Amy ada mummy angkat? Ibu  tak bagitahu abang apa-apapun," dia duduk disebelahku. Aku beralih sedikit. Tak nak dekat-dekat dengan dia. 

"Sejak Amy masuk tentera," aku mengambil laptop. Dah berhabuk dah karya aku ni. Bila lagi aku nak update kalau bukan sekarang? Beberapa bulan yang lepas aku terlalu sibuk dengan persiapan untuk majlis perkahwinanku dan sekarang.. I'm free! Aku menjerit dalam hati. Oh, senangnya dalam hati. Aku menyanyi. 

"Tentera? Macam-macamlah Amy ni." dia bangun dan menuju ke meja solek. Aku mencuri lihat. Si suami sedang mengambil tabnya. Nak buat apa? Mesej dengan Kak Suraya eh? Aku bangun dan mengintai daripada belakang. Mujur sahaja dia besar. Takadalah senang sangat kalau nak detect aku tengah skodeng dia. Aku tersenyum nakal.

"Hah! Intai orang!"

Gulp! Aku dah tertangkap! Dia tersengi melihat wajah kalutku. Aku buat muka selamba derk. 

"Manada. Abang perasan! Amy nak tengok cicak tu hah. Tadi dia panggil Amy. Mungkin dia nak wish good night dekat Amy kot," aku menarik nafas lega. Pandai kau cari alasan yang bodokan? Dan Abang Er pun gelak. 

"Hai Mr Lizard! My wife suka sangat cakap dengan you but you kena ingat. I suami dia so, jangan harap nak flirt dia okay?" dia memandang cicak. Kebetulan pula pada waktu itu ada seekor cicak sedang merayau di syiling. 

"Mr Lizard, abaikan apa yang husband I cakap okay? Dia sebenarnya cemburu tu," aku menyakatnya. Abang Er? Jealous? Simpang 44 lah Amy!

"Yup. I husband dia dan memang I jealous kalau ada orang flirt isteri I. Faham Mr Lizard?" dia mengenyitkan mata ke arahku. Merona merah wajahku menahan malu. Aduhai. Kalau nak goda aku pun beragaklah sikit Mr Husband oi! Aku berdeham.

"Pergi tidurlah abang! Dah malam!" aku menolak belakang tubuhnya. Memaksa dia masuk tidur. 

Dia mengeraskan badan. Tahulah tough! Badan berketul-ketul! Tapi janganla buli sang isteri yang kecil lagi comel plus cute dan menawan tertarik kau memang da boom!

"Nope. Abang ada kerjalah. Nak siapkan dulu baru boleh tidur. Boleh sweetheart?" dia mencuit hidung aku. Aku terjerit kecil.

"Abang ada kerja apa?" seperti dulu, aku akan mengambil berat akan dirinya. Setiap apa yang dia lakukan, dia WAJIB inform aku. Aku ni macam isteri diala dulu. Itu dulu. Sekarang ni memang dah sah jadi isteri pun. Ehem! Ehem!

"Abang kena siapkan laporan sayang. Your abah nak as soon as possible. Bila abang ada masa sayang oi? Dah enam bulan abang busy uruskan majlis kita. Adoi. Pening kepala," dia mengusutkan rambutnya. Aku senyum kecil. Perlahan-lahan tanganku mendarat dibahunya dan kupicit. Kesian kot tengok dia. Mesti dia letih gila.

Kami lena dalam keadaan ini. Aku gembira sebab dapat tolong ringankan beban sang suami. Tangannya memegang lenganku. Dia berdiri menghadap aku. Matanya memukauku. Aku bagaikan terpaku melihat matanya. Dia ada kuasa magik apa sampai aku tak boleh bergerak ni? Err.

"Sayang..." panggilnya. Dup dap! Dup dap! 

"Hurm?".

"Abang lega sangat sebab ada Amy sebagai isteri abang. Abang bersyukur sangat sebab dah jadi isteri abang. Kalau boleh, nak aje abang berlari satu dunia dan jerit..." aku menekup mulutnya. Teruklah kalau dia nak menjerit malam buta ini. Aku menunjukkan isyarat senyap. Nanti umi abah terjaga! Jangan kacau orang lain!

Dia mengangguk. Aku ketawa. Comel dia buat muka macam tu. Entah kenapa, tangannya menggatal berjalan ke pinggangku. Ahh! Kami berpelukan! Aku dah gelisah. Malu.

"Alolo. Comelnya isteri abang ini. Nak kiss sikit?" dia buat muka gatalnya. Aku menepuk dadanya. Suka sangat nakal-nakal.

"Tak boleh. Amy nak kiss Mr Lizard aje."

Dia muncung. "Aigoo. Bagitahu umi dengan abah yang sayang curang! Sayang tak sayang abang ke?" soalnya. 

Aku diam. Sayangkah aku? Cintakah aku kepadanya? Apabila dia melihat aku menunduk dan membisu, dia mengeluh hampa dan melepaskan aku. Aku dah terkesima. Janganlah merajuk! Aduhai.

Perlahan-lahan tubuhnya kurangkul ke dalam pelukan. Menghentikan langkahnya yang semakin jauh meninggalkanku. Aku menyembunyikan wajah di belakang badannya. Harum sungguh. Cair aku macam ni. Haha! Gelak hatiku nakal. Hati-hati hati, jangan jatuh hati pula nanti. Err? 

"Betul ke abang sayangkan Amy? Betul ke abang nak Amy jadi Mrs Saiful Erwan? Selamanya?" dia gelak bila aku menyebut 'Mrs Saiful Erwan'.

"Yup. Abang dah lama falling in love dengan sayang tau! Sejak daripada sayang kecil dulu. Ahh, sayang pendek dulu. Pendek parat bahu abang aje," dia mencuit hidungku. Secara tak langsung dia mencuit hati kecilku. Aku menjelirkan lidah. Pendek sangat ke aku dulu? Kira okay apa pendek. Comelkan?

"Janganlah cakap Amy pendek! Sekarang dah tinggi tau! Abang jangan terkejut,".

"Eleh, pendek juga. Kalau sayang nak kiss abang mesti kena tonjet kan?" bibirnya menguntum senyuman nakal. Aku mencubit lengannya. Merajuk!

"Alah, kalau nak kiss abang, Amy ambillah kerusi. Panjat kerusi. Kan senang? Buat susah je tonjet-tonjet. Ye, kita mengaku kita pendek," aku memalingkan tubuh. Merajuk! Merajuk! Dan terus merajuk! Hilai tawanya menusuk jiwaku.

Sekelip mata dia menarik aku dan bibir kami bercantum. Merona merah wajahku. Wargh! First kiss aku! Aku menekup mulutku sendiri. Habislah! Habislah! Dia ketawa lagi melihat reaksiku.

"Buat apa susah-susah ambil kerusi? Nak tonjet? Abang boleh rendahkan diri abang untuk sayang. Hanya untuk sweetheart abang ini," dia mengusap kepalaku. Seperti mengusap anak kecil sahaja. Aku menolak tangannya.

"Abang ingat Amy ni baby ke?" aku mencebik.

Dia geleng. "Amy wife abang. Bukan baby." Oh. Okay.

Dia menguap. Dan aku pasti dia berpura-pura mengantuk. Aku memeluk tubuh. Dia membuat isyarat mata, mengajak aku tidur. Nakalnya! Aku menutup lampu. 

"Yess!" kedengaran suaranya. Tanganku ditarik. Aduhai mamat ni. Bawak bersabar boleh tak? Aku ketawa bahagia. Langsung aku tak ingat tentang Kak Suraya yang mungkin akan patah hati. Dan juga 'dia' yang pasti masih menungguku. Pastikah aku?

Saiful Erwan berjaya mencuri hatiku. Nakal sungguh suamiku ini.

***

I'm Sorry But I Love YouWhere stories live. Discover now