Chapter 12

11.9K 422 5
                                    

"Saya minta maaf sangat-sangat tapi sukakan awak! Saya cintakan awak!" dia melangkah setapak ke hadapan. Mukaku sudah pucat. Takut jika mamat ini melebih. Aku pandang kiri. Aku toleh kanan. Dahra menyembunyikan aku di belakangnya. Aku sudah terkedu.

"Over my dead body Ri!" tegas Dahra. Aku dah menikus di belakang tubuh Dahra. Gadis ini bertindak untuk melindungi diriku. Aku terharu. 

"Kau siapa nak halang aku? Kau siapa aku cakap?" Shazri meninggikan nadanya. Aku lihat dia makin menghampir. Tiba-tiba Daim menumbuk pipi Shazri. Aku sudah menjerit.

"Kau jangan sesekali berani nak sakitkan hati adik aku. Walaupun dia tidak ada kena-mengena, tapi kau lepaskan amarah kau padanya. Aku takkan benarkan kau buat macam tu even you're my best buddy. Ara, send her home. I'll settle this problem with him. Just go," tenang Daim berkata. Tapi aku dapat tengok dadanya berombak. Mungkin Daim bengang adiknya diugut depan matanya.

Dahra menarik tanganku menuju ke tempat letak kereta. "Go Amy! You're in danger!".

Aku mengangguk. "Thanks Dahra. Selalu protect aku. Sayang kau," aku masuk ke dalam kereta. Enjin distart. 

"Amy!" Shazri berlari ke arah kami. Dahra cemas. "Go!".

Aku menekan pedal. Terus meluncur meninggalkan Dahra dan 'kenangan'ku disitu. Aku takkan sesekali jilat ludah aku balik Shazri. Aku ada orang yang aku sayang. Suami aku. Sesampai sahaja di rumah, aku terus memarkir kereta. Enjinku matikan. Tersandar lemah di kerusi. Apa yang patut aku buat? Dia dah kembali.

"Sayang?" terjengul Abang Er di muka pintu. Aku keluar dan terus memeluknya. Menangis teresak didadanya. Aku tak tahu kenapa aku rasa sedih sangat. Aku perlukan seseorang untuk meluahkan perasaanku. Abang Er yang terkejut melihat aku yang berkeadaan sakai hanya mengusap tubuhku.

"Kenapa?" soalnya lembut. Aku memeluknya lagi erat.

"I found him. I meet him. Accidently, I don't know."

Abang Er terkedu. Dia memelukku erat. Mungkin takut aku terluka lagi. Aku menangis. Luka yang berparut, kini terluka lagi.

***

Kring.. Kring.. 

Aku terjaga. Aku melihat jam. 12.46 minit pagi. Aku yang mamai hanya mengangkat.

"Helo? Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam. Amy..".

Terus mataku segar. Suara ni. Aku telan liur. Abang Er yang sedang nyenyak ku kejutkan perlahan. Tak nak Shazri dengar. Aku takut. Shazri ni dah macam orang psiko!

"Kenapa sayang?" soalnya sambil menggosok mata. Aku mengunjukkan telefon.

"Helo?".

"Kau nak apa lagi? Kau sendiri dah ludah dia, buat apa lagi kau nak jilat balik? Aku siapa? Aku suami dia. Pahal, kau tak puas hati? Sekali kau usik isteri aku, aku kerat kau. Faham?" Abang Er mematikan talian. Aku dah menggigil.

"Sayang takut," aku menunjukkan tanganku. Sejuk weyh!

 Abang Er tersenyum. Tubuhku dibawa hampir dengannya. Memelukku erat. 

"Bagitahu abang kalau dia kacau sayang lagi okay? I'll kill him."

***

"Sayang, abang nak pergi kerja dah."

Aku yang sedang membasuh pinggan, memandang pada Abang Er yang sibuk membetulkan tainya. Aku mengelap tangan dan menghampirinya. Tainya ku betulkan. Kolar bajunya ku rapikan. Bila aku mendongak, dia sedang memerhatikan tingkahku.

"Beritahu abang kalau dia kacau sweetheart abang ni. Abang akan segera balik," dia mengusap pipiku. Aku hanya mengangguk. "Perlu ke abang pergi kerja?" soalku lurus.

"Kerja abang dah berlambak dekat office tu. Abah pun dah berleter. Sepatutnya abah kena tahu yang pengantin baru nak rehat lama-lama." Wajahku merah.

"Nak ikut boleh?".

 Abang Er ketawa kecil.

"Sayang sure ke ni? Hurm?" dia mendekatkan wajah kami.

Aku mengangguk penuh yakin. Nak sangat ikut dia! Buatnya si Shazri pecah masuk rumah ni tak ke aku jugak yang susah nanti? Aku membuat muka comel.

"Alolo. Baik. Baik. Sayang boleh ikut."

"Yeahh!" aku melompat sedikit. Seronok kot.

Abang Er tersenyum melihat perilaku aku yang macam budak-budak.

"Dengan satu syarat," dia sudah tersengih. Aku mengerutkan dahi. "Syarat apa pulak?."

"Kiss abang kiri kanan dan depan. Boleh?" dia tersenyum gatal. Aku memuncung mulut. Boleh pulak dia main-main! Aku mencubit perutnya. "Sayang!".

Aku berpaling. "Sayang nak tukar baju kejap. Abang jangan pergi mana-mana tau! Sayang nak ikut sekali. Okay dear?" aku menuju ke bilik. Dia mengekor.

"Nak tengok boleh?".

"Abang!" aku cepat-cepat masuk dan mengunci pintu. Takut kot kalau dia buat macam-macam. Nanti abah salahkan aku pulak. Sebabkan aku dia lambat pergi kerja. Terdengar hilai tawanya di luar pintu.

"Cepat sikit sayang! Kang lambat abang tinggal!".

"Abang! Tunggulah!".

***

Aku mula menjejakkan kaki ke FA Company. Aku merayau di sekitar tingkat satu. Office Abang Er di tingkat tiga. Kejap lagi aku naik sebab aku nak travel satu company ni. Gaya dalaman dia sangat cantik! Aku tertanya-tanya, siapa yang reka dalaman syarikat abah ni.

"Cik, cik buat apa dekat sini?" tegur satu suara. Aku menoleh.

Seorang perempuan. Berkemeja pink dan skirt parat peha. Cantik tapi seksa. Aku mengeluh. Zaman sekarang.

"Saya sengaja aje jalan-jalan. Nak tengok persekitaran. Err, kenapa ea cik?".

Perempuan ini bercekak pinggang. Menunjukkan wajahnya yang tegang. Nampak sangat dia tak suka aku berjalan sesuka hati. Eh! Biarlah! Company laki aku ni. Hatiku berbisik geram.

"Maaf ya cik. Yang bukan kakitangan tidak boleh berada di sini. Kami ada polisi kami. Maaf. Sila keluar cik atau saya panggil security," arah si perempuan. Aku mengerdipkan mataku. Apahal pulak minah ni? Memandai je nak arah isteri CEO FA Company ni! Aku mendengus.

"Who are you?" soalku.

"Siapa saya bukan soalnya. Sekarang saya minta awak keluar daripada syarikat ini. Sekarang!" si perempuan mula menaikkan nadanya. Tangannya memegang telefon. Mahu menelefon security agaknya! Nak halau akulah tu!

"Kenapa saya kena keluar pulak?" soalku lagi. Sengaja mahu awek depan aku ni panas.

"Kau tak paham bahas eh perempuan? Aku cakap keluar, keluarlah!".

Aku mendengus. "Fine!" kakiku atur ke untuk keluar. Si perempuan tu sudah tersenyum sinis. Suka kot bila aku kalah dengan dia.

Si penyambut tetamu sudah cemas. Aku melangkah ke arahnya. "Awak jangan bagitahu suami saya. Awak pun tak perlu risau. Saya tak sentap pun. Cuma saya nak tahu, siapa minah tu?".

Elisa mengangguk takut. "Dia.. err dia.. setiausaha suami puan."

Aku membeliakkan mata. "Apa? Oh my! Memang nak kena agaknya dia ni!" dengusku. Setiausaha bukan main seksi lagi.

"Maaf ya puan. Bell memang macam tu. Dia diva dekat sini. Urm, dia sebenarnya.. err.." aku menjongketkan kening kanan.

"Dia apa?".

"Dia, suka Tuan Erwan. Banyak kali jugalah dia try tackle suami puan tu. Tapi itu sebelum puan dan Tuan Erwan berkahwin. Tak tahu pulak sekarang macam mana. Dan saya rasa dia tak kenal puan kot," agak si Elisa. Aku mengangguk. Terkejut kot bila dengar suami aku kena usha dengan minah lawa.

"Saya ada plan. Tapi awak tolong senyap ea?" aku mengenyitkan mata. Elisa tertawa. Elisa ni peramah betullah. Aku suka. Senang nak buat kawan.

"Apa lagi ni? Elisa! Buat kerja kau tu. Hei perempuan! Keluar! Kan aku dah halau tadi?" aku menahan geram. Kejap lagi kau kenalah dengan aku perempuan! Aku melangkah keluar. Sempat aku mengenyitkan mata pada Elisa lagi.

***

I'm Sorry But I Love YouWhere stories live. Discover now