Chapter 15

12.2K 410 8
                                    

“Kepalanya terhentak kuat. Membuatkan dia hilang ingatan. Amnesia retrograde. Amnesia retrograde adalah hilangnya ingatan atau bahagian dari ingatan sebelum waktu tertentu. Amnesia jenis ini umumnya berhubungan dengan gegaran pada otak, yang mana penderitanya sukar mengingati perkara yang terjadi sebelum terjadinya kecelakaan. Amnesia retrograde juga tidak mampu mengingati perkara yang menyebabkan terjadinya kecelakaan atau informasi lainnya jauh sebelum terjadinya kecelakaan.”

Penuh sabar Erwan mendengar keterangan daripada Doktor Mila. Dia terkedu. Tak tahu nak buat apa. Kesayangannya kemalangan. Hanya disebabkan Maggie, isterinya kemalangan.

“But doktor, dia boleh ingat semula? Amnesia dia akan sembuh?” Erwan bertanya. Dia mahukan cintanya kembali. Dia mahukan isterinya yang dulu. Isteri yang mengenalinya.

Doktor Mila mengeluh. “Bergantung. Puan Amy kena menjalani beberapa terapi. Jika terapi itu berjaya, Insyallah peratus untuk ingat semula adalah tinggi. Namun sokongan orang yang tercinta juga amat penting. Puan Amy tidak boleh berusaha seorang diri. Harus ada yang memegang tangannya.”

Erwan mengangguk. “Terima kasih doktor. Saya ke surau dulu. Mahu solat. Ada perkembangan inform saya doktor,” Doktor Mila tersenyum.

“Be tough Encik Erwan. Kes macam ni, sokongan suami adalah penting. Baiklah. Saya mahu periksa isteri encik sebentar.”

Erwan berjalan perlahan ke surau hospital. Sungguh dia sedih. Dia sudah kehilangan isteri. Erwan meraup wajahnya. Ya Tuhan, ujian yang kau lemparkan padaku, sungguh berat. Bagaimana harus aku tempohinya? Aku tidak kuat. Aku tidak mampu.

Erwan mengambil wuduk. Dibasahkan wajahnya. Ya, dia tenang. Sungguh tenang. Dia mengambil tempat dan mengangkat takbir. Erwan mengerjakan solat Subuh dan solat Hajat.

“Ya Allah ya Tuhanku. Aku hanyalah manusia biasa yang takut dengan NerakaMu tetapi aku tidak layak untuk mendapat tempat di dalam SyurgaMu. Ya Allah, jika ini yang tersurat aku redha. Berikanlah aku kesabaran dan ketabahan. Aku takut aku tak mampu untuk memimpin tangannya.”

“Erwan?”.

Erwan mengaminkan doanya. Dia berpaling. Abang Saa’.

“Kau okay tak ni dik?” bahu adiknya dipeluk. Erwan tersenyum lemah.

“Kau tengok aku macam mana?” soalan berbalas soalan. Abang Saa’ tersengih. Tetapi sekejap sahaja.

“Aku simpati dengan kau adik. Tak sampai seminggu kau berkahwin, macam ni jadinya. Kalau aku, aku tak pasti jika aku kuat dik. Aku tak kuat macam kau. Kau hilang dia sembilan tahun. Bila jumpa balik, jadi macam ni.”

Erwan diam.

“Kau tabah dik. Aku sebagai abang kau, terpegun tengok kau. Kau sengsara kerana rindu kau pada Amy, namun kau tak pernah lupa Dia. Tapi sekarang, aku harap kau punya semangat tidak hilang,” Abang Saa’ mengambil duduknya disisi Erwan.

“Bang, aku redha kalau Allah titipan ujian ini kepada aku. Kita sebagai hambaNya. Tapi, kalau kau suruh aku kuat, aku rasa semangat aku makin nipis. Aku rasa tak kuat.”

“Dik, aku ada dengan kau. Dekat sini. Umi dan abah juga ada. Aku akan sokong kau. Pasal ingatan Amy, kita akan tolong. Apa Doktor Mila cakap tadi? Sokongan orang disekelilingnya adalah amat penting,” Abang Saa’ mendongak. Merenung syiling surau. Keadaan surau adalah sangat hening.

Erwan hanya mendiamkan dirinya. Abang Saa’ menepuk bahu adik lelakinya. “Aku nak sembahyang kejap. Baik kau teman isteri kau tu. Masa aku nak ke sini, isteri kau dah sedar.”

Erwan terus berdiri. “Baiklah. Thanks support aku, abang,” Erwan tersenyum. “No hal lah bro.”

Erwan keluar daripada surau menuju ke bilik isterinya. Umi dan abah juga ibu dan ayah sudah pulang ke rumah. Tinggal dia dan Abang Saa’ sahaja untuk menemani Amilyn.

Pintu ditolak. Kelihatan Amilyn sedang termenung. Erwan menarik nafas sebelum mengukir senyum. Dia kena kuat. Dia harus kuat.

“Sayang...” Amilyn memandangnya. Senyuman kecil terbit di wajah mulus isterinya. Erwan terpesona seketika.

“A.. awak. Kenapa awak tak balik rumah?” suara isterinya menerpa gegendang telinga. Dia sedikit hampa apabila Amilyn menukar panggilan mereka.

“Abang teman sayang. Sayangkan sakit. Sayangkan isteri abang,” Erwan mengusap pipi Amilyn. Amilyn menepis lembut membuatkan Erwan tergamam.

“Awak baliklah. Kesian awak. Penat aje. Saya tak apa-apa. Awak janganlah risau.”

Erwan mengambil duduknya di kerusi yang disediakan.

“Leave you alone sweetheart? Never. Abang akan teman sayang sampai sayang pulih. Abang akan berada disisi sayang dan bimbing sayang. Abang akan buat sayang ingat balik kenangan manis kita bersama.”

Amilyn mendengus. “Suka hati awaklah. Saya malas nak cakap. Ikut kepala awak aje. Kalau awak sakit, saya yang tambah susah tau. Saya yang sakit ni, kena jaga awak pulak. Sudahlah, saya nak tidur. Pening,” Amilyn mengiring ke kanan, membelakangi suaminya.

Erwan terkedu dengan perubahan Amilyn. Isterinya tidak pernah meninggikan suara kepada Erwa. Tidak pernah merungut tentangnya. Erwan sedih namun ditepis perasaan itu. Dia bangun menuju ke tubuh isterinya.

Kepala Amilyn dipicit perlahan. Membuatkan Amilyn terkejut. Dia terbuai tetapi entah kenapa sentuhan itu membuatkannya benci. Sakit hati. Ditepis lagi tangan suaminya.

“I don’t need you. Leave me alone.”

Erwan tersentak lagi. Benar. Isterinya sudah berubah. Kenapa sayang? Kenapa sayang berubah? Kenapa?

“Baiklah. Abang tidur di sofa ya? Selamat malam,” Erwan berura-ura mahu mengucup dahi Amilyn tetapi bila dikenangkan tepisan isterinya tadi, Erwan mengeluh. Dia pergi ke sofa dan berbaring di situ.

Suasana menjadi hening. Erwan dengan rasa terkilannya dan Amilyn dengan perubahannya. Beberapa minit selepas itu, Erwan masih gagal untuk memejamkan matanya. Dia bangun dan menuju kembali kepada isterinya.

“Sayang dah tidur. Comel,” dia mengusap kepala Amilyn yang berbalut.

“Tapi sayang, sayang abang pada Amy, tak akan berubah walaupun Amy tak ingat abang, abang akan sentiasa pandu sayang untuk ingat kembali masa silam kita. Masa silam sayang.”

Erwan tersenyum kecil. “How adorable aren’t you?”.

“Abang ingat, nak ajak sayang honeymoon lusa. Tapi sayang sakit, abang tak boleh buat apalah. Maaf sayang, sebab lambat bagi honeymoon terindah buat kita. Abang lebihkan kerja daripada sayang. Sepatutnya, selepas kita akad tu, abang dah bawak sayang honeymoon. Kalau kita pergi, mesti tak jadi macam ni kan?”.

Erwan berkata seorang diri. Dia masih asyik dengan buaiannya kepada Amilyn. Seolah Amilyn mendengarinya. Dia tertawa kecil.

“I’m sorry sayang. But I love you so much. Abang akan setia dengan sayang. Abang akan bersama sayang sampai sayang ingat balik, siapa abang. Siapa keluarga sayang. Dan dimana cinta kita berdua.”

Sang suami sudah mengeluh. Andainya Amilyn yang dulu, pasti dia akan yang akan memujukku. Aku ni dahlah tak pandai pujuk.

“Tak apalah sayang. Abang nak tidur dulu. Walaupun sayang tolak abang, sayang tak boleh tolak kenyataan yang sayang adalah kesayangan abang. My love.”

Dahi isterinya dikucup. Tanpa sedar Erwan, air matanya menitik jatuh di pipi Amilyn. “Maafkan abang sayang tapi abang sayangkan sayang. Sangat-sangat. Semalam malam my sweetheart,” Erwan berlalu ke sofa dan memejam mata.

Mata Amilyn terbuka selepas Erwan sudah pergi. Dia mengelap air mata Erwan. Secara tidak langsung air matanya pula yang menitik. “Kenapa aku gagal mengingatinya? Kenapa?”.

***

I'm Sorry But I Love YouWhere stories live. Discover now