Chapter 24

9.6K 336 4
                                    

Malam menjelang tiba. Daripada petang tadi aku tidak keluar daripada bilik. Bukan bilik kami, bilik aku. Aku ambil keputusan untuk berpindah bilik. Aku tak sanggup nak tidur sebilik dengan Erwan setelah berlakunya kejadian tadi.

Aku memandang pintu. Berharap dia akan mengetuk. Berharap lagi dia akan memujuk aku. Akhirnya aku mengeluh sendirian. Aku tahu aku sudah berubah sedikit. Semuanya kerana Erwan. Mungkinkah aku sayangkannya? Tak mungkin. Aku bencikan dia. Itu aku pasti!

Mata aku tertacap pada sebuah kotak. Kelihatan sangat lama. Aku pun tak pasti apakah itu tapi aku rasa macam barang aku. Aku melutut dan menarik kotak itu mendekati aku. Berhabuk! Aku terbatuk kecil. Haish. Aku membersihkan sedikit demi sedikit. Hurm?

Ada tiga novel, teddy bear kecil dan beberapa helai kertas yang dilipat-lipat. Kening aku terangkat apabila melihat semua benda ini. Aku mencapai novel. ‘One Day You’ll Be Mine’ yang ditulis oleh Inawza Yusof. Aku membuka helaian pertama. Ada nota.

Adik abang yang comel,

Abang hadiahkan novel ini untuk adik. Suka tak? Abang tahu adik suka baca novel. Sebab itu abang beli novel ini untuk adik. Entah kenapa abang suka tajuk dia. One Day You’ll Be Mine? Haha.

Sebenarnya abang ada dapat mimpi. Er, mimpi tu, adik jadi..

Tak apalah. Abang ada hal ini. Adik baca tau! Apa-apapun adik, Happy Birthday! Abang sayang sangat dekat adik abang yang comel ini. Beruntung abang ada adik. Bye bye adik. Muahh :*

From : Abang Saiful Erwan ^^

 

Saat aku membaca nota itu, aku terkedu sendiri. Ini mesti masa aku remaja dulu. Novel ini pun kelihatan sangat usang. Aku membelek lagi sampailah muka surat yang terakhir. Tulisan seseorang. Aku rasa ini, tulisan aku.

‘Abang, kalaulah abang tahu, adik sayang abang lebih daripada abang angkat. Tapi adik tak boleh miliki abang. Maaf. Tolong, adik harap jangan bagi harapan dekat adik. Adik merayu.’

 

Aku meletakkan kembali novel itu. Dicapainya pula teddy bear yang sememangnya berhabuk. Aku meniup perlahan sambil mengusapnya lembut. Aku merenung teddy bear ini. Di lehernya ada rantai. Aku menarik supaya aku dapat melihatnya dengan lebih jelas.

Miwan. Aku menjadi hairan. Akukah yang memberikan nama ini kepada teddy bear ini? Aku mengalihkan pandangan dan tangan aku menggapai kertas-kertas yang sudah renyuk.

09.12.1989

Dear Diary,

Today, aku dating dengan abang. Bestnya! Tapi aku kesian dengan abang. Abang senyum tapi aku tahu senyuman dia tak ikhlas. Maksud aku, yelah. Abangkan baru aje clash dengan awek dia. Hish! Tak patut betullah! Kalau aku jumpa minachi ni, aku tembak dia dekat kepala!

Dia pun ada hadiahkan something untuk aku. See? Teddy bear and novel! Yahoo! Bestnyaaaa! Tapi, dia ada bagi nota. Aku, tak tahu nak cakap macam mana. But still, aku tak suka diberi harapan palsu. Semuanya fake!

Miwan. Comelkan nama ni? Mi untuk nama aku, aMIlyn dan Wan untuk erWAN. So teddy, I’ll call you Miwan. Comell!!

 

Saat aku membaca apa yang terkandung di kertas itu aku dapat rasa kesedihan aku waktu itu. Aku waktu itu, sangat naif. Tak tahu apa-apa langsung. Kesiannya aku dulu. Berharap cintanya terbalas oleh abang angkatnya sendiri. Betapa bodohnya aku dulu. Tapi, dulu aku budak-budak. Dan masa tu juga, aku tak matang.

04.03.1990

Dear Diary,

Guess what? Abang Erwan dah couple balik dengan awek dia! Diorang getback! Yeahh! Haha. Tapi, kenapa aku kena rasa sedih? Kenapa aku kena menangis? Kenapa air mata aku jatuh?

Hari ini juga, Abang langsung tak telefon aku. Tak SMS aku. Gembiranya dia sampai aku yang selalu disisinya pun dia lupa. Tak akan nak bertanya khabar tentang aku pun dia tak nak? Sekurangnya, balaslah mesej aku.

Tak apa Amy. Smile! Biarkan sahaja abang kau gembira. Janganlah sedih. Nak bagi semangat dekat diri sendiri dan akhirnya aku juga yang menangis. Ahh, bodohnya aku dalam bercinta! Sampai abang angkat sendiri pun aku terjatuh sayang?

 

18.03.1990

Diary,

Aku tak tahan! Aku tak boleh tahan perasaan ini! Rasa sakit melihat abang bahagia dengan aweknya! Argh! Aku kena buat sesuatu. Abang. Maafkan adik, adik kena pergi jauh daripada hidup abang.

 

Aku tersandar lemah. Serta-merta tubuh aku menjadi lemah. Kepala aku juga mula pusing. Peningnya. Aku cuba mengurut dahi aku. Tak memberi kesan langsung. Akhirnya aku merebahkan diri ke lantai. Miwan, teddy bear itu aku capai dan aku peluk.

“Macam mana aku boleh jatuh cinta dengan abang angkat aku? Haha, bodohnya aku! Abang? Cinta?” aku ketawa. Mentertawakan diri sendiri yang bodoh mencintai abang angkatnya sendiri. Lepas itu, tawa aku mati. Air mata pula yang menggantikan tawa aku. Aku senyum tetapi aku menangis.

“Argh! Saiful Erwan! Aku benci kau! Benci kau!” Miwan aku baling ke dinding dan terlontar kembali ke sisi aku. Aku menekup muka dan terusan menangis. Tersedu sendirian.

***

Erwan mendekatkan telinga di pintu bilik isterinya. Malang sekali, segala pakaian Amilyn sudah dipindahkan ke bilik lagi satu. Nampaknya Amilyn memang tidak mahu tidur sebilik dengannya. Erwan mengeluh.

“Argh! Saiful Erwan! Aku benci kau! Benci kau!”.

Erwan terkesima. Akhirnya dia tersandar di pintu bilik isterinya. Sayup-sayup dia mendengar tangisan dan sedu isterinya daripada luar bilik. Tangan dibawa ke dada. Mencengkam dada. Bukan dia sakit dada, hanya hatinya yang terluka.

Erwan menyeluk telefon bimbit dan di tekan berkali-kali. Gambar isterinya sewaktu pernikahan mereka terpapar megah di skrin telefonnya. Erwan tersenyum kecil.

“Sayang, abang rindukan sayang. Abang rindu isteri abang yang abang kenal.”

Air matanya jatuh mengenangkan sikap Amilyn yang sekarang. Sedih dan kecewa menghurungi jiwanya. Mana taknya. Isteri sendiri sudah membenci suaminya. Ada pula komplot untuk memulangkannya kembali kepada Suraya. Hati lelaki mana yang tak kecewa apabila mendengar sang isteri asyik mengutarakan kata-kata yang mampu menghiris hatinya?

Lelaki mana yang tidak sedih apabila wanita kesayangannya berubah?

Erwan bangun dan masuk ke dalam biliknya. Terbaring lemah di atas katil. Bantal yang selalu digunakan oleh Amilyn dicapai dan dipeluk erat membawa ke dadanya. Menangisi si isteri yang sudah meninggalkannya.

“Sayang, semuanya salah abang. Abang tak jaga sayang betul-betul. Maafkan abang sayang. Maafkan abang!” Erwan mengenggam erat bantal itu. Haruman Amilyn masih ada disitu dan membuatkan Erwan semakin rindu akan isterinya.

“Ya Allah. Adakah ini ujian yang diberikan untukku? Aku.. aku tak kuat.”

Erwan tidur dengan mata yang belum kering dek menangis kerana merindui Amilyn Maisara, isterinya yang dulu.

***

I'm Sorry But I Love YouDove le storie prendono vita. Scoprilo ora