Chapter 4

17.1K 611 2
                                    

Sejak bila pula mamat ni minat novel? Aku perhatikan sahaja perilaku abang yang asyik membelek. Satu novel aku capai. Suamiku Pemalu! Aku tersenyum. Kalaulah aku ada suami yang macam tu, confirm taubat! Haha. Kejamnya kau Amy! Aku merayau ke rak novel yang lain. Banyak sangat novel best-best. Rambang mata ni. 

"Amy tak nak beli novel ke?" tanyanya. Di tangan Abang Er dah ada dua novel. Eh? Aku rasa macam tak percaya aje. Sejak bila pula jadi hobi abang ni?

"Tak apalah abang. Amy tak cukup bajet," aku mengangkat dua jari. Tergeleng dia melihat peace yang aku buat. Aku buat-buat tak nampak.

"Amy belilah satu. Abang belanja," pujuk abang. Aku dah telan liur. "Tak payahlah. Amy tak nak berhutang dengan abang. Nanti abang tuntut balik balasan daripada Amy. Macam Amy tak kenal abang tu," bibirku muncungkan. Dah macam itik tergedek-gedek nak balik rumah. Bila masa aku tahu rupa itik? Aku terkebil seorang diri.

Abang Er sengih. "Okay. I'm done. Teman abang bayar jom?" aku angguk dan follow dia daripada belakang. Mata asyik melilau memerhatikan sekitar kedai. Ramai orang. Menyesal pulak tak bawak duit banyak-banyak tadi. Ni semua abang punya pasallah. Disebabkan abang, aku terkocoh-kocoh sampai terlupa nak ambil dompet besar. Dompet kecil ada aje dapat handbag. Aku memang macam ni. Suka mengasingkan duit besar dan duit kecil. Senang. Tapi kalau dah keadaan gawat macam tadi, susah juga.

"So, bila kita boleh bincang?" soalku ketika sedang menemaninya beratur. Dia menunduk. Yelah. Aku pendek. Dia tinggi.

"After this..." aku lega. Finally! Boleh berbincang. "Okay."

"Tengok wayang."

Membulat mataku. What? Tengok wayang? Aku mendengus. Sampai bila pun aku tak dapat nak bincang pasal perkahwinan yang bakal terjadi nanti. Aku berjalan keluar daripada popular. Malas nak tunggu. Aku duduk di bangku dan bersandar. Bila hari ini akan tamat? Sumpah aku rimas.

Tiba-tiba mataku terpandang 'seseorang'. Aku menggosok mata dan melihat kembali. Eh? Dia? Mamat tu tengah berdiri sambil membaca buku. Tak lenguh ke baca sambil diri? Dah lama aku tak nampak dia. Tapi kenapa dia muncul balik dalam hidupku? Kenapa bukan dulu waktu aku di sekolah menengah? Aku mengeluh. Telefon kugapai dan menghantar sms kepada Hada.

I saw him. Wow, he's look very smart. Tapi perkara yang lama jangan dikenangkan? Wish me tough Hada :'( 

Aku meletakkan handphone di peha. Sambil-sambil tu aku mencuri lihat dia. Amy, stop staring at him. Vibrate daripada telefon menghentikan perbuatanku. Hada reply.

Oh sweetheart. Kau buat dunno je. Dia patut menyesal sebab tak terima kau. Takkan kau masih simpan rasa pada dia? :O

Aku terdiam. Masih sayangkah aku kepadanya? Aku rasa baik aku sayang Pak Dollah jiran sebelah daripada fall in love dengan dia.

Entah. Aku tak tahu.

"Amy."

Aku dongak.

"Text siapa?" tanya abang. Di tangannya ada memegang plastik popular. Dah selesailah tu. "Kawan."

Dia mengangguk. "Jom?" aku berdiri dan mengikut dia. Dia kata tadi pergi tengok wayang. Serius ke? Ahh, malasnya.

"Abang, boleh tak kita tak payah tengok wayang? Amy nak balik."

"Kata nak bincang?" aku terdiam. Apa ke sengal mamat ni? Haih, menaikkan darah aku ajelah. Hada hantar mesej lagilah.

Admit it girl. Kau masih sayangkan dia. Mana kau nak letak Abang Er kau yang handsome tu?

Minah ni betullah. 

"Abang, Amy betul-betul nak bincang dengan abang. Amy serius. Abang jangan nak main-main lagi boleh tak?" aku dah mula hangin. Aku kalau orang main-main masa aku serius memang aku bengang. Dengan aku kalau nak bergurau boleh, tapi time aku serius, please be serius too.

Abang Er berhenti melangkah. Memberikan renungan maut. Aku dah kecut.

"The wedding will never stop. And that the end of our discussion," Abang Er kembali melangkah. Aku mengejar dan menarik tangannya. Wow. Kau ingat aku akan setuju ke kalau Kak Su menangis tengok kita berdua bersanding?

"Amy takkan terima abang! And that a full stop!".

"Kenapa?" tanyanya. Aku menahan debar dihati. Ya Tuhan, susahnya aku nak cakap dengan mamat ni. Huish.

"Sebab dalam hati abang hanya ada Kak Su! Kak Suraya! Kak Suraya and Kak Suraya!" aku menghentak dadanya beberapa kali dan laju meninggalkan dia. Wow, aku menangis! Kenapa pulak turun time ni? Susah betullah cakap dengan manusia ni. Baik cakap dengan kucing. Kucing pun faham apa yang kita rasa.

Aku duduk di sebuah bangku. Berseorangan lebih baik rasanya. Air yang turun aku hapuskan. Malu kalau ada orang nampak. Aku mengangkat muka dan ternampak.. Him! Dia dengan seorang perempuan. Mesra memang mesra but who is she? Ahh Amy! Sempat lagi kau busybody pasal dia? Hal kau pun tak settle lagi. Mengingatkan itu aku mengeluh. Haih. Bila nak settle?

"Amy, it's not about her. It's about you, me and the wedding."

Suara itu mematikan rasaku untuk men'stalk' dia lagi. Aku tengok abang tercungap-cungap. Mungkin penat kejar aku kot. Atau aku menghentak dada dia. Mesti dia sakitkan? Ah, lantak sama dia!

"Kenapa cari Amy? Kenapa kena teruskan juga perkahwinan ni? Are you nut? Abang cinta separuh mati dekat Kak Su and after nine years datang dekat Amy dan cakap. Amy, will you marry me? As easy as ABC? Sorry naik lorilah abang. Amy takkan rampas hati orang yang sudah dimiliki," tegas aku berkata. Malas nak cakap lembut-lembut. Cakap lembut kang bukannya dia setuju.

"Amy, abang sayangkan Amy," wajahnya keruh. Aku mendengus.

"As your little sister I guess. Hantar Amy balik. Amy penat."

Dia diam. Tapi akur. Aku tahu. Walau macam mana pun aku membentak tidak setuju, abang tetap nak perkahwinan ini di teruskan juga. Aku mengeluh. Dalam diam aku memandang wajah Abang Er. Kenapa abang buat macam ni? Ke manakah bidadari yang abang sayang tu? Kenapa Amy yang abang pilih?

"Why me?" tanpa sedar aku tertanya dia. Alamak mulut ni! Main lepas je!

Abang toleh. Sambil tu dia mencari kunci kereta dalam poket,

"Amy angel abang. Abang tak boleh lepaskan Amy macam tu aje," aku mendengus dalam hati. Eleh. Angel konon. Dulu bukan main lagi. Sayang mati dekat Kak Su. Setia hujung nyawa lah. Eh? Cerita favourite! Aku mengetuk kepala. Fokus Amy! Fokus!

Bila dah sampai dekat kereta, abang memandangku. Aku angkat kening. Kenapa? 

"I can't run away from you. Please, let me be your husband. Abang sayangkan Amy," aku terkelu. 

***

I'm Sorry But I Love YouWhere stories live. Discover now