Chapter 17

10.8K 342 1
                                    

“Aku, Suraya Aleeya. Musuh yang abang ipar kau katakan,” Suraya menjeling Abang Saa’. Abang Saa’ hanya berdecit marah. Aku sudah tersenyum puas.

“Bagus. Kau menyenangkan kerja aku. Terima kasih sebab datang pada aku tanpa perlu aku mencari kau. Nanti jadi kerja pulak,” aku mengeluh puas. Akhirnya, aku akan terlepas daripada cengkaman Saiful Erwan, lelaki yang dikatakan suami aku.

Suraya tersenyum sinis. “Kau ni, adik angkat dia kan?”.

Aku sudah mengerutkan dahi. Jari telunjuk berada di kepala. “Maaf cik. Kepala aku sakit. Hilang ingatan. Siapa kau pun aku tak tahu apatah lagi masa silam aku.”

Suraya mengangguk. Abang Saa’ berdiri.

“Aku nak cari Erwan. Ingat Amy, jangan menyesal dengan keputusan kau.”

“Jangan risau. Aku tak akan,” aku berkata sinis. Abang Saa’ menendang pintu sebelum beredar keluar. Fokusku kini pada Suraya, yang dikatakan adalah musuh utama aku.

“Kau tak nak Erwan?”.

“Kau nak Erwan?” soalan dia aku balas soalan daripada aku. Dia tersenyum lebar.

“Aku bekas kekasih dia. Disebabkan kau, dia minta clash dengan aku dulu.”

Aku hanya mendengar. “Boleh kau ceritakan semuanya pada aku?”.

Suraya tersenyum. “Aku musuh kau, tapi kau layan macam kawan. I’m impress.”

“Aku tak ingat siapa kau, remember? Lagipun aku nak dengar juga kisah dulu aku daripada kau. Boleh juga aku korek perasaan kau masa kau kena tinggal dengan suami aku tu,” Suraya menjeling aku. Aku ketawa kecil. Marahlah tu.

“Dulu, kau dengan Saiful Erwan berangkat. Tak silap, kau baru form three. Aku dengan bakal suami aku tu sebaya.”

Aku tersenyum sinis lagi. Bakal suami weyh!

“Then?”.

“Entahlah. Tak silap aku lagi, kau kena tolak dengan Erwan. Masa tu juga kau sayangkan dia lebih daripada seorang abang. At the end, kau frust dan bertindak menghilangkan diri.”

Aku tekun mendengar. Wow, rupanya aku sayang dia sejak kecil. Terkejut dan betapa kelakarnya aku dulu sampai boleh jatuh cinta dengan abang angkat sendiri! Hatiku tertawa.

“Masa tu pulak aku dah terjatuh cinta dengan mamat sorang ni..” Suraya mengeluh. Aku memandangnya. Mesti bekas.

“Aku terkantoi dan dia mengamuk. Clash. Dan lepas tu, kawan aku bagi tahu aku yang Erwan cari adik angkat dia balik. Aku masa tu tak kenal kau. Jadi, aku pun buat don’t knowlah. Dah ex, siapa kisahkan?”.

Ketawa kami bergabung. Musuh-musuh kami pun, kami masih boleh bergelak ketawa bersama.

“Rupanya boyfriend aku masa tu sengaja nak cari pasal. Hati aku dia bawak main. And I dumped him. Solo molo lah aku masa tu. And the end of the story of mine.”

“Thanks enemy. Sekurang-kurangnya aku tahu kisah silam aku. Sikit.”

Suraya mengangguk. Beg tangannya diseluk.

“Nah, aku bagi nombor aku dekat kau. Kau nak mulakan plan kau, inform aku okay? Aku dah nak blah dah ni. Mampus kalau Erwan tahu aku ada dekat sini. Bye bye bekas madu,” dia mengenyitkan mata nakalnya. Aku ketawa.

“Bye bye bakal isteri Erwan.”

Dia memberi flying kiss sebelum pergi. Aku menyimpan kad itu baik-baik. Tak nak Erwan nampak. Habislah plan kalau dia tahu!

***

Erwan hanya mengeluh. Cerita Abang Saa’ sukar untuk dia telan. Mi yang tadi Amilyn lempar sudah habis dia makan. Membazir. Dan, berdosa membazir.

“Kau dengar tak ni Wan?” soal Abang Saa’.

“Dengarlah. Aku tak pekak lagi. Masih berfungsi elok aje telinga aku ni,” Erwan berpaling ke arah lain. Malas nak ambil kisah.

“Woi, bini kau ada plan belakang kau, kau buat derk aje? Kau ni,” Abang Saa’ mula bengang. Mana taknya. Penat dia cerita tentang Amilyn yang mahu meminta cerai, boleh pula Erwan membuat tidak tahu.

“Aku tak akan ceraikan dia. Aku pasti.”

Abang Saa’ berdecit sinis. “Kau tahu tak bini kau ada komplot dengan Suraya?”.

Pernyataan itu membuatkan Erwan terkejut. Dia memandang Abang Saa’. “Apa maksud kau?”.

“Sebelum aku blah tadi, Suraya masuk bilik bini kau. Dia suruh Amy passkan kau dekat dia,” Abang Saa’ mengambil roti kaya yang adiknya beli. Dicubit sedikit dan disuapkan ke dalam mulutnya.

“Kenapa kau tak inform aku awal-awal?” Erwan membentak geram.

“Dah kau buat derk aje. Malas aku nak cerita. Lagi-lagi pasal minah tu.”

Erwan mendengus geram. “Aku rasa Amilyn sekarang bukan isteri aku yang dulu.”

“Aik? Kau baru sedar ke? Come on brother, isteri kau tu sakit. Bukan sakit biasa tau. Sakit kepala. Dia hilang ingatan. Lupa semuanya tentang kau. Tentang hidup dia. Mestilah dia dah berubah.”

Saiful Erwan berfikir. “Tapi kenapa dia benci aku sedangkan akulah orang yang paling dia sayang?”.

Abang Saa’ menepuk meja perlahan. “Aku ada kutip info sikit daripada nurse-nurse yang lalu lalang. Dia kata, amnesia ni banyak jenis. Jenis bini kau ni, amnesia dia sekejap aje tapi sedikit susah untuk diingatkan kembali. Dan aku dapat tahu, orang terakhir yang bini kau tengah fikir, orang yang paling dia sayang, adalah orang yang paling dia benci. Senang cerita opposite lah.”

“Macam cerita Aku Terima Nikahnya tu?” Erwan mahukan kepastian. Abang Saa’ mengangguk. Dia mencubit lagi roti itu.

“Aku tak sangka jalan hidup aku boleh dijadikan cerita. Mungkin novel,” Erwan memicit kepalanya. Pening memikirkan isterinya yang semakin membenci dirinya.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Menandakan ada mesej yang masuk.

Darling, isteri you sangat sweet. Patutlah you boleh jatuh hati dengan dia. By the way, dia izinkan I rampas you daripada dia. I harap you tak kisah. Still love you :*

Erwan menghentak meja. Abang Saa’ terkejut. “Pahal pulak kau mengamuk tak pasal ni? Siapa mesej kau?” Abang Saa’ merampas telefon bimbit Erwan. Bukan main terkejut lagi dia membaca mesej ringkas yang Suraya berikan kepada adiknya.

“Melampau betullah minah ni,” Abang Saa’ melepaskan keluhannya. Erwan tertekan. Dia tak tahu nak buat apa sekarang.

“Perempuan ni, kalau dia apa-apakan isteri aku...”

“Kau tak perlu risau pasal tu. Kau perlu risau dengan isteri kau yang nak mintak cerai lepas ni! Tak kan kau nak berdiam diri aje? Come on Erwan. Think something! Flirt her or jangan pernah ceraikan dia ke. Ah! Asalkan kau punya perkahwinan ini kekal lama. Okay?” Abang Saa’ menepuk bahu Erwan.

“Aku balik dululah. Habis kena leter dengan umi nanti. Hope kau tabah dan bertambah tabah dik.”

Erwan mengucapkan terima kasih dan menghantar pemergian abangnya dengan pandangan mata. Dia mengeluh lagi dan lagi. Bingung memikirkan keadaan sekarang. Dengan keadaan Amilyn. Dengan Suraya lagi. Dengan komplot mereka. Dan Amilyn yang mahu dilepaskan. Erwan menggosok rambutnya sekuat hati. Melepaskan geram yang terbuku.

“Argh! Apa aku nak buat ni?”.

***

I'm Sorry But I Love YouWhere stories live. Discover now