Chapter 14

12.6K 412 1
                                    

“Okay dear. Let’s go home. Our home,” dia mengenyitkan matanya kepadaku. Aku tertawa bahagia. Setelah seharian menemaninya di pejabat, aku turut merasa penatnya bekerja di dalam bilik berpenghawa dingin. Jangan sangka seronok!

“Almost 10 o’clock sweetheart. Sayang pun dah lapar ni,” aku menggosok perut sambil membuat muka comel. Taktik ni pasti akan berjaya punya. Untuk mencairkan hati sang suami. Dia senang kalah.

“Sorry my dear. Sayang ni, suka sangat makan. Kalau sehari tak makan tak boleh ke?” soalnya. Aku mengebil.

“Kalau sehari tak makan, boleh mati sayang tau! Nak sayang mati eh? Nak sayang tinggalkan abang ke?” aku bermain kata. Terkilan? Sikitlah. Gaya percakapan dia berkias dan berjaya mengguris hatiku.

“Abang minta maaf sayang. Bukan tu maksud abang. Abang bergurau aje. Janganlah cakap macam tu. Abang...” dia menunduk. Abang Er tak pandai memujuk. Kenal sangat perangai dia. Aku tersenyum tipis.

“Jangan risaulah my dear. Sayang pun gurau. Janganlah ambil hati. Sayang pulak yang makan dalam nanti,” aku memeluk tangannya. Briefcase Abang Er aku capai. Menarik Abang Er ke muka pintu.

“Say bye bye to the office sweetheart,” kataku sedikit menggoda. Dia tertawa.

“Nope, say hello to my wife. My super duper girl.”

Aku ketawa. Suis lampu ditekan. Pintu dibuka dan kaki melangkah keluar. Aku perasan Bella sudah mencebik. Aku ketawa sinis dan apabila sampai di mejanya, aku berhenti. Abang Er memandang aku pelik.

“So, Bella. Nice knowing you. I’ll hope you’ll change. Jangan nak memalukan kaum wanita sayang,” aku memberikan flying kiss sebelum pergi. Abang Er menaikkan ibu jarinya. Aku mendabik dada. Hello? Ini Amilyn Maisara okay?

“Nak makan dekat mana sayang?” butang 1 aku tekan. Lif mula turun perlahan.

“How about, our home sweetie?” dia berbisik nakal. Aku mencubit lengannya. Nakal. Faham sangat apa yang dimaksudkannya itu.

“Cepat sayang. Nak makan dekat mana? Ke nak sayang masak? Rasanya sempat lagi,” aku menilik jam tangan. Okay, aku lupa! Dah pukul sepuluh malam rupanya.

“Maggie aje?” dia berkata.

Aku mengerutkan dahi. “Tak elok untuk kesihatan sweetheart,” aku menggeleng.

“Bukan selalu. Ini first time abang makan maggie tau selepas sembilan tahun sayang tinggalkan abang. Look! Betapa sedihnya abang bila sayang go away from my life.”

Pintu lif terbuka dan kami melangkah keluar. “Jangan buka cerita lama abang. Nanti parut berdarah kembali,” aku memeluk lengannya. Manja kot.

“Sorry for the past.”

“Lupakan abang. Kita dah bersama dah pun. Apa yang nak dirisaukan lagi?”.

Masuk aje dalam kereta dia aku memasang tali pinggang. Dia memulas kunci. Enjin distart dan kereta mula bergerak meninggalkan bangunan yang gah berdiri.

“So, maggie?”.

“Suka hati abanglah. Malas nak cakap,” aku menongkat dagu. Selepas itu aku menguap. Mengantuk kot! Daripada pagi sampailah malam aku menjaga suami aku ini daripada Bella.

Kami terus balik ke rumah. Pintu kumangga. Dia memeluk bahuku. Tahu sangat aku dah mengantuk tahap dewa! Dia memimpin aku sampai ke dalam. Terbaring sebentar di sofa. Abang Er menggeleng.

“Abang jerang air kejap. And then, kita buat pesta maggie. Boleh eh sayang?” dia mengusap mataku yang layu. Aku bangun. Mengeliat dan tersenyum.

“Abang pergi mandi. Biar sayang yang masak maggie tu. Tahu tak bau abang dah macam uncle jual ikan dekat pasar malam tu.

Mata Abang Er terjegil. Pinggangku dicuit. Aku ketawa seraya menolaknya. “Go, go Uncle Erwan, shuu! Shuu!”.

Dia berdiri. “Sayang ni kan..” dia mencubit pipi. “Nakal.”

Aku ketawa. “Dah abang. Pergi sana. Mandi wangi-wangi.”

Dia berlalu pergi. Aku ke dapur. Mana maggie ek? Aku rasa aku baru aje beli semalam. Aku mencari di dalam kabinet. Tak ada pun. Mana pulak? Makhluk asing mana yang makan maggie aku ni? Ergh.

Nampaknya terpaksalah aku beli. Aku memandang jam. Hampir pukul sebelas. Kedai mana lagi buka? 7 Eleven? Itu ajelah pilihan yang ada. Tapi aku kena menuju ke Merlimau pulak. Haih, redha ajelah.

Aku balik ke bilik. Mengetuk pintu bilik air. “Abang. Sayang nak keluar kejap. Maggie dah habis.”

“Boleh ke sayang drive malam-malam ni?” soalnya bernada risau. Aku tersenyum kecil.

“Sayang rempit.”

Dia ketawa. “Okay sayang. Take care. Cepat sikit. Abang tunggu.”

Aku mengambil sweater. Kalau nak rempit malam-malam semestinya sejuk. Kunci motor aku capai. Pintu rumah sudah ku kunci.

Lepas itu. Aku dah tak ingat apa-apa.

***

Dimanakah aku? Aku bangun. Gelap. Dekat mana ini? Aku memandang sekeliling. Kosong. Hanya aku sahaja yang ada disini. Apakah yang berlaku ini?

“Amy...”

“Sayang..”

“Wake up dear!”.

“Amilyn dear. Bangun sayang. Takkan nak tinggalkan ibu macam ni aje?”.

“Id, biarlah budak ni tidur. Jangan ganggu.”

Suara-suara ini.. Mana datangnya? Aku cuba membuka mata.

“Kalau budak ni tidur selamanya macam mana? Saya tak sanggup kehilangan anak saya! Dia aje yang saya ada! Abang ni dah kenapa?!”.

“Amy, umi ni. Kenapa lama sangat Amy tidur? Penat tau kami tunggu. Bangunlah sayang. We miss you.”

Aku hairan. Aku mencelik mata. Kabur. Pandangan aku kelam. Aku mengerdipkan mataku. Okay. Pandangan aku sudah jelas. Ada dua orang perempuan dan dua orang lelaki. Agak berusia semuanya. Aku menelan liur.

“Akhirnya! Amy dah bangun! Abang, panggil doktor!”.

Aku mengerang kesakitan. Kepalaku berbalut dan aku berada di atas katil. Hospitalkah? Bau ubat-ubatan menusuk ke dalam hidungku. Aku terbatuk kecil.

“Panggil Erwan abang! Panggil budak tu masuk!”.

Aku hanya melihat reaksi mereka setelah aku tersedar. Tetapi, siapakah mereka? Kenapa aku tidak mengenali mereka?

“Sayang...” seorang lagi lelaki datang masuk. Terus dia merangkulku. Aku mengaduh sakit. Dia melepaskan aku sambil mulutnya tidak habis-habis meminta maaf.

“Seminggu sayang terlantar. Abang takut sangat kalau sayang betul-betul tinggalkan abang,” kata si lelaki sambil mengusap wajahku. Aku mengerutkan dahi. Pelik dengan situasi sekarang.

“Siapa?”.

Dia kelihatan tergamam. “Sayang? Sayang tak kenal abang?”.

“Amy... kenal tak ni? Ni ibu?” aku menoleh kiri. Seorang wanita berumur tapi masih kelihatan jelita. Matanya basah dan sembap. Mungkin menangis. Disisinya seorang lelaki. Juga berumur.

“Amy, umi ni. Umi sayang,” aku beralih ke kanan pula. Seorang wanita juga bersama seorang lelaki. Mereka iras lelaki yang memeluk ku tadi.

“Maaf. Siapa awak semua? Saya.. saya tak kenal. Maaf.”

Si wanita sudah meraung. Para lelaki sedang memujuk mereka. Manakala lelaki di hadapanku kini sedang menahan sedunya. Aku terkejut. Lelaki ini menangiskah? Aku mengesat air matanya. Entah kenapa aku takut untuk melihat dia menangis.

“Don’t cry. I’m sorry but...”

“I love you. I’m sorry but I love you.”

Aku tersentak. Serta-merta kepalaku terasa sakit. Dan sekali lagi pandanganku menjadi gelap.

***

I'm Sorry But I Love YouWhere stories live. Discover now