Chapter 7

17.2K 545 5
                                    

"I'm sorry abang but I love you," aku mengucup kedua matanya. Dia masih lagi lena diulit mimpi. Aku aje yang terbangun awal. Aku memerhatikan setiap inci wajah Abang Er. Handsome. Kacak. Tampan. Macho. Semuanya perfect! Aku meletakkan dagu di dadanya. Bahagia apabila abang yang aku cinta selama sembilan tahun berjaya aku culik. 

"I'm sorry too but I really love you."

Makkk! Spontan aku mengambil bantal dan menekup mukanya. Terkejut weyh! Tiba-tiba aje mata terbuka lepas tu.. ehh ? Ehh? Dia kata apa tadi? Aku mengalihkan bantal. "Sorry?" aku membuat muka comel. Dia mengusap pipiku. 

"Nevermind. Abang maafkan," dia memberikan ciuman di dahi. Aku menunduk malu. Sejak bila aku jadi perempuan melayu terakhir ni?

"Morning kiss?" dia menyuakan bibirnya kepadaku. Aku terkebil. Hah?

"Mintak dekat Mr Lizard," aku bangun dan mencapai tuala. Dah pukul 5.48 kot. Mampus terlepas Subuh nanti. 

"Abang tuntut tau!" laungnya. Aku menunjukkan penumbuk dan dia ketawa. Aku mendengus dan mandi. Siap-siap dan terus sembahyang. Eh, buat kali kedua dia mengimamkan solatku. Alhamdulillah. Aku bersyukur kerana Allah mengurniakan seorang suami yang tidak pernah lupa pada-Nya.

Dia menghulurkan tangan dan aku menunduk dan mencium tangannya. Tangannya hingap di kepalaku. 

"Terima kasih kerana terima abang walaupun abang pernah lukakan hati sayang dulu. Abang tahu abang terlalu buta untuk menilai antara sayang dan dia. Kalau abang tahu, dah lama abang pilih sayang," dia senyum menyembunyikan rasa sedihnya. Aku mengusap kembali tangannya. Memberikan kekuatan. 

"Tak apa abang. Hati Amy dah kebal dah. Even abang baling bom atom pun, confirm takkan hancur punya hati ni. Tapi kalau abang baling Mr Lizard, Amy give up," aku cuba membuat lawak. Aku tak suka tengok wajahnya yang muram tu. Penuh kesedihan. Aku nak Abang Er yang ceria. Yang selalu ketawa apabila bersamaku.

Dia cuba ketawa tapi ketawa dia tak 'lengkap'. Aku mengeluh dalam diam. Abang, abang tak reti nak tipu diri sendiri.

"Eleh, macam abang tak tahu yang sayang tu fobia gila dekat cicak!".

Aku menjegilkan mata. Memang. Aku tak boleh tengok cicak. Kalau au dekat even beberapa meter pun aku akan melenting. Geli weyh!

"Kan? Malam tadi beria-ia cakap nak kiss Mr Lizard. Habis tu, sayang nak ke sandang gelaran Mrs Lizard hah?" dia bangun dan menyidai sejadah. Aku membuka telekung dengan mulut yang sibuk nak buat duckface.

"Abang ni. Amy baru cuba nak lupakan Mr Lizard, abang dah usik macam-macam. Abang tengoklah nanti kalau Amy dah tak geli dengan cicak. Amy kiss Mr Lizard depan mata abang," aku melipat telekung dan meletakkannya di dalam almari. Kalau sidai takut kotor!

"Eceh, cubalah. Abang nak tengok," dia mencabarku. Aku menghampirinya. Lengannyaku pukul manja. 

"Sayang! Cicak!" jeritnya.

"Argh!" aku kalut dan terus memeluk tubuhnya. Cuak dowh! Aku memang tak rapat dengan spesies dinosaur yang kecil tu. Erk! Geli! Mulalah aku nak nangis. Aku pantang kalau kalau diusik tentang cicak. Mesti aku sensitif.

Dia ketawa terbahak-bahak. Aku memukulnya banyak. Banyak kali! Geramnya! Aku dah start hujan. Cicak is the most thing that I hate dan Abang Er tahu tentang itu! Sepatutnya dia tahu! Wajah si suami sudah berubah apabila melihat aku mendung. Dia serba salah.

"Sayang.. abang..".

Aku keluar daripada bilik. Rasa geram masih tak sudah! Aku melangkah ke dapur. Rasa macam tak biasa pulak. Sebab ni bukan dapur aku, Dapur aku dekat Serkam nun sana hah. Aku cuba mencari-cari bahan untuk dimasak. The breakfast will be ready after 30 minutes!

I'm Sorry But I Love YouWhere stories live. Discover now