Teaser lg💓💓

2.4K 34 0
                                    

Awat kt panggil ni kombo pedih??
Sbb kisah heroin utk dua story ni tragis sgt tp dgn jalan cerita yg berbeza. Mmg kena ready tisu kalau nk baca😂Nak tahu kisah Ica dan Kinah, blh dapatkan skrg. Tinggal 10 hari aje tarikh tempahan😘

💓Curi-curi hatinya💓

“DIA bukan bodoh Adam. Keputusan SPM dia pun okey. Apply ke universiti mesti diterima...” Suara papa menggamit pendengaranku ketika baru aje aku hendak membuka pintu kamar bilik Adami. Terpaku aku di situ tidak berani untuk memunculkan diri di antara mereka.

“Dia yang nak kahwin sangat jadi jangan haraplah budak tu masuk universiti. Buat habiskan duit mama dan papa aje!” Rungutan Adami bagai membelah hati dan jiwaku dalam.

Apa dia ingat aku kahwin dengan dia sebab nak habiskan duit mak dan ayah dia ke? Dalam diam aku bersumpah tak akan ‘habiskan duit mama dan papa’ dia. Selama ni pun aku tak pernah terfikir untuk sambung belajar.

“Cakap tu elok-elok kalau Ica dengar, kecik hati dia, Adam. Mama dan papa tak pernah ajar Adam jadi kurang ajar tau? Dia tu isteri Adam sendiri dan Adam kena jaga dia. Bila Ica dah masuk keluarga kita takkan ada istilah habiskan duit mama dan papa. Dia tu bagai anak mama dan papa sekarang ni, sama aje macam kamu! Lagipun Ica budak pandai, masukkan ajelah ke universiti. Kita tolong orang ni, Adam... dapat pahala. Lagi-lagi budak susah macam Ica. ”

“Sekarang ni papa nak lebihkan dia daripada Adam. Dia tu menantu ‘pilihan’ papa dan mama, bukan Adam!”

“Daripada Adam frust kena tinggal perempuan lain, baik Adam buka mata Adam untuk Ica. Dia tu baik, Dam. Apa salahnya Adam berbuat baik dengan orang yang dianiaya keluarga sendiri. Adam sendiri yang cakap, Ica kena dera mak dia di rumah.” Mama membentak sehingga wajah Adami berubah keruh. Terasa tersindir barangkali?

Aku menutup pintu bilik rapat. Niat untuk membantu mama di dapur terbantut terus mendengar perbalahan antara mereka.

💓Rahsia Hati Mrs. Fakrul💓

“Sebab adik Paan ni, dah tak sabar sangat nak berkahwin. Nyaris-nyaris nak terbabas siang tadi dengan Kinah. Sebijik macam perangai kamu Paan.” Jelas Saiful dengan penuh sindiran.

  Geram kerana kedua-dua anaknya gelojoh tak bertempat.

Tercengang Farhan mendengar penjelasan itu. Sekarang fahamlah dia tentang situasi yang berlaku petang tadi. Hanya Syamil sahaja yang masih belum faham akan maksud Saiful.

“Hah, Arul!  Arul tak jawab lagi soalan Pak Achik tadi…” Tegur Syamsul apabila dia masih belum menerima jawapan daripada Fakrul.

Fakrul menarik nafas panjang sebelum memberikan jawapan. Semoga apa yang diluahkan pada malam ini, diterima oleh semua ahli keluarganya terutamanya Sakinah.

“Arul nak kahwin dengan Kinah sebab...  Arul dah lama cintakan Kinah, sejak dari dulu lagi. Sebelum Arul pergi ke Jerman, perasaan tu dah ada. Bukan disebabkan hal tadi baru Arul buat keputusan nak berkahwin. Arul memang ikhlas nak jadikan Kinah isteri Arul, Pak Achik. Kalau Pak Achik izinkan, Arul nak minta izin untuk ambil tanggungjawab Pak Achik menjaga Kinah sepanjang hidup Arul. Apa yang berlaku petang tadi mungkin dah membuka mata Arul dan Kinah, yang kami sangat menyintai antara satu sama lain selama ni.” Ikhlas Fakrul memberikan jawapannya.

Sakinah berasa sangat sebak dan terharu mendengar luahan perasaan Fakrul. Kalau ikutkan hatinya, ingin sahaja dia menerima lamaran Fakrul. Namun, dia tidak sanggup jika Fakrul mengetahui tentang rahsianya selama ini. Baginya, Fakrul layak mendapat perempuan yang lebih sempurna.

“Pak Achik yakin Arul boleh jaga Kinah dengan baik. Tapi ada satu perkara yang paling penting untuk Pak Achik inginkan kepastian daripada Arul. Arul sanggup ke terima apa sahaja kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri Kinah?” Serius Syamsul bertanyakan soalan itu.  Perkara ini sangat penting untuk dia mengetahui sejauh mana Fakrul benar-benar ikhlas menjadikan Sakinah sebagai isterinya.

“Ya, Arul sanggup Pak Achik. Asalkan Kinah sanggup jadi isteri Arul, Arul terima Kinah seadanya.” Tegas Fakrul meyakinkan Syamsul.
Syamsul menarik nafas lega. Matanya dihalakan ke arah Sakinah.

“Adik terima lamaran Fakrul ya?” Pinta Syamsul dengan penuh berharap.

Dia tahu, Sakinah masih menyintai Fakrul. Syamsul tidak mahu hanya disebabkan perkara silam, Sakinah menolak perasaannya itu sekali lagi.

“Abah... adik tak nak. Abah tahu kan... ada sebab adik terpaksa tolak lamaran tu...” Kata Sakinah dengan penuh sebak.

Air matanya sudah mula mengalir di pipinya.

“Sampai bila adik nak terus macam ni? Jangan ingat abah tak tahu tentang hubungan adik dan Fakrul sejak dari dulu lagi. Abang Mil dah ceritakan semuanya pada abah.” Balas Syamsul.

Sakinah memandang wajah abangnya kerana inginkan kepastian daripadanya. Melihat anggukan kepala Syamil, membuatkan Sakinah agak terkejut. Ternyata rahsianya yang disimpan selama ini sudah diketahui oleh Syamsul sejak dari dulu. Malu kerana selama ini hubungannya dengan Fakrul sudah dihidu oleh Syamsul.

“Pak Long pun dah tahu semuanya Kinah. Abah Kinah dah ceritakan semuanya kepada Pak Long.” Terang Saiful pula.

Fakrul kelihatan semakin keliru dengan apa yang sedang dibualkan oleh mereka. Seolah-olah ada sesuatu yang disembunyikan oleh mereka.

Dahlia yang berada di sisi Sakinah turut bingung. Dia langsung tidak mengetahui tentang hubungan anaknya dengan Fakrul selama ini. Patutlah mata tuanya dapat melihat dengan jelas seperti ada sesuatu yang terjalin di antara Fakrul dan anak perempuannya itu.

“Kalau macam tu, bagi adik bercakap dengan Abang Arul dulu. Adik sendiri yang akan beritahu tentang hal yang sebenar. Selepas itu, adik janji akan buat keputusan.” Pinta Sakinah.

” Pinta Sakinah

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
Rahsia Hati Mrs. Fakrul ( Ready Stok) Cover BaruTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang