Teaser 5

9.7K 505 62
                                    

Tercengang Fakrul dengan sikap selamba Sakinah.

“Hah! Tak akanlah sayang nak duduk serumah dengan lelaki asing pula? Sebaya dengan abang pula tu. Kalau macam tu baik Kinah duduk rumah mama.” Fakrul sudah mula tidak senang duduk.

Sakinah terus menghamburkan ketawanya. Lucu melihat reaksi Fakrul yang risau tak bertempat.

“Eh, dia gelak pula.” Makin cemberut wajah Fakrul ketika ini.

“Abang Am tak tinggal serumah dengan umilah . Lagipun Abang Am tak ada dekat sini. Dia kerja di Terengganu. Kalau Abang Am ada, memang tak lah Kinah nak tidur rumah umi.” Terang Sakinah supaya Fakrul faham perkara yang sebenar.

“Abang Am? Mesra betul bunyinya... rapat sangat ke Kinah dengan dia?”

  Makin cemburu pula Fakrul dibuatnya. 

“Rapatlah juga sebab Abang Am tu kan anak umi. Kinah dah anggap dia tu macam abang Kinah jelah. Abang cemburu ek...” Sengaja Sakinah menyakat Fakrul pula.

  Terus terbatuk kecil Fakrul dibuatnya. Sakinah hanya tersenyum melihat reaksi tunangnya itu.

“Kinah nak masuk bilik dululah ye." Pinta Sakinah kerana merasakan sudah terlalu lama mereka berbual berdua di dapur.

Sakinah yang baru sahaja ingin ke tangga dapur, tidak sedar bajunya tersangkut di bucu meja. Hampir sahaja dia terjatuh tetapi mujurlah Fakrul sempat menariknya sehingga terjatuh di atas ribanya.

Masing-masing terkedu dan saling memandang di antara satu sama lain. Kedudukan mereka ketika ini sangat rapat.

“Ehem...”

Terus kedua-duanya berdiri tegak di tempat masing-masing. Makin gelabah mereka berdua melihat Farhan dan Piah sedang berdiri di atas tangga.

“Errr... Kinah masuk dulu.” Disebabkan terlalu malu, segera dia berlalu meninggalkan mereka semua dan masuk ke dalam bilik tidurnya.

Terpinga-pinga Fakrul melihat Sakinah meninggalkan dirinya begitu sahaja.

HABISLAH Arul... maunya tak mengamuk Paan si beku tu😜
Berminat, dapatkan buku ni ye. Nk jimat ambil kombo👏👏
Tempahan sampai 5hb aje.

#rahsiahatimrsfakrul
#kombopedih

#rahsiahatimrsfakrul#kombopedih

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Rahsia Hati Mrs. Fakrul ( Ready Stok) Cover BaruWhere stories live. Discover now