Ezine

10.6K 526 60
                                    

Assalammualaikum semua...
eZine Setelah Akad Dilafaz (Azwari) dan Yang Halal Lebih Indah (Rinsya Chasiani) sebanyak 83 muka surat je. Ia dalam pdf file.

Yang nak beli, RM 3 ja.

Yang beli kombo pedih/ single CCH/single Fakrul, wassap for free eZine 😍 (boleh claim dengan seller /ds masing2)

Teaser Yang Halal Lebih Indah (Rinsya Chasiani)

“BESAR ke luka tu?” Soalan Adhim kuabaikan. Dia tak pernah pula prihatin, jadi untuk apa bertanya tentang luka ini?

“Afia, Adhim tanya ni, besar ke luka tu?” Suara Adhim semakin membingit di hujung talian. Aku menghela nafas dalam. Membelek luka tanganku yang telah dirawat. 13 jahitan!

“Tak, kecil je.” Aku berbohong. Enggan memberitahu kebenaran kepadanya kerana tidak mahu dituduh mengada-ada.

Tempoh hari, aku pernah mengaduh gara-gara terjatuh di tandas rumah, itupun diperli oleh Adhim apabila aku berjalan sambil memegang belakang. Dia kata aku mengada, nakkan perhatian darinya.

Oh, please.

Seingatku, bukan dia aje yang kahwin sebab mak dia aturkan. Aku pun mak aku yang aturkan. Sebab umurku dah hampir 32 tahun, belum lagi mempunyai teman lelaki, mak kata lebih baik dia yang mencarikan aku calon. Memanglah aku bersetuju, tapi bersetuju sekiranya lelaki itu juga bersetuju untuk dikahwinkan dengan cara begini.

Ini dah kahwin, alih-alih dia tuduh aku yang bukan-bukan. Mungkin sebab dia ingat dia kahwin dengan perempuan umur 22 tahun kut, bukan perempuan tua macam aku ni.

Aku akui, umur kami berbeza 3 tahun. Dia baru 28, kiranya akhir tahun nanti baru masuk 29 tahun. Tapi buruk sangatkah berkahwin dengan perempuan yang lebih tua?

“Mak Afia tu yang menipu mak saya, dia kata Afia baru berumur 25 tahun.”

Itu kata-kata Adhim saat malam pertama. Ya ALLAH. Tak sangka mak sanggup menipu begitu sekali. Aku tak terkata apabila Adhim merajuk di malam pernikahan.

*****

Teaser Setelah Akad Dilafaz (Azwari)

Terima kasih Abang Khai. Maira hargai pertolongan Abang Khai tadi. Terima kasih sekali lagi. – Humaira

Saat Jihan melihat nama itu, hampir sahaja telefon itu terlepas dari tangannya. Hatinya mula berasa curiga. Dia sangat mengenali Humaira. Wanita itu adalah bekas tunang suaminya sebelum mereka berkahwin dulu. Setahu Jihan, Humaira sudah pun berkahwin juga.

Jihan segera meletakkan telefon bimbit suaminya di atas meja solek. Takut jika suaminya dapat mengesan perbuatannya itu. Dengan perasaan yang tidak tenteram, Jihan keluar dari bilik itu untuk memanaskan lauk semula.

Hampir 15 minit kemudian, Khairul turun ke dapur dalam keadaan wajah yang segar. Dia duduk di meja makan. Jihan yang baru sahaja ingin mencedok nasi ke pinggan Khairul, dihalang oleh tangan suaminya.

“Abang dah kenyang. Abang cuma nak minum saja malam ni...”

Jihan cukup terkilan dengan perbuatan suaminya. Bersusah payah dia menyediakan makan malam pada hari ini, tetapi lelaki itu tidak sudi untuk menjamahnya.

“Abang jamahlah sikit. Jihan masak banyak ni.” Pinta Jihan dengan penuh berharap.

“Abang dah kenyang sayang. Jihan makan ye, abang temankan.”

Brminat pm/whats 0129284568.
100% duit ini adalah utk sumbangan

Rahsia Hati Mrs. Fakrul ( Ready Stok) Cover BaruWhere stories live. Discover now