Bab 6

8.2K 485 23
                                    

HAMPIR terlelap Sakinah di dalam kelas ketika mendengar Cikgu Jasmin mengajar. Semua perkara yang diajar oleh Cikgu Yasmin mengenai topik yang ada dalam matapelajaran Sains tidak dapat dihadamnya.

Pening kepalanya mendengar perkataan yang pelik dalam subjek ini. Sudahlah semalam dia tidur hampir jam dua pagi.

“Kinah! Kau jangan nak tidur. Nanti cikgu nampak naya kau kena.”

Pesan Siti yang duduk di meja sebelahnya. Mujurlah kedudukan meja mereka di dalam kelas adalah paling belakang sekali.

Sakinah mengeluh lemah. Kedua-dua tangannya ditongkat pada dagunya.

“Aku mengantuk sangat ni. Malam semalam. aku cuba buat kerja rumah matematik. Sampai dua pagi aku berjaga.” Jelas Sakinah dalam nada yang malas.

“Baguslah. Kau dah siaplah kerja rumah tu. Nanti bagi aku tengok ye…” Tersengih-sengih Siti cuba meniru jawapan Sakinah.

“Bagus apa? Satu apa pun aku tak faham. Sia-sia je aku berjaga.” Selamba Sakinah memberikan jawapan.

Tenganga Siti mendengarnya.

“Sakinah! Siti! Apa yang kamu berdua borak kat belakang tu?” Tegur Cikgu Jasmin dalam nada yang tegas.

Terkejut mereka berdua apabila di soal begitu. Masing-masing sudah menikus di meja sendiri.

“Bangun! Saya nak sepanjang masa saya ni, kamu berdua berdiri. Fokus apa yang saya ajar kat depan terutamanya kamu Sakinah. Jangan sampai saya panggil ibu bapa kamu datang lagi ke sekolah.” Ugut Cikgu Jasmin.

Malu Sakinah apabila diberi amaran begitu. Rakan-rakan di dalam kelasnya sudah mula berbisik-bisik.

Satu kelas sudah tahu akan masalah dirinya. Banyak kali juga Syamsul dipanggil ke sekolah kerana masalah pelajaran Sakinah yang semakin merosot. Akhirnya, terpaksalah mereka berdiri hampir 20 minit sehingga kelas tamat.

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

MAKANAN yang berada di hadapan meja, hanya dipandang oleh Sakinah. Seleranya mati setelah didenda berdiri sebentar tadi. Kata-kata cikgunya tadi betul-betul membuatkan dirinya berasa sangat rendah diri.

“Apa yang kau tengok tu Kinah? Makanlah cepat. Tinggal 10 minit lagi waktu rehat kita.”  Kata Siti sambil menyuap nasi lemak di mulutnya.

Sakinah mengeluh lemah. Semakin tertekan hidupnya jika setiap hari keadaannya begini.

“Aku tak ada seleralah. Kau makan jelah nasi aku ni.” Pinggan nasinya ditolak ke arah Siti.

Hampir berkerut dahi Siti dengan perubahan sikap Sakinah. Sejak akhir-akhir ini, Sakinah sudah tidak ceria seperti dulu.

“Dahlah. Tak payah fikir pasal tadi. Makan je. Otak kita ni pun kena rehat juga. Mana boleh tertekan.” Nasihat Siti.

Sakinah mula teringatkan pesanan Fakrul semalam. Nasihat itu hampir sama diberilan oleh Siti.

“Cara kau cakap ni, sama macam abang sepupu aku tu…” Tanpa sedar, senyuman terukir di bibirnya.

“Abang sepupu?” Soal Siti dengan wajah yang keliru.

Sakinah anggukkan kepalanya.

“Abang sepupu aku tu pandai. Dia belajar di asrama penuh. Selalu sangat bagi aku nasihat bila aku ada masalah. Dengan dia je aku jadi diri aku…” Luah Sakinah tentang hubungannya dengan Fakrul.

Siti semakin berminat untuk mengenali abang sepupu Sakinah.

“Siapa dia? Kenalkan lah dekat aku. Handsome macam abang kau tak?”

Wajah Sakinah terus berubah masam. Cemburu juga dia ketika Siti ingin mengenali Fakrul.

“Tak payah nak mengada. Makanlah cepat.”

Sakinah segera menghabiskan air minumannya. Terpinga-pinga Siti dengan sikap Sakinah. Tak akan itu pun nak cemburu. Pasti abang sepupu Sakinah seseorang yang sangat istimewa di hati kawan baiknya ini.

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

Rahsia Hati Mrs. Fakrul ( Ready Stok) Cover BaruWhere stories live. Discover now