Teaser 4

9.9K 515 37
                                    

Terpejam mata Fakrul saat mengetahui perasaan Sakinah. Ternyata mereka sama-sama mempunyai perasaan yang sama. Namun dia kecewa Sakinah tegar melepaskan dirinya.

“Kalau Kinah tahu, kenapa sanggup buat abang macam ni?” Lirih Fakrul meminta penjelasan. Dia merasakan dirinya seperti dipermainkan oleh Sakinah selama ini.

Air mata Sakinah mengalir deras di pipinya. Esakan kecil turut kedengaran.

“Sebab Kinah bukan untuk abang. Kinah tak nak kita berdua lakukan kesilapan lagi dalam hubungan yang tak sepatutnya terjadi. Kinah ni sepupu abang... abang sendiri pun pernah cakap pada Kinah, tak mungkin abang akan jatuh cinta dengan saudara sendiri. Kinah pun macam tu juga. Kinah nak anggap abang... seperti abang Kinah sendiri.”

Mulutnya ditekup dengan tapak tangannya. Tidak mahu esakan semakin jelas kedengaran di telinga Fakrul.

“Tapi abang bukan abang Kinah!”  Hampir ternaik nada suara Fakrul kerana terlalu bengang. Baginya alasan yang diberi oleh Sakinah sangat tidak masuk akal.

Terhenjut bahu Sakinah mendengar nada suara Fakrul yang agak tinggi. Dia yakin Fakrul pasti kecewa dengan sikapnya.

“Betul, sebab tu Kinah nak abang anggap Kinah sebagai adik abang. Kinah tak nak ada perasaan apa-apa pada abang. Maafkan Kinah, kalau selama ni Kinah buat perasaan abang keliru disebabkan kehadiran Kinah selama ni.” Pinta Sakinah.

Terdengar esakan kecil Sakinah di hujung talian membuatkan hati Fakrul terasa pedih. Nafas ditarik dengan dalam sebelum dihembuskannya dengan perlahan-lahan. Dia cuba menenangkan dirinya sebelum membuka mulutnya lagi.

“Kalau betul Kinah anggap abang ni macam abang Kinah, kenapa Kinah sanggup pulangkan telefon pemberian abang melalui Syamil?” Soal Fakrul.

Fakrul cukup terluka dengan Sakinah. Dia bukan sahaja menerima hadiah sehelai baju sejuk tetapi telefon bimbitnya turut dipulangkan.

“Telefon bimbit tu memang sepatutnya Kinah pulangkan dari awal lagi kepada abang. Disebabkan telefon itu kita kembali berhubung, jadi Kinah terpaksa pulangkan telefon tu untuk tamatkan semuanya.”

😂😂😂Kinah reject Dr.Arul ke😱😱
Nak tau pasaipa, meh grab buku ni.
Cetakan ikut permintaan.
Last order 5 Mei 😍😍
Pm/whatsp 0129284568
Nak jimat ambik kombo.👏👏👏

#kombopedih
#rahsiahatimrsfakrul

#kombopedih#rahsiahatimrsfakrul

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Rahsia Hati Mrs. Fakrul ( Ready Stok) Cover BaruWhere stories live. Discover now