Bab 15

8.8K 538 47
                                    

ESOK, peperiksaan UPSR akan dijalankan. Fakrul masih berkira-kira sama ada perlu atau tidak dia menghubungi Sakinah. Sejak kali terakhir dia berhubung dengan Sakinah, hatinya tidak pernah tenteram.

Dia masih lagi rasa bersalah kerana telah berkasar dengan Sakinah. Disebabkan terlalu ego, dia sanggup tidak mahu mendengar penjelasan Sakinah. Akhirnya sikap itu telah memakan dirinya sendiri.

Fakrul nekad ingin menghubungi Sakinah. Kebetulan hari ini merupakan hari hujung minggu. Mudahlah dia menghubungi Sakinah dengan telefon bimbitnya sendiri.

Nombor Sakinah segera di dail. Fakrul berharap agar Sakinah tidak lagi terasa hati dengannya. Tujuan dia menghubungi Sakinah adalah untuk memberi galakan kepada Sakinah kerana bakal menghadapi peperiksaan esok.

Sesak nafasnya saat nombor telefon Sakinah gagal dihubungi. Beberapa kali juga dia mencuba tetapi masih gagal dihubungi.

“Ishh! Kenapa pula tak dapat call ni? Tak akan dia dah tukar nombor pula.”

Kali ini Fakrul cuba menghantar mesej dan kiriman whatsApp. Ternyata mesej itu juga gagal dihantar. Semakin resah Fakrul dibuatnya. Jika dia menghubungi rumah Pak Achiknya, dia tidak mempunyai nombor rumah. Syamil pula, lain pula jadinya nanti.

“Arghhhh....”

“Hoii! Kau dah kenapa menjerit tiba-tiba ni? Aku baru je tinggal kau sekejap dah meroyan. Nasib baik kat sini tak ramai orang.”

Perli Adam yang baru sahaja membeli minuman di gerai berhampiran dengan kawasan mereka sedang melepak.

“Tak ada apalah. Tension je.” Balas Fakrul.

Adam julingkan matanya.

“Ini bukan sikit tapi dah tahap kronik dah aku tengok. Kau ni kan nak cakap bebal nanti kau marah kat aku pula.” Sindir Adam.

Bengang juga Fakrul apabila Adam menyindirnya. Sampai dikatakan dirinya bebal. Tajam matanya memandang Adam.

“Nak marah aku lah tu. Meh sini aku nak buka mata kau tu luas-luas sikit. Kita ni, dah lima tahun kenal. Aku masak sangatlah kalau kau dah macam gini gayanya. Kau tak pernah buat perangai pelik macam ni tapi…”

Adam sengaja mematikan ayatnya di situ. Air minumannya di minum sedikit.

“Tapi apa?” Gesa Fakrul tidak sabar.

“Tapi sejak kau kenal rapat dengan adik sepupu kau tu, perangai kau banyak berubah. Kau tak perasan?”

Tergamam Fakrul dengan penjelasan Adam. Selama ini dia tidak pernah menyangka Adam turut dapat mengesan punca masalahnya. Dia sebenarnya masih lagi keliru dengan dirinya juga.

“Dia adik sepupu aku je Adam. Kau tak payahlah nak buat andaian yang bukan-bukan.”

Tergeleng kepala Adam dengan sikap degil Fakrul.

“Aku tahu dia tu adik sepupu kau, tapi kalau dah melibatkan hati ni, siapa-siapa pun kita tak boleh nak halang. Aku tahu kau punya prinsip, tapi jangan sampai prinsip tu makan diri kau sendiri." Tambah Adam lagi.

Fakrul mengeluh dengan perlahan. Perkara itulah yang dia mahu elakkan daripada berlaku.

“Aku tak dapat call dia tadi.”

Akhirnya terluah juga apa yang dipendam sebentar tadi. Perasaan malu itu terpaksa ditolak ke tepi. Lantaklah kalau Adam nak mengejek dia.

“Kalau aku jadi dia pun, aku malas jawab panggilan kau. Dah sahlah budak tu ada perasaan.” Sindir Adam.

Terus bahu Adam ditumbuk kasar oleh Fakrul. Menyeringai Adam dengan perbuatan Fakrul itu.

“Kau ni bukan nak membantu. Makin buat aku stress, adalah.” Rungut Fakrul.

“Macam ni lah Fakrul. Aku rasa buat masa ni kau dengan dia berikan ruang pada diri sendiri. Daripada kau buang masa fikir masalah ni sampai ganggu study kau, lebih baik kau cegah dari awal. Lepas SPM, baru kau selesai masalah kau tu dengan dia. Sekarang tumpu pada SPM dulu. Dalam masa yang sama kau berdoa untuk diri kau dan untuk adik sepupu kau tu. Kau juga cakap dia dah nak exam. Bagi dia tumpu pada exam dia dulu.” Nasihat Adam dengan ikhlas.

Kata-kata Adam ada benarnya. Dia seharusnya sedar tujuan utamanya sekarang adalah belajar. Mungkin ini adalah yang terbaik buat dirinya dan Sakinah.

“Terima Kasih Adam. Kau banyak tolong aku. Aku akan ikut nasihat kau. Jomlah aku belanja kau makan seofood celup tepung. Kau nak makan apa, ambil je. Aku belanja hari ni.” Tawar Fakrul kepada Adam.

“Alhamdullillah,memang itu yang aku nak dengar dari tadi. Jomlah kita.”

Bukan main ceria lagi wajah Adam ketika ini. Fakrul sekadar tersenyum nipis. Hanya doa yang dititipkan semoga Sakinah mampu menjawab peperiksaan pada hari esok.

😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍

Empat bulan kemudian.

AKHIRNYA, selesai juga Fakrul menjawab semua kertas soalan peperiksaan SPM pada hari ini. Dia kini sudah mampu menarik nafas lega dan tidak perlu lagi bersekang mata untuk mengulangkaji pelajaran.

Fakrul melangkah keluar dari dewan peperiksaan dengan perasaan yang lega. Terasa ringan beban yang dipikulnya sepanjang dia menghadapi minggu peperiksaan SPM. Tiba-tiba terasa bahunya dipeluk dengan erat oleh seseorang.

“Alhamdullillah. Merdeka dah kita Rul. Tak sabar aku nak balik rumah aku.”

Gembira sungguh Adam sebaik sahaja selesai menjawab kertas peperiksaan yang terakhir. Fakrul hanya tersenyum nipis mendengar kenyataan Adam.

“Alhamdulillah, tapi tak merdeka lagi bagi aku. Dah dapat result sebenar nanti, baru aku akan rasa lega. Itu pun aku berdoa sangat supaya keputusan SPM kita nanti cemerlang.” Kata Fakrul dengan penuh berharap.

Adam turut bersetuju.

“InshaAllah, kau lepas ni ada apa-apa rancangan ke? Aku balik Perak nanti mungkin nak kerja dulu, cari pengalaman.”

Fakrul mula berfikir tentang perkara yang akan dilakukannya selepas ini.

“Setakat ni, tak ada lagi. Aku ingat nak rehat dulu. Yang paling penting, lepas dapat result, aku memang nak ambil medic. Kalau boleh, aku nak belajar di luar negara.”

Adam terkejut mendengar tentang rancangan Fakrul.

“Luar negara? Kalau macam tu, susahlah nanti kita nak contact…” Rungut Adam.

“InshaAllah, bolehnya. Sekarang ni dah macam-macam cara kita boleh berhubung. Aku tak akan lupa kau lah. Kau dah banyak tolong aku selama ni.”

Terasa sebak juga kerana mereka bakal berpisah.

“Aku pun harap macam tu. Mana tahu satu hari nanti kita dapat jumpa lagi. Satu lagi aku nak ingatkan kau, selesaikan apa yang patut terutamanya tentang hati kau tu. Lepas ni aku dah tak boleh nak bagi nasihat lagi. Kalau kau perlukan bantuan dari aku, call je aku bila-bila masa.” Nasihat Adam dengan penuh makna.

Terdiam Fakrul apabila menerima nasihat itu. Sudah hampir empat bulan dia langsung tidak menerima khabar berita tentang Sakinah. Semua laman sosial milik Sakinah sudah ditutup. Malah nombor telefonnya juga sudah tiada dalam perkhidmatan.

Fakrul terasa seperti kehilangan sesuatu yang berharga apabila Sakinah tidak lagi dapat dihubunginya. Fakrul sedar dirinya seorang yang pengecut kerana dia langsung tidak berani bertanyakan tentang Sakinah daripada Syamil atau melalui ayah saudaranya.

Hanya disebabkan ego dan prinsipnya, Fakrul terpaksa melupakan perasaannya itu. Baginya mungkin apa yang berlaku sekarang adalah yang terbaik. Hanya doa sahaja yang mampu Fakrul titipkan untuk kebahagiaan Sakinah.

😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍

InshaAllah, tak lama lagi preorder akan dibuka. Dh nak gaji ni jangan lupa beli buku ni💟💟💟

Doakan yang terbaik ye.
Ada masa sy up lagi lima bab💟

Rahsia Hati Mrs. Fakrul ( Ready Stok) Cover BaruWhere stories live. Discover now