Bab 2

11.9K 575 17
                                    

PINTU bilik Saleha dibuka perlahan-lahan. Bimbang akan mengejutkan orang tua itu jika sudah tertidur. Melihat Saleha yang sedang duduk di atas katil sambil membaca Al-Quran, terus senyuman Sakinah semakin lebar.

“Assalammualaikum Opah.”

“Waalaikummusalam. Lah, Kinah. Meh sini cucu Opah.” Panggil Saleha.

Pintu terus ditutup dengan rapat. Laju kakinya berjalan ke arah Saleha. Tempat di sebelah Saleha diambil.

“Cucu Opah ni kenapa tak tidur lagi? Dah lewat kan.”

Tegur Saleha sambil mengusap lembut pipi gebu Sakinah. Walaupun Saleha jarang berjumpa dengan cucunya ini, kasih sayangnya terhadap semua cucunya sama rata sahaja.

Tersengih-sengih Sakinah memandang Saleha.

“Malam ni, Kinah tidur sini boleh? Kak Riha cakap, biasanya Opah tidur dengan Kak Piah kan. Malam ni, biar Kinah pula temankan Opah ye.”  Pinta Sakinah sambil memegang erat lengan Saleha.

Terasa ingin bermanja pula Sakinah dengan Saleha malam ini. Saleha hanya tergelak lucu. Terharu juga dia mendengar permintaan Sakinah.

“Boleh Kinah. Opah pun rasa malam ni tak boleh nak tidur sangat. Rasa macam sayu je hati Opah ni…”

Sejak dari semalam lagi Saleha merasa dirinya tidak sihat. Dadanya juga sering sakit sejak pagi tadi.

“Opah mesti sedih sebab Kak Piah dah kahwin. Janganlah sedih. Nanti Opah datanglah rumah Kinah. Abah tu pun satu, setiap kali ajak balik kampung selalu je ada alasan. Cuti sekolah pun duduk rumah je. Bosan Kinah.” Adu Sakinah dengan sikap Syamsul.

Tergelak Saleha mendengar bebelan cucunya itu. Melihat raut wajah Sakinah, terasa sayu di hati tuanya. Kalaulah satu hari nanti cucunya ini mengetahui rahsia besar mengenai dirinya, pasti Sakinah akan terluka.

“Opah!  Berangan ye.” Sergah Sakinah sambil tergelak lucu.

Tergeleng kepala Saleha dengan ragam Sakinah.

“Kinah, nanti jaga abah dan ibu Kinah baik-baik ye. Ingat jasa mereka jaga Kinah selama ni. Andai kata ada kesalahan yang mereka buat pada Kinah, Kinah sebagai anak jangan cepat mengikut perasaan. Cucu Opah ni, umur je baru 11 tahun, tapi fikiran tu mengalahkan orang tua.” Bebel Saleha sambil menyelitkan pesanan.

Panjang muncung Sakinah saat mendengar bebelan Saleha.

“Mestilah Kinah akan jaga abah dengan ibu baik-baik nanti. Sebab tu Kinah nak belajar rajin-rajin. Kinah malulah dengan sepupu-sepupu yang lain. Mereka semuanya pandai-pandai tapi Kinah je tercorot.” Muram wajah Sakinah ketika ini.

Tersentak Saleha mendengarnya. Tak sangka pula Sakinah boleh membandingkan dirinya dengan sepupunya yang lain.

“Jangan cakap macam tu sayang. Kinah mesti ada kelebihan lain kan selain pandai belajar. Betul tak?” Pujuk Saleha.

Sakinah terus tersenyum sambil anggukkan kepalanya. Benar kata Saleha, dia memang mempunyai kelebihan jika tidak pandai dalam pelajaran. Namun, kelebihannya itu dirahsiakan dari pengetahuan kedua orang tuanya.

Dia sebenarnya sangat berbakat dalam melukis. Syamsul tidak suka Sakinah melukis kerana mengagap perkara itu hanya membuang masa. Pernah dia dimarah teruk kerana dituduh tidak belajar dengan bersungguh-sungguh hanya disebabkan dia terlalu suka melukis.

Sejak dari hari itu, Sakinah akan melukis secara curi-curi tanpa pengetahuan keluarganya. Hanya Syamil sahaja yang sentiasa menyimpan rahsianya itu.

“Opah doakan untuk Kinah ye.” Kata Sakinah sambil melentokkan kepalanya di bahu Saleha.

“Ye. Opah doakan untuk semua cucu-cucu Opah. Jom tidur, dah lewat ni. Esok Kinah kan dah nak balik Johor.” Arah Saleha.

“Baik Opah. Selamat malam.” Sempat pipi Saleha dicium. Kemudian dia merebahkan tubuhnya di sebelah Saleha.

Tidak lama kemudian, Sakinah sudah pun tertidur lena. Saleha menyelimutkan Sakinah sehingga ke paras dada. Tumpah rasa simpati Saleha melihat wajah Sakinah. Takut jika Sakinah enggan menerima kenyataan sebenar satu hari nanti.

Selama ini Syamsul jarang balik ke kampung disebabkan rahsia ini. Semuanya demi anak perempuan Syamsul iaitu Sakinah. Masih segar lagi dalam ingatan Saleha ketika menerima berita tentang Sakinah.

Terkejut juga dia apabila menerima keputusan yang diambil oleh Syamsul dan Dahlia. Namun, dia hanya mampu berdoa semoga anak dan cucunya itu akan sentiasa menjadi keluarga yang bahagia.

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

TERDENGAR jam loceng di tepi katil membuatkan tidur Sakinah terjaga. Segera Sakinah menutup jam loceng itu. Jam menunjukkam sudah pukul 6.00 pagi.

Matanya kemudian ternampak kelibat Saleha sedang duduk di atas sejadah sambil berdoa. Sakinah segera turun dari katil untuk ke bilik tetamu.

“Opah, Kinah masuk bilik ibu dekat atas ye.” Kata Sakinah sambil mengikat rambutnya.

“Kinah, sini sekejap.” Panggil Saleha.
Sakinah berpatah balik dan duduk bersila di sebelah Saleha. Saleha mencapai tangan Sakinah dan menggenggamnya dengan kemas.

“Opah sayang cucu Opah ni. Jaga diri baik-baik ye. Yang penting,  Kinah kena kuat hadapi dugaan yang mendatang. Allah s.w.t sayang pada umatnya yang selalu ditimpa ujian. Ingat tu." Pesan Saleha.

Tubuh genit Sakinah dipeluk dengan erat. Sakinah turut membalas pelukan itu. Pelik juga dia mendengar kata-kata itu.

“Ye Opah. Kinah ingat.” Jawab Sakinah.

“Kalau jadi apa-apa pada Opah nanti, tolong beritahu Kak Piah, Opah sayang sangat dengan dia. Suruh dia jaga rumah tangga dia sebaik yang mungkin ye.” Pesan Saleha dalam nada yang sayu.

Berkeruh dahi Sakinah ketika ini. Timbul juga rasa curiga di hatinya dengan sikap pelik Saleha.

“Pergilah masuk bilik Kinah. Jangan lupa solat Subuh ye.”

Sakinah anggukkan kepalanya. Kedua-dua pipinya dicium lama oleh Saleha. Terasa berat kaki Sakinah untuk meninggalkan Saleha. Dia menoleh ke belakang. Wajah Saleha tersenyum manis ke arahnya.

Sakinah turut membalas senyuman itu sebelum menutup pintu bilik itu dengan rapat. Kata-kata Saleha masih lagi tergiang-giang di telinganya.

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

Rahsia Hati Mrs. Fakrul ( Ready Stok) Cover BaruTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon