Teaser 6

10.3K 493 74
                                    

“Rul…”

Fakrul yang baru sahaja ingin masuk ke pintu utama hospital terkejut apabila melihat Adam berada di situ.

“Adam, kau buat apa kat sini?” Laju Fakrul menyoal.

“Aku nak jumpa dengan kau. Ada perkara penting aku nak bincang.” Jawab Adam dengan tenang.

Tepat andaian Adam sebelum ini. Fakrul sudah mengetahui segala-galanya tentang Sakinah. Melihah raut wajah Fakrul yang sugul serta mata yang sudah merah, sudah membuktikan semuanya.

“Maaf Adam, lain kali kita berbual. Aku ada kerja.” Balas Fakrul dengan nada yang mendatar. Dia sudah berura-ura ingin meninggalkan Adam.

“Ni pasal Nur, maksud aku tentang tunang kau.” Tekan Adam.

Terhenti langkah Fakrul ketika mendengar nama tunangnya disebut. Terpejam rapat matanya apabila dia tahu Adam sudah mengetahui hubungannya dengan Sakinah.

Perlahan-lahan Fakrul memusing tubuhnya dan menghadap Adam. Matanya tajam memandang Adam.

“Kau nak cakap apa? Nak cakap yang aku ni lelaki tak guna sebab tunang sendiri pernah sakit pun aku tak tahu. Macam tu!” Keras nada suara Fakrul meluahkan perasaan kecewanya.

Tergelak sinis Adam apabila Fakrul bercakap begitu dengannya.

“Cara kau cakap ni, macam kau tak boleh terima siapa tunang kau sekarang atau kau menyesal pilih dia sebagai bakal isteri kau. Betul tak?” Duga Adam dengan nada yang sinis.

Laju tangannya mencengkam kolar baju Adam. Sakit hatinya dituduh begitu.

“Jaga mulut kau tu sikit! Aku bukan jenis lelaki macam tu!” Fakrul tidak mempedulikan orang-orang di sekelilingnya ketika itu.

Adam terus menepis kasar pergelangan tangan Fakrul di kolar bajunya. Segera Adam mengheret Fakrul ke kawasan yang lebih tertutup supaya mudah untuk mereka berdua berbincang.

“Kalau kau boleh terima Nur seadanya, kenapa kau nak lari dari dia petang tadi?” Marah Adam setelah melepaskan lengan Fakrul.

💟💟💟💟💟💟💟💟💟💟💟💟😭

😱😱😱😱Kesian Kinah...Arul larilah pula😢
Nak tau sebab apa? Kena beli br tahu😜😜

Tinggal 5 hari je lagi preorder buku ni. Nak jimat ambil kombo ye.

 Nak jimat ambil kombo ye

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Rahsia Hati Mrs. Fakrul ( Ready Stok) Cover BaruWhere stories live. Discover now