Bab 3

10.7K 500 11
                                    

TUBUH Sakinah masih menggigil lagi. Dia terkejut setelah menerima berita tentang kematian arwah Saleha ketika mereka sekeluarga ingin bersarapan.

Mulutnya terkunci rapat ketika menerima berita itu. Dia takut untuk memberitahu kepada ahli keluarganya yang lain bahawa dirinya adalah orang yang terakhir  bersama Saleha pagi tadi.

Ketika ini mereka dalam perjalanan ke Pahang untuk membawa arwah Saleha ke sana. Arwah  akan dikebumikan di tanah Perkuburan Kampung Beserah.

Sakinah menaiki kereta bersama adik beradik Fakrul. Sayu hati Sakinah melihat Kak Piah yang sudah terlena tidur di bahu Fariha. Mungkin terlalu penat akibat menangis sejak pagi tadi.

“Nak singgah RNR Gambang tak?” Tanya Farhan kepada mereka yang berada di dalam keretanya.

Fariha hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Fakrul pula yang duduk di sebelah pemandu menoleh ke belakang.

“Kinah nak singgah tak?” Tanya Fakrul dengan prihatin.

Bukan dia tidak perasan Sakinah kelihatan agak pendiam sahaja sejak dari rumah mereka. Mungkin masih terkejut dengan berita kematian arwah Saleha.

“Err... nak. Kinah nak ke tandas.” Jawab Sakinah.

Memang dia terasa ingin ke tandas. Mujur juga Fakrul tergerak hati untuk bertanya.

Kereta kemudian diberhentikan di kawasan letak kereta RNR Gambang. Fakrul dan Farhan keluar dari kereta untuk meregangkan badan mereka. Piah yang terjaga dari tidurnya melihat di sekelilingnya.

“Kita dah sampai kampung ke Riha?” Tanya Piah dengan nada yang lemah.

“Belum lagi. Kita kat Gambang sekarang. Kau nak ke tandas?” Tanya Fariha.

Piah gelengkan kepalanya. Kepalanya direbahkan semula ke bahu Fariha. Sakinah segera keluar dari kereta itu kerana tidak mahu mereka menunggunya dengan lama.

“Kinah, jom Abang Arul temankan. Kawasan ni bahaya sikit kalau jalan sorang-sorang. Dahlah sekarang orang tak ramai...” Tawar Fakrul.

Tersenyum lega Sakinah. Dia memang agak takut ke tandas seorang diri. Lebih-lebih lagi, dia tidak biasa dengan kawasan ini. Terpaksalah dia menyusahkan Fakrul untuk menemaninya.

Sebaik sahaja tiba di kawasan tandas, Fakrul berdiri agak jauh sedikit dari tandas wanita. Sakinah segera masuk ke tandas untuk melunaskan hajatnya. Beberapa minit kemudian, barulah Sakinah keluar dari tandas. Disebabkan angin terlalu kuat, rambut Sakinah yang agak panjang mengurai itu sering mengganggu wajahnya.

Ketika dia berjalan bersama Fakrul, beberapa kali juga rambutnya terkena ke wajah lelaki itu. Naik segan pula Sakinah dibuatnya.

“Maaf Abang Arul. Kinah tercicir pengikat rambut tadi.” Kata Sakinah dengan riak wajah yang bersalah.

Fakrul sekadar tersenyum sahaja.

“Tak apa. Kita beli air minuman untuk mereka dulu ye.” 

“Boleh. Kinah pun dah dahaga.” Laju Sakinah menjawab.

Mereka singgah sebuah kedai yang menjual makanan dan minuman. Sakinah terlebih dahulu keluar dari kedai itu setelah membuat bayaran.

Sementara menunggu Fakrul, Sakinah sempat mengisi perutnya dengan donut yang dibelinya tadi. Terasa lapar betul perutnya ketika ini. Habis comot tangannya disebabkan coklat yang melekat pada donut itu cepat menjadi cair.

“Kinah…” Fakrul menghulurkan getah rambut kepada Sakinah yang dibelinya tadi.

Terkebil-kebil mata Sakinah memandang Fakrul. Teragak-agak Sakinah untuk mengambil pengikat rambut itu kerana kedua-dua tangannya telah kotor. Sudahlah dia mula berasa rimas kerana rambutnya asyik menutup wajahnya.

Fakrul yang sedar dengan keadaan Sakinah, segera berdiri di belakang Sakinah. Tergamam Sakinah saat terasa tangan kasar itu mengikat rambutnya. Kali pertama dalam hidupnya ada lelaki  yang berbuat begitu kepadanya.

Setelah siap mengikat rambut Sakinah, Fakrul berdiri di hadapan Sakinah.

“Maaf kalau tak kemas. Abang Arul main ikat je ni.” Fakrul mengambil tisu di poketnya dan diletakkan di tapak tangan Sakinah.

Semakin berbahang wajah Sakinah ketika ini. Disebabkan terlalu malu, laju kakinya melangkah ke arah kereta Farhan.

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

MAJLIS tahlil telah selamat dijalankan pada malam ini. Fakrul membantu mengemas di bahagian ruang tamu dengan menyusun kembali tikar mengkuang yang dibentang sebentar tadi.

“Arul, Abang Paan nak masuk bilik dulu. Risau kalau-kalau Kak Piah meracau lagi. Gaya macam tak sihat tu.”

Farhan kelihatan agak gelisah memikirkan keadaan isterinya.

“Pergilah Abang Paan. Dah tak banyak kerja ni. Arul boleh buat sediri. Mil pun ada sekali ni.” Jawab Fakrul.

Kesian juga dengan keadaan kakak sepupunya itu. Kehilangan arwah Saleha memang memberi kesan yang mendalam dalam hidup Piah. Lebih-lebih lagi Piah dibesarkan oleh arwah Saleha sejak kedua ibubapanya meninggal dunia di usia empat tahun.

Setelah siap mengemas di bahagian ruang tamu, Syamil meminta diri untuk berehat. Fakrul pula  keluar dari rumah kerana ingin mengambil angin di beranda.

“Abang Arul...”

Fakrul menoleh ke arah Sakinah apabila terdengar dirinya dipanggil.

“Kenapa Kinah?”

Sakinah mendekati Fakrul dan berdiri di hadapannya.

“Esok Abang Arul dah balik KL ke ikut Pak Long?” Soal Sakinah.

Fakrul masih berfikir samaada dia mahu menemani abangnya di kampung atau mengikut keluarganya sahaja. Kebetulan pula cuti sekolah masih panjang.

“Entahlah. Abang Arul tak tahu lagi.” Sesekali tangannya menggaru lengannya yang gatal akibat digigit nyamuk.

Tiba-tiba Sakinah semakin mendekati tubuh Fakrul. Cuak pula Fakrul melihat reaksi Sakinah itu. Kena sampuk ke?

Pap....

“Adoi...” Terjerit Fakrul apabila dahinya ditampar dengan kuat. Laju tangannya menggosok dahinya yang masih terasa pedih itu.

“ Hah! Mati pun dia. Abang Arul tengok ni. Gemuk betul nyamuk ni. Dah kenyang sangat hisap darah Abang Arul gamaknya.” Selamba saja riak wajah Sakinah ketika itu.

Tercengang Fakrul. Perasaannya bercampur baur. Nak marah tapi terasa lucu pula mendengar alasan Sakinah itu. Boleh tahan juga dahi dia terkena tamparan budak kecil ini.

“Kalau ye pun, janganlah kuat sangat. Sakit tu dahi Abang Arul ni.” Rungut Fakrul separuh geram.

Sakinah yang baru tersedar dengan kelakuannya terus menutup mulutnya.

Sorry Abang Arul. Kinah tak sengaja.” Semakin serba salah pula Sakinah dibuatnya. Kebiasaannya dia akan melakukan perkara tadi ketika dia bersama Syamil.

Fakrul tergelak lucu dengan riak wajah comel Sakinah.

“Abang Arul tak marah pun. Pergilah masuk. Dah lewat ni.” Arah Fakrul.

Sakinah menarik nafas lega apabila Fakrul tidak terasa hati dengan perbuatannya.

“Okey, Kinah masuk dulu. Abang Arul pun masuk cepat ye. Nanti makin banyak pula nyamuk yang gigit Abang Arul. Kinah dah tak ada nak tolong tamparkan.”

Laju kaki Sakinah berlari masuk ke dalam rumah selepas berjaya mengusik Fakrul. Tergeleng kepala Fakrul dengan aksi nakal sepupu kecilnya itu.

Dahinya yang masih pedih itu digosoknya lagi. Tak pasal-pasal merah juga dahinya malam ni.

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

Rahsia Hati Mrs. Fakrul ( Ready Stok) Cover BaruTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon