Bab 10

9.3K 531 41
                                    

FAKRUL sedang sibuk mengemas beg pakaiannya untuk balik ke Terengganu pada esok pagi. Sengaja dia balik awal sehari ke sana kerana tidak mahu kelam kabut apabila sampai di asramanya.

Sudah hampir lima hari dia tidak menghubungi Sakinah selepas dia menelefon Sakinah tempoh hari. Dia masih berasa sangat marah dengan apa yang dilakukan oleh Sakinah.

Sehari sebelum mereka bertolak ke Pulai Langkawi, Fakrul teringatkan kedua orang tuanya. Sungguh dia berasa sangat kecewa jika benar apa yang dikatakan oleh mama dan papanya mengenai perbuatan Sakinah.

Flashback

“Abang berbual dengan siapa tadi? Idah tengok serius je.” Tanya Faridah setelah Saiful meletakkan telefon bimbitnya itu.

Ketika itu mereka bertiga sedang makan tengah hari. Fakrul hanya berdiam diri sahaja tanpa menyampuk perbualan di antara mama dan papanya.

“Achik call abang tadi. Dia mengadu masalah anak perempuan dia. Dalam masa yang sama dia minta nasihat dari abang.” Jawab Saiful sambil mula menjamah makanan.

Fakrul yang terdengar nama Sakinah disebut terus terhenti suapannya. Tertanya-tanya juga di dalam hatinya masalah apa yang dilakukan oleh Sakinah.

“Kenapa dengan Kinah abang?” Tanya Faridah dengan perasaan ingin tahu.

“Achik mengadu yang Kinah tu dah pandai ponteng kelas tuisyen sekarang. Lepas tu sembunyikan kertas ujian pula. Itu yang buat Achik marah. Dia risau sebab tak lama lagi Kinah tu kan nak UPSR.” Jelas Saiful.

Fakrul hampir ternganga setelah mendengar segala perbuatan Sakinah. Kecewa dia mendengar sikap yang dilakukan oleh Sakinah.
Fatimah turut kelihatan terkejut.

“Tak akan lah Kinah tu macam tu. Idah tengok baik je budak tu. Hah, Arul, bukan Arul rapat ke dengan Kinah? Arul tak tanya Kinah kalau-kalau Kinah tu ada masalah.” Tanya Faridah kepada Fakrul.

Bukan dia tidak tahu sejak dari tahun lepas lagi anaknya itu kerap berhubung dengan Sakinah.

Tersentak Fakrul dengan pertanyaan Fatimah. Malu kerana hubungan rapatnya dapat dihidu oleh orang tuanya.

“Tak rapat sangatlah mama. Borak kosong je bila kami ada masa terluang. Arul pun dah lama tak contact dia." Nafi Fakrul.

Terasa bersalah juga kerana terpaksa berbohong. Dia sebenarnya tidak mahu disoal tentang Sakinah. Selama ini, Sakinah tidak pernah pula menceritakan masalanya yang lain kecuali tentang pelajarannya sahaja.

“Dahlah. Kita tak payah masuk campur hal mereka. Abang cuma nasihat pada Achik supaya nasihatkan Kinah tu baik-baik. Jangan sampai guna kekerasan. Takut makin teruk jadinya Kinah tu nanti.” Kata Saiful. lagi.

Faridah turut bersetuju dengan pendapat suaminya. Mati terus selera Fakrul setelah mendengar perbualan itu.

End Flashback.

Oleh sebab itu, Fakrul enggan menghubungi Sakinah. Dia berasa cukup kecewa dengan sikap Sakinah.

“Kenapa dia perlu nak tipu aku? Selama ni dia kata, keadaan dia baik-baik saja.” Kata Fakrul seorang diri.

Fakrul melihat telefon bimbitnya selepas itu. Beberapa panggilan tak dijawab dan kiriman WhatsApp daripada Sakinah langsung tidak dibalas. Rasanya lebih baik dia berhenti dari berhubung dengan Sakinah buat sementara waktu.

Dia risau jika perkara itu akan membuatkan Sakinah makin hilang fokus untuk belajar. Jauh disudut hati Fakrul, dia berdoa agar Sakinah baik-baik sahaja di sana.

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

HATI Sakinah semakin gelisah. Sudah hampir seminggu juga dia tidak dapat bercakap dengan Fakrul. Malah, kiriman WhasApp juga hanya mendapat balasan bluetick sahaja. Tertanya-tanya juga dia kenapa Fakrul enggan menjawab panggilannya.

Sejak hari dia dimarahi oleh abahnya, dia tidak berani lagi untuk melanggar arahan Syamsul.. Malah, dia akan keluar dari bilik apabila tiba waktu makan sahaja. Selama beberapa hari ini dia hanya membuat ulangkaji pelajarannya sahaja.

Sejak dari hari itu juga, puas dia cuba menghubungi Fakrul. Dia ingin mengadu masalahnya dengan Fakrul apabila dituduh sengaja ponteng ke kelas tuisyen. Dia juga bercadang untuk menjelaskan punca dia terpaksa ponteng ke kelas tuisyen tempoh hari. Tetapi sehingga ke hari ini, dia masih belum diberi peluang bercakap dengan Fakrul.

“Kenapa Abang Arul tak nak angkat call aku. WhatsApp pun Abang Arul sengaja tak balas. Ada apa-apa perkara ke yang Abang Arul marahkan aku ye?” Bebel Sakinah seorang diri.

Siti berasa hairan melihat gelagat kawan baiknya itu yang selalu saja duduk termenung sejak balik dari cuti sekolah. Risau juga kalau ada apa-apa yang berlaku kepada Sakinah sepanjang cuti sekolah yang lepas.

“Kinah, kau okey tak?” Tanya Siti. Ketika ini, guru mereka masih belum masuk ke dalam kelas.

Sakinah langsung tidak menjawab soalan rakan baiknya itu. Dia tiada mood untuk berbual dengan Siti. Tidak sempat Siti ingin bertanyakan sekali lagi, guru mereka telah masuk ke dalam kelas.

Selepas mereka memberi salam kepada Cikgu Rizal, tiba-tiba namanya dipanggil oleh guru tersebut.

“Sakinah, pergi ke bilik guru sekarang. Guru kelas kamu nak berjumpa.” Arah Cikgu Rizal.

Sakinah yang menerima arahan itu segera ke bilik guru. Perasaannya semakin berdebar. Takut jika dia ada membuat masalah lagi tanpa dia sedar.

Sampai sahaja di bilik guru, Puan Jasmin telah menunggunya. Segera Sakinah ke meja Puan Jasmin.

“Assalammualaikum Cikgu.”

“Waalaikummusalam, duduk dulu. Cikgu nak cari fail maklumat peribadi kamu sekejap.” Arah Puan Jasmin.

Sakinah cuba berlagak tenang dan duduk di kerusi kosong.

“Kamu ada bawa kad pengenalan diri tak Sakinah?” Soal Puan Jasmin.

“Err... saya tak bawa ke sekolah. Kenapa ye cikgu?”

“Ooo... tak apalah kalau macam tu. Ada beberapa maklumat kamu yang tak lengkap. Cikgu nak masukkan dalam data sistem sekolah untuk senarai nama calon UPSR. Cuma kamu je yang tak lengkap lagi. Cikgu perlukan beberapa salinan dokumen yang penting dari kamu untuk pengesahan maklumat.” Panjang lebar Puan Jasmin memberi penerangan.

“Salinan apa yang cikgu perlukan? Esok saya akan bawa.” Balas Sakinah.

“Fail ni kamu bawa balik, isi beberapa borang yang ada dalam fail ini. Cikgu nak kamu bawa salinan IC dan suratberanak. Kalau boleh dalam minggu ni juga ye.” Pesan Puan Jasmin.

Fail itu diambil dari tangan Puan Jasmin.

“Baiklah cikgu.” Setelah mengambil fail itu, dia keluar dari bilik guru itu.

Semasa dia hendak naik ke tingkat dua menuju ke kelasnya, fikirannya masih teringatkan layanan Fakrul. Tanpa sedar, dirinya telanggar tubuh seseorang. Habis terjatuh semua isi fail yang dipegangnya.

“Buta ke?” Marah pelajar perempuan itu.

“Maaf, saya tak sengaja.” Kelam kabut Sakinah mengutip kertas yang berteraburan di atas lantai.

Pelajar yang dilanggarnya tadi terus berlalu pergi tanpa membantunya. Tiba-tiba matanya terlihat sesuatu isi maklumat dirinya. Rasanya matanya tidak salah melihat tulisan gurunya itu.

Nur Sakinah Binti Abdullah.

Abdullah?

💟💟💟💟💟💟💟💟💟💟💟💟💟💟💟

Done publish 10 bab dulu ye.👏👏
Next week kita up lagi 10 bab. InshaAllah.

Rahsia Hati Mrs. Fakrul ( Ready Stok) Cover BaruWhere stories live. Discover now