Bab 13

9K 588 66
                                    

TERDENGAR pintu biliknya diketuk. Sakinah masih lagi berdiam diri. Sejak kejadian tempoh hari, dia langsung tidak keluar dari bilik. Fikirannya masih mengenangkan tentang asal usulnya.

Dahlia masuk ke dalam bilik Sakinah kerana risaukan dengan keadaan Sakinah. Sarapan pagi juga langsung tidak diambil oleh Sakinah. Sudah tiga hari anaknya itu lebih suka berkurung. Terpaksa dia membawa makanan ke dalam bilik untuk memaksa anaknya menjamah makanan.

“Adik...” Dahlia duduk di sisi katil anaknya.

Melihat mata anaknya yang sembab dan tidak berseri itu meluluhkan hatinya. Sejak dia mengetahui perkara sebenar, Sakinah enggan ke sekolah.

“Jangan macam ni sayang. Susah hati ibu tengok adik macam ni. Kalau pasal hal semalam, adik jangan risau sebab tak akan ada apa-apa yang mengubah hubungan kita. Adik tetap anak ibu dan abah.” Mengalir air mata Dahlia apabila menyatakan hal itu.

Selama ini dia tidak pernah menganggap Sakinah bukan anaknya. Malah, dia dan suaminya tidak pernah menbezakan kasih sayangnya terhadap Syamil dan Sakinah.

Sakinah memandang wajah ibunya yang sedang menangis itu. Timbul rasa bersalah di dalam dirinya kerana menyakitkan hati ibu dan abahnya selama ini. Namun, saat dia mengetahui tentang status dirinya menyebabkan Sakinah berasa malu.

Perlahan-lahan Sakinah mendekati Dahlia. Dia mengesat air mata yang mengalir di pipi ibunya.

“Adik minta maaf kalau buat ibu susah hati. Adik cuma terkejut tentang hal semalam. Bagi adik masa ye.” Pinta Sakinah.

Dahlia yang mendengar permintaan anaknya itu terus memeluk tubuh Sakinah dengan erat. Dia sudah cukup bersyukur jika anaknya sudah mahu berbual dengannya.

“Adik anak ibu. Tetap anak ibu sampai bila-bila. Walaupun bukan ibu yang lahirkan adik, tapi ibu anggap adik macam anak ibu sendiri. Ingat tu sayang.” Pipi Sakinah dicium dengan lama.

Sakinah turut berasa sebak. Dia dapat merasakan ibunya sangat ikhlas menjaganya selama ini.

“Ye. Adik ingat.”

Dahlia tersenyum tawar.

“Ibu turun dulu ye. Kalau adik lapar, turun makan ye. Ibu masak lauk kegemaran adik, kurma daging. Mesti adik sukakan? Jangan seksa diri adik ye.” Pesan Dahlia sebelum dia keluar dari bilik anaknya.

Dahlia akan menurut permintaan Sakinah untuk memberikan ruang buat anaknya. Sebaik sahaja Sakinah bersendirian, terus dihamburkan tangisan yang ditahannya. Sakinah tidak mahu menangis di hadapan ibunya kerana dia tahu pasti ibunya akan bersedih.

Saat-saat ini dia perlukan seseorang untuk meluahkan perasaannya. Telefon bimbitnya di ambil. Dia mendail nombor seseorang. Di dalam hati, Sakinah berdoa agar pemilik nombor itu mengangkat panggilannya.

Panggilan pertama masih tidak dijawab. Sakinah masih lagi mencuba sehinggalah panggilan yang ketiga barulah dia dapat mendengar suara itu. Terus senyuman di bibir Sakinah terukir.

“Assalammuaaikum Abang Arul. Kinah ganggu ke?”

“Waalaikummusalam. Kenapa call?" Tanya Fakrul dengan dingin.

Terus senyumannya mati. Hati Sakinah mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

“Err... kalau Abang Arul sibuk, nantilah Kinah call.” Risau juga jika ketika ini Fakrul sedang sibuk.

“Tak payah. Nak cakap, cakap sekarang. Lepas ni kalau boleh, jangan hubungi Abang Arul lagi melainkan kalau ada hal penting.” Kata Fakrul dengan tegas.

Tersentap Sakinah dibuatnya. Tubir matanya kembali hangat. Satu lagi dugaan yang datang dalam hidupnya.

“Kenapa Abang Arul cakap macam tu? Kinah ada buat salah ke pada Abang Arul?” Tertanya-tanya juga Sakinah akan perubahan abang sepupunya itu.

Fakrul merengus kasar.

“Memang Kinah ada buat salah. Tak sangka Kinah sanggup tipu Abang Arul. Kinah ingat Abang Arul tak tahu yang Kinah dah banyak menipu ibu dan abah Kinah. Sampai sanggup ponteng kelas tuisyen. Entah-entah banyak lagi masalah yang Kinah buat kat belakang Abang Arul.”

Pertama kali Fakrul bercakap kasar dengan Sakinah. Dia berasa marah apabila teringakan perbuatan tidak jujur Sakinah.

Terkedu Sakinah dengan penjelasan Fakrul. Malunya hanya Tuhan saja yang tahu. Tergamak ibu bapanya menceritakan masalahnya kepada orang lain. Perasaan marah mula bercambah dalam hati Sakinah.

“Abang Arul, Kinah boleh jelaskan. Sebenarnya…” Bergetar suara Sakinah menahan tangisan.

“Tak payah. Abang Arul dah tak nak lagi dengar Kinah menipu.” Kata Fakrul dengan nada yang sinis.

Mengalir air matanya mendengar tuduhan demi tuduhan Fakrul. Tangannya erat memegang dadanya kerana menahan rasa sebak.

Tergamak Fakrul bercakap begitu dengannya. Hanya disebabkan kesalahannya itu, dirinya dilayan seperti ini. Jika Fakrul tahu tentang asal usulnya, mendengar suaranya sahaja pasti Fakrul tidak akan sudi.

‘Sudahlah Sakinah. Sedar diri kau tu siapa di matanya. Lebih baik kau elakkan diri darinya mulai sekarang. Agar hati ni makin tak terluka.’

Dia sudah mula berperang dengan dirinya sendiri.

“Kinah minta maaf kalau Kinah ada buat salah pada Abang Arul selama ni. Kalau abang Arul dah tak sudi nak bercakap dengan Kinah lagi, Kinah akan turutkan permintaan Abang Arul. Terima kasih. Assalammualaikum.”

Panggilan itu terus ditamatkan.

Dengan perasaan yang penuh marah, telefon itu dilempar kuat ke arah dinding biliknya. Habis berkecai isinya seperti mana hancurnya hatinya dengan layanan Fakrul.

Tangisan yang ditahannya kini menjadi semakin nyaring. Sungguh dia terluka dengan apa yang berlaku sebentar tadi.

😢😢😢😢😢😢😢😢😢😢😢😢😢

TERPEJAM mata Fakrul saat dia tergamak berkata begitu. Rasa mahu sahaja dia menampar mulutnya.

“Kinah minta maaf kalau Kinah ada buat salah pada Abang Arul selama ni. Kalau Abang Arul dah tak sudi nak bercakap dengan Kinah lagi, Kinah akan turutkan permintaan Abang Arul. Terima kasih. Assalammualaikum.”

Klip...

Tergamam Fakrul sebaik sahaja mendengar kata-kata Sakinah. Dia sedar dirinya terlalu kejam melayan Sakinah seperti itu. Mahu sahaja dia menjerit memarahi dirinya sendiri.

“Rul…” Adam menepuk bahu Fakrul.

Adam sudah nampak dan mendengar apa yang berlaku sebentar tadi. Memang sudah jelas Fakrul mempunyai masalah dengan si dia. Kalau tidak kerana Adam yang memaksa supaya Fakrul mengangkat panggilan itu, jangan haraplah Fakrul akan menerima panggilan tersebut.

“Aku tak tahu apa masalah kau ni tapi satu je nasihat aku, jangan bertindak ikut perasaan. Kalau kau betul-betul ada masalah dengan dia, kau selesaikan lepas exam SPM.”  Nasihat Adam.
Fitri yang ada bersama mereka hanya menjadi pendengar sahaja.

Fakrul berasa agak terpukul dengan nasihat yang diberi oleh Adam. Memang dia telah bertindak mengikut perasaan.

Dia sebenarnya cuba melarikan dirinya daripada perkara yang tidak sepatutnya wujud dalam hatinya. Lebih baik dia mencegah sebelum perasaan itu semakin tertunas di dalam dirinya.

“Dahlah. Jom kita gerak. Bas tak lama lagi dah nak sampai.” Tegur Fitri pula.

Mereka bertiga melangkah keluar dari pasaraya itu. Setiap langkah yang diambil oleh Fakrul, membuatkan hatinya semakin kusut saat memikirkan perbuatannya sebentar tadi.

‘Maafkan Abang Arul, Kinah...’

💟💟💟💟💟💟💟💟💟💟💟💟💟💟💟



Rahsia Hati Mrs. Fakrul ( Ready Stok) Cover BaruTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang